Wednesday, March 15

problem and progress



from time to time, every now and then
pasti ada di dada-dada akhbar
bualan mulut orang ramai
grudges and slanders (if i may)
against the government servants
being labelled and stereotyped as
pemalas, makan gaji buta,
balik cepat, rubber-stamper
bad customer services, etc
the list goes on..

betul la kata orang
tak tumbuh tak melata,
tak sungguh tak kata..

memang betul juga,
ini semua kes nila setitik..
jadi dua titik
jadi tiga titik
jadi semangkuk
abis terpalit sebelanga..

tapi, apakan daya..
NILA TETAP ADA DI MANA-MANA
setiap tempat kerja ada nila masing-masing..

for me...
yang paling penting,
if you are not part of the solution
you are part of the problem
so, jangan la anda yang jadi NILA..

Bersih, Cekap, dan Amanah
buatlah yang terbaik mungkin
bukannya mudah, tapi tidak juga mustahil

pasal mulut orang tu,
tetap akan berbunyi...
buat ni macam tu..
buat tu macam ni..

mulut orang.. nak buat camna
nak turutkan.. sampai bila??

yang penting buat kerja..
jalankan amanah..
mengikut kadar gaji yang diberi
menurut tugasan kerja yang perlu
anything beyond that
it's a bonus and your own good deeds

sebagai contoh,
kalau tugas kita jawab telefon
jawab la telefon tu,
kalau tugas kita tempat orang bertanya
bila orang tanya tu jawab la,
kalau tugas kita buat penilaian
buat la dengan tepat
kalau tugas kita buat kira-kira
hisab la dengan betul
kalau tugas kita meluluskan sesuatu
luluskan la mengikut procedures

yang perlu diingat juga
prinsip dan fitrah nya
di mana-mana negara di dunia ni...
KAKITANGAN KERAJAAN
ADALAH KUMPULAN PEKERJA PALING RAMAI

sebagai contoh,
jumlah orang berurusan dengan Kerajaan
untuk renew road tax
adalah lebih ramai
berbanding dengan orang berurusan dengan bank
untuk keluar masuk duit...

jadi, bila dikumpulkan kes-kes NILA tu...
ramai and banyak la
berbanding kes-kes NILA
di Maybank ke, Telekom ke, KPMG ke,
Ali and Sons Entreprise, Tan & Tan, Syarikat Muthusamy,
dan ribuan syarikat swasta, persendirian
atau multinational yang lain...

institusi kerajaan adalah 'non-profit' entities
institusi swasta adalah sebaliknya
duit rakyat vs. duit sendiri
kerja untuk rakyat vs. kerja untuk sendiri

come to think of it..
selalu gak orang dok sebut
gomen servant ni
banyak perks and privilleges
apa sangat yang istimewanya?..

pastinya orang gomen ni...
paling benci and bengang
bila ada yang buat statement
'saya bayar tax, saya bayar gaji awak tau..'

apa???
ingat awak soraaang je ke bayar cukai?
ingat awak sorang je pegi Pejabat Cukai
bayar Cukai Tahunan, di Bandar Chukai

ingat cukai tu setakat income tax je ke?
SEMUA orang bayar cukai...

cukai jualan, cukai jalan, cukai hiburan
cukai kereta, cukai perkhidmatan
segala macam cukai laa...

for some...
time is money, money is time agaknya..
so, kalau lambat, rugi le..
and plus.. semua orang nak cepat je
mana ada orang nak lambat..
tu yang bagi ramai orang
orang gomen ni lambat je...

perlu ingat,
mereka ada manual dan record
kalau tak ikut and tak buat
bila jadi satu bende or kes
kenaaa jugak... hmmm...

but, one thing i am sure of
jarang benarrrr
kita dapat dengar Malaysian public
ucapkan terima kasih
pada pekerja di kaunter
tak kira la di institusi gomen atau swasta
selepas mendapatkan perkhidmatan mereka

bayangkan,
kalau hari tu je ada 100 orang
pelbagai karenah
ada 10 kerat je yang baik
dan ada budi bahasa..
imagine kalau dah 2 minggu, bulan, tahun
mengadap karenah manusia yang sebegitu

memang betul,
kekadang, bukan salah kita
salah orang sebelum kita
kita okay...
but, kalau orang lain being rude
it will definitely affect our performance
towards the other/next customer
sedikit sebanyak... fitrah manusia..

tetapi, kalau kita bersikap professional
tidak ambil personal
insyaAllah, mutu keje kita akan bertambah baik

remember that... professionalism..
among others.. is about never to take it personal

ini semua rencah kehidupan semata.. dugaan..

nasib masing-masing
ada orang keje gomen
ada keje syarikat antarabangsa
ada keje swasta
ada tak keje langsung

remember that,
'someone has to do it'
'someone will be that guy'

there will always be two sides of a coin...

kalau semua orang jadi doktor
sapa yang nak jadi pesakitnya
kalau semua orang jadi lawyer
sapa yang nak kena samannya
kalau semua orang tak jadi keje gomen
sapa yang nak jadi tempat kutuknya

everybody has his/her role in the society

semuanya demi mencari rezeki
rezeki masing-masing
masing-masing ingat-mengingati
untuk nikmat dunia
untuk bekalan akhirat

apapun, bak kata pepatah..
SETELAH JATUH DAN BANGUN,
SESEORANG ITU AKAN MENJADI
LEBIH DEWASA, LEBIH BIJAKSANA DAN RENDAH DIRI

No comments: