Thursday, March 30

pricy spicy


masalah berkait disebabkan
kenaikan harga minyak
masih menghantui semua pihak..
selain macam-macam jenis rhetorik politik
yang paling tak masuk akal
adalah bila, ada orang mengatakan

'bila harga minyak naik..
tiada sebab harga barangan lain juga naik.'

astagaaa..
ni mana punya sekolah punya produk ni?

anyway, tak perlu jadi ahli ilmu hisab
atau ahli sains atau ahli sejarah
atau ilmu alam, apatah lagi ahli nujum
untuk kira dan congak pasal harga barang

common sense laaa..

sebagai contoh,...
sayuran from Cameron
ikan from Kemamang
takkan la ikan ngan sayur tu
jalan kaki sampai KL kot..

bila harga minyak naik
naik la kos penghantarannya
so, naik la harga barang tersebut...

contoh lain..
(aku pun dulu pernah tolong mak jual kuih)
ada orang tu kata.. tak boleh naikkan harga
kuih, nasi lemak or teh tarik
laaaaaa... bukan susah pun
orang nak justify kenaikan

kalau sebelum ni jual teh tarik RM1.20
nak naikkan harga jadi RM1.30
mamak tu pakai la gelas lain or besar sikit ke
so, jadi la berbeza.. and, justified le..

kalau sebelum ni jual karipap 50 sen
nak naikkan harga jadi 60 sen
makcik tu buat la karipap tu besar sikit
or letakkan inti nya lebih sikit
kan jadi lain kuih tu...
dengan itu.. harga pun lain laa..

yang paling ketara
(and lawak juga la)
bila baca kes kari kepala ikan
berharga RM 45 baru-baru ni

siap rampas kepala ikan tuuuu
buat bahan bukti..
kalau tak silap.. nak bagi elok..
agaknya kena la panaskan kari tu
everyday.. sehingga court bersidang
kalau tak nanti basi... kekekek

entahlah..
antara perasaan dan akal
antara hati dan minda

2 comments:

., said...

What a diplay of bravado - merampas-ing the fish head from makcik. A brave act indeed.

What's her crime - not displaying the price tag. Kadir Jasin in his blog sums it up nice.

Would the authority go chase Mutusamy and his Tosai stall or would it be the case of Ah Long and his Taw Kua shop.

May Allah has mercy on their brains.

katakbesar said...

i read Kadir Jassim's too..

anyway, it's even
more heart-rending
for me to know these facts;
especially on
sapa yang kena denda..
sapa yang bayarkan..
sapa yang buat aduan..


http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm

Aktivis sedia bayar denda Sapiah

KUALA LUMPUR 1 April - Seorang aktivis masyarakat bersedia membayar kompaun RM1,000 yang dikenakan ke atas seorang peniaga yang menjual kuah nasi dagang dengan seketul kepala ikan tongkol pada harga RM45, Isnin lalu.

Menurut Dr. Ibrahim Ghaffar, hatinya amat tersentuh apabila membaca melalui akhbar mengatakan Sapiah Mohamad, 70, atau `Mak Ngah' mengalami tekanan perasaan sejak isu itu hangat diperkatakan.

``Niat saya untuk membayar denda tersebut adalah sebagai sokongan peribadi terhadap perniagaan Mak Ngah Sapiah.

``Saya juga berharap dia tidak merajuk dan berhenti dari berniaga sebaliknya menganggap berniaga itu satu ibadah,'' katanya yang juga Exco Majlis Kebudayaan Negeri Selangor ketika menghubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pada 27 Mac lalu, seorang pelanggan yang berasal dari Kampung Panji, Wakaf Mempelam, Terengganu dan kini menetap di Putrajaya, mendakwa tertipu setelah dikenakan harga RM45 untuk kuah nasi dagang kepala ikan tongkol di kedai Sapiah di Chendering, Terengganu.

Ekoran aduan yang dibuatnya, kelmarin, Sapiah dikenakan denda RM1,000 oleh Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Dalam pada itu, Dr. Ibrahim juga menganggap bahawa Sapiah merupakan seorang peniaga yang jujur berdasarkan umur, pengalamannya berniaga dan juga sifat keibuan yang dimilikinya.

``Saya tidak rasa Mak Ngah Sapiah tergamak menipu pelanggannya dengan sifat peribadi yang dimilikinya.

``Oleh itu, saya berharap beliau menerima niat baik saya bagi membayar denda tersebut dan segera memberi nombor akaunnya kepada pejabat Utusan sebelum tarikh tamat tempoh pembayaran,'' jelasnya.