Thursday, July 7

right light

hmm..
bila asyik kene tahan
or, ada roadblocks sana sini
membuatkan aku teringat
few topics.. beberapa perkara
yang berlingkar di hati dan minda
untuk sekian lama
sejak berkurung
dalam tempurung

first..
pasal kenderaan yang pasang
their vehicles' signal lights
dengan warna yang lain
selain warna yang sepatutnya
atau yang dibenarkan
oleh undeng-undenggg..

contohnya..
surely, many of us
have stumbled upon
where cars, especially
yang tukar/pasang
lampu isyarat kenderaan mereka
dengan warna merah, putih
biru pun ada, kelabu asap juga

among others..
sebab nak nampak lawa
matching in colours
kan?

agaknya la..
international standard
ada sebab dan etika
mengapa warna yang dipersetujui
oleh kebanyakan negara
untuk lampu isyarat pada kenderaan
adalah warna kuning

antara lain..
tentunya sebab nak bagi mudah
orang nampak dan bezakan
dengan lampu brek (merah menyala)
dengan lampu utama (putih telur)

bayangkan..
or, kalau kita pernah perasan
kalau kenderaan yang set/tukar
warna lampu yang menunjukkan isyarat
ke kiri atau ke kanan ni
pada warna merah (contohnya)
kan susah, untuk kita nampak
kan sukar, untuk kita beza
apatah lagi buat kita kengkadang
boleh naik marah gak la
even worst, hampir nak terlanggar
sebab tak nampak
takleh beza

(ini belum masuk bab
yang tak nak/suka/akan
bagi isyarat langsung)

dah nama pun "lampur isyarat"
sepatutnya, MEMUDAHKAN untuk kita
'bagi isyarat' pada orang lain
bahawa kita akan atau mohon ruangan
untuk ke kiri atau ke kanan

(ini belum masuk kes
yang tak perasan/tahu/kisah
mentol lampu tu dah tak nyala langsung)

contoh la..
kalau lampu isyarat tu
dipasang warna merah
kan dah sama ngan warna lampu brek
jadinya.. time waktu malam especially
kan susah pemandu lain nak nampak
betul tak?

oleh itu..
inginlah dipohon dan dirayu
kesedaran dan bantuan
empunya kenderaan yang berkenaan
supaya, pasang la balik bang oii
lampu tu ke warna kuning
warna isyarat, warna BERSIH
untuk membantu dan elak
dari menyusahkan dan membahayakan
diri sendiri dan pemandu lain

terima kasih dan tahniah!