Sunday, June 29

never ending story


sebelum ini.. tentunya kita biasa dengar
catchphrase or motivational phrase
seperti NOTHING IS IMPOSSIBLE

kita juga dulu.. selalu menonton
mini siri MISSION: IMPOSSIBLE
seterusnya ada filem M.I. 1, 2 and 3..
Tom Kurus yang berlakon jadi hero..
perghhh.. memang impossible.. hehe..

kita juga pastinya biasa dengar
motto or catchphrase iklan jenama Nike
JUST DO IT.. yang mana.. dari segi sudut motivasinya
'buat je la'.. 'boleh punya'.. hehe..

Malaysia Boleh !!!

tak lama dulu...
jenama Adidas pula membawa kita
kepada catchphrase baru..
IMPOSSIBLE IS NOTHING

ambikk kauuu... hehe..

apapun.. yang paling terbaru
Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum
'memperkenalkan' satu lagi catch-phrase
iaitu.. katanya.. IMPOSSIBLE IS AN ILLUSION

gulpppp !!!

well.. jika melihat
kepada pemodenan dan kemajuan
serta projek-projek yang membangun
dan dimajukan di Dubai
memang tepat dan tidak salah untuk beliau berkata sekian rupa

tapinya.. jika difikirkan sekali imbas
untuk negara seperti UAE dan wilayah seperti Dubai
memang boleh lah berkata begitu..
i.e. tanah banyak, duit banyak
just sell/tell me the idea..
money/cost is not really the problem..

in short, kat UAE ni
they plan and make the projects
macam main game SimCity
or macam main Lego je

teringat pada kata-kata
kartunis Majalah Gila-Gila.. Rejahab..
ADA DUIT SEMUA JADI

Thursday, June 26

thought counts


rasanya... tak kira di negara mana pun
selalu sangat kita dengar..
pasal masalah berkaitan
reckless drivers...

yang bawak kenderaan macam orang gila
laju tak bertempat.. potong queues
follow rapat sangat belakang kereta orang..
beaming orang tak tentu pasal..
dan sebagainya...

tak fikir / ingat keselamatan diri sendiri..
apatah lagi keselamatan orang lain...

tentunya... kalau kita ni..
jenis yang 'patuh' pada undang-undang
yang berhemah.. yang pentingkan keselamatan
pastinya sakit hati bila terserempak atau berhadapan
dengan pemandu kenderaan yang jenis begini

kalau pun..
kita jenis pemandu yang reckless jugak
tentunya.. kalau time kita yang kena..
kalau 'orang lain buat kat kita' pulak..
sure kita bengang jugak..
betul tak?

okay.. tak ingin borak lama pasal tu
sebab banyak dan panjang sangat
faktor dan kisah nya..

pendek kata..
too many changing variables..
nothing will remain ceteris paribus..

apa yang ingin diutarakan
adalah satu 'common sense' hypothesis..

begini..
kengkadang.. selalunya..
pemandu yang reckless ni...
akhirnya... akan accident gak...

bak kata orang tua dan bijaksana...
"sepandai-pandai tupai melompat.."

kenapa ye?

ye la..
drivers yang sebegini kan
bawak kereta pandai... cekap...
kalau tak.. takkan depa ni boleh
cut queue.. cilok sana sini..
bawak laju nak mampus..
ikut belakang orang rapat..
ingat jalan raya tu bapak dia sorang je punya..
macam dia sorang je yang nak cepat..
dan sebagainya...

begini...
ada satu teori..

hehe..

more often than not..
rasanya.. salah satu 'faktor'
kenapa diaorang ni.. still akan...
accident / terbabas / berlanggar..
adalah kerana.. SUMPAHAN...

contoh...
kita tengah baik bunya queue kat Tol..
tetiba.. datang Mamat ni.. potong..
surely.. terdetik hati kita menyumpah..
"sioooottt...".. takpun.. "celaka... "

contoh..
kita bagus punya cruising kat highway
or tengah memotong kenderaan lain
tetiba.. datang Mamat ni..
beaming or horn dari belakang..
pastinya, tersentak jugak hati kita untuk seranah
"f--toottttttt", takpun... "s--ttooooottt.."

anyhow, bayangkan..
kalau cukup 40 orang hari tu
yang 'doakan' kat Mamat tu...
kan boleh mendatangkan malang..
tak gitu?
:!

orang kata..
apa yang kita sebut dalam hati tu
boleh jadi doa

dan, selalunya..
kalau doa itu datangnya
dari orang/golongan yang teraniaya
akan lebih makbul

wallahualam..

sekadar teori bodoh je
tak pasti.. ada correlation ke tak..
nanti la.. kot aku nak buat master or phd ke
aku buat la thesis pasal ni kot
:)

apapun..
DRIVE SAFELY, RESPECT OTHERS
DONT BE CARELESS, BUT DONT BE TOO CAREFUL EITHER
BE PATIENCE, BE ALERT

Tuesday, June 24

courtesy calls


mat salleh sure akan sebut
nama Abu Bakar or Mohamad
jadi Abu Bakerrr... Muhammedd...

yang tak best tu.. kita kengkadang..
sibuk and takut sangat
nak pronounce nama orang salah
bersungguh kita nak sebut
nama or perkataan omputeh
dengan yang terbaik.. macam..
John, Michelle, Michael, Margaret, Jean, Dean,
Extraordinary, Climbing, Plumbing,
Milo, My-Loo.... etc

even mat salleh ni
being white man and so-called supremo-uno race
diaorang bukan kisah nak sebut betul pun

contoh.. kalau kat UAE ni
or even in BBC or CNN..
kalau announcement, emcee omputeh ni
kalau berita, newscaster omputeh tu
depa sebut slannggg
and tweenngggg mat salleh dia
nama-nama orang arab ni..
or nama tempat kat negeri pasir dua butir ni..
padahal ada tu.. dah duduk lama kat sini...

contoh lain..
yang paling aku tak suka
and sakit hati gak la
bila mat salleh ni.. has succeeded
in turning the pronunciation
of the UAE currency
DIRHAM.. jadi.. DIRAM...
(with silent H)..

betul, it is only courtesy
but, it's still NOT the right thing to do..

however, di Malaysia tanahair ku
lain pulak jadinya...
contoh.. kita ni kengkadang..
bila bercakap bahasa Melayu tu
yang Melayu tu.. bila bercakap melayu
dengan bangsa India or Cina
kita selalunya lebih cenderung untuk bercakap
menggunakan telo or loghat or cara
orang bangsa lain tu bercakap..
'lu sana pegi la'
'belakang kalu'
'sini taruk boleh ka'
dan macam macam lagi..

why not..
kita cakap je bahasa Melayu standard...
bila bercakap dengan diaorang..
maybe sebab kita baik and lembut hati kot..
heheheh...

ada satu kisah yang terjadi
di negara UAE tanahpasir ku ini...


***************

My friend's father named Anantharaman Subbaraman
arrived at the airport.

He ended up waiting for his visa
for about 2 hours for the authorities to call his name.

Finally, he got fed up and went to them
and asked why they haven't called his name yet.

They said that they have been calling him
for the last hour and a half
and were wondering why he hadn't responded!

The reason was made clear
when the immigration officer
pronounced his name as: 'Anotherman Superman'

*************

Monday, June 23

just for laugh


teringat pada
one old but slightly 'dirty'
joke/riddle

here it goes...

ada 4 soalan;
tapi satu sahaja jawapan yang diperlukan


SOALAN

1. kenapa gigi sakit?
2. kenapa ubi jadi kayu?
3. kenapa pencuri kena tangkap?
4. kenapa perempuan mengandung?





JAWAPAN

sebab tak cabut...

:)

Sunday, June 22

time and again


setiap tahun..
calendar of events in Dubai
especially in hosting various types of exhibition
will be fully packed every month
and back-to-back weekly during winter season

among the many..
Dubai akan menjadi tuan rumah
kepada Arab Media Forum
yang akan dirasmikan oleh Sheikh Mohammed - Dubai

(ada dua Sheikh Mohammed in the UAE
Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum
- VP, PM and MoDefence of the UAE
- Ruler of Dubai
Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan
- Crown Prince of Abu Dhabi
- next in line to be the President
- Deputy Supreme Commander of UAE Armed Forces)

apa yang menarik adalah..
dalam ucapan-ucapan beliau
semasa Arab Media Forum dan pelbagai acara bekaitan
pastinya akan diungkapkan berkenaan;
perlunya media yang adil dan kebebasan untuk media

apa yang lebih menarik adalah..
undang-undang di UAE sendiri, antaranya;

Article 70
No criticism shall be made against
the Head of State or Rulers of the Emirates

Article 84
It is prohibited to malign a public official
or anybody occupying a post in the public prosecution
or assigned to perform a public job

sebab itu..
jika kita baca dan amati
the newspapers published in the UAE ni
dalam ruangan Nation / Local News
setiap hari, semua artikel berkenaan UAE
adalah yang baik-cantik-manis-indah belaka

namun begitu..
sedikit demi sedikit, hari demi hari
slowly and gradually but surely
ada wartawan yang menulis dan menyentuh
isu-isu yang sebelum ini tidak akan/pernah muncul
i.e. jenayah, kemiskinan, kesan buruk ekonomi di UAE

secara dasarnya..
memang UAE ni tak banyak cerita
isu politik takde - no political parties
isu ekonomi baik - duit banyak, sedang membangun
isu sosial baru - kadar jenayah memang rendah

apapun..
bak pepatah melayu
"kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang"
"air yang tenang, jangan disangka tiada buaya"
"ibarat menutup bangkai gajah dengan nyiru
akhirnya terhidu jua baunya"

Thursday, June 19

just do it


tentunya.. of late..
selalu sangat kita dengar
"biasalah, Malaysia Boleh"...

dulunya..
perkataan Malaysia Boleh
really give you a boost
to do something for Malaysia's cause

nowadays..
it is a term mostly used
to smirk Malaysia / Malaysians
when they were doing something that
considered fishy, dodgy and doubtful..

in my opinion..
we are now back to square one
i.e. becoming pessimistic to achieve and do something
due to the shame to be labelled and associated
with.. Malaysia Boleh.. the dodgy way..

sad.. but true..

nevertheless..
teringat pada kata-kata seorang kawan
that always reminded me to..
"betulkan yang biasa
biasakan yang betul"


Malaysia memang Boleh !

Tuesday, June 17

do it again

in UAE..
memang ada kedapatan
majalah/suratkhabar terbitan antarabangsa
yang diimport masuk secara sah
termasuklah Cosmopolitan, Vogue, FHM, Maxim
ada yang version UK, US, Russia

seperti sedia maklum..
dalam majalah-majalah sebegini
pastinya akan terdapat gambar-gambar
model/celebrities/orang.. males and females..
in very 'revealing manner and suggestive contours'

orang jawa kata.. "waduh waduhhhhhh...
asyik skali dong.. bikin pusing.."
;)

untuk mengatasi masalah ini..
dan bagi memastikan majalah/suratkhabar tersebut
masih 'boleh' dijual dan dibeli di dalam UAE
pihak berkuasa mengamalkan 'the black marker' tactics
seperti berikut;




in general.. yang akan 'dihitamkan'
adalah gambar-gambar yang mempamerkan;
any form of nudity, exposed areola, genitals, buttock
yadi yadi yada.. you know the rest, right?
;)

anyhow..
since these 'markers' are human.. and male..
and have a deadline to meet
at times.. if you are among the 'lucky ones'
ada gak yang 'terlucut'.. not black-marked..

:)

Monday, June 16

question and answer


i remembered an old physchological test
that i took and learnt during Uni days...

here it goes..

(anyone taking this test,
need to get a piece of paper and a pencil/pen,
answer the questions and write them down,
orderly and patiencely
before you scroll down
and read the 'reversed' analogy/answers)


QUESTION 1

list 1 favourite colour of yours,
and state 3 reasons.. why...

example:
i like BLUE,
because it is harmony, moderate and simple


QUESTION 2

list 1 favourite pet/animal of yours,
and state 3 reasons.. why...

example:
i like CATS,
because they are obedient, cute and cuddly


QUESTION 3

list 1 favourite mineral/beverage of yours,
and state 3 reasons.. why...

example:
i like water from the Waterfall
because it is natural, refreshing and relaxing


QUESTION 4

imagine yourself...
trapped in a room.. alone..
not so big, not small...
but, with no windows not doors...
now, list your feeling at that moment..
in 3 words/lines..


DONE???

okay.. time to reveal the truth..


THE ANALOGY

Q1.. the actual analogy... is..
HOW OTHER PEOPLE LOOK AT YOU OR PERCEIVE YOU


Q2.... the actual analogy.. is..
WHAT KIND OF PEOPLE YOU WOULD LIKE
or WHAT SPECIAL CHARACTERS YOU WOULD LOOK ON PEOPLE

to be your companion, friend, etc

Q3.... the actual analogy.. is..
WHAT DO YOU THINK OF SEX?

Q4.... the actual analogy.. is..
HOW WOULD YOU FEEL IF YOU'RE APPROACHING DEATH?


like your analogy?
ah well.. nevertheless..
it was just a test...

trusting yourself is always the best policy

Sunday, June 15

forgive and forget



Seorang Guru taman kanak-kanak
telah mengadakan satu "permainan".

Si Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya
membawa satu kantong plastik transparen
bersama dengan beberapa buah kentang.

Kentang-kentang tersebut akan di beri nama
berdasarkan nama orang-orang yang dibenci,
jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa...
bergantung jumlah orang-orang yang dibenci.

Pada hari yang tersebut,
masing-masing murid membawa kentang
dalam kantong plastik.
Ada yang berjumlah 2,
ada yang 3 bahkan ada yang 5.

Sepertimana perintah si guru mereka,
tiap-tiap kentang di beri nama
dengan nama-nama orang yang dibenci.

Seterusnya murid-murid dikehendaki
membawa kantong plastik berisi kentang tersebut
kemana saja mereka pergi,
bahkan ke toilet sekalipun, selama 1 minggu.

Hari berganti hari,
kentang-kentang pun mulai membusuk,
murid-murid mulai mengeluh,
apalagi yang membawa 5 buah kentang,
selain berat dan baunya juga tidak menyenangkan.

Setelah satu minggu
murid-murid tersebut merasa lega
kerana penderitaan mereka akan segera berakhir.

Si Guru bertanya:
"Bagaimana rasanya membawa kentang tersebut
selama 1 minggu ?"

Keluarlah keluhan dan rungutan
dari murid-murid tersebut,
secara umumnya semua tidak senang
dan tidak selesa
ketika membawa kentang-kentang busuk tersebut
terutamanya ke mana sahaja mereka pergi.

Si Guru pun menjelaskan apa erti
dari "permainan" yang mereka jalankan.

Si Guru berkata :
"Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa
apabila kita tidak dapat memaafkan orang lain.
Busuk dan tidak menyenangkan
umpama membawa kentang busuk tersebut,
kemana saja kita pergi.
Itu baru hanya satu minggu.
Bagaimana jika kita membawa
(kentang2 busuk) kebencian itu seumur hidup?
Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya..."

Moral of the story:

1. Barang sesiapa yg ada kebencian
terhadap orang lain tu, eloklah dibuangkan dari hati

2. Janganlah makan kentang busuk..

Saturday, June 14

common creativity


dapat satu email.. from a friend
the one-liner type
tanya pasal weather and temperature kat UAE
arrgghhhhhhh... sakit hati
kalau dapat inquiry macam ni
yang 'senang' dan tak mencabar langsung
dan menampakkan yg tanya tu
sama ada pemalas, or not internet savvy
:p

ye la.. ni kan zaman broadband
macam macam ada kat internet tu..
zaman IT ni semua perlu mudah, pantas

TOO MUCH INFORMATION

TOO LITTLE TIME TO SWALLOW

ini bukan lagi zaman telegram
or zaman tv hitam-putih

contoh..
type je XXX, kat google.com
40 juta gambar bogel boleh dapat

ini kan pulak setakat suhu dan cuaca..
aisehhhmannnn...

anyway, aku jawab jugak la..
and sindir le sikit,
by quoting the above paragraph
and the links that i found from google as well
hehe...

Thursday, June 12

lingua franca


my Arabic still not much progress
'swai-swai' = sikit-sikit or very slow

kalau la aku tahu
akan berada kat negeri tanahpasir ni
pasti aku belajar sungguh-sungguh
masa time sekolah dulu..

tapinya..
nak belajar bahasa Arab bukan senang
nak-nak lagi bila dah tua ni
lidah dah keras, otak dah tepu
:)

contoh...
ada keluarga Melayu kat sini
dah duduk hampir 15 tahun
but, still tak leh cakap Arab
anak-anak diaorang je yang boleh

but, contoh yang paling best
adalah kisah satu famili tu
Palestine (bapak) - Malaysian (mak)

memang best and very interesting..
anak-anak diaorang..
boleh cakap Arab, English and Melayu..
bukan pelat and berterabur punya..
but fasih and bahasa pasar punya woooo..

and anak-anak dia 3 orang ni
rupa memang muka Arab
but, even sesama diaorang pun..
they will speak in Malay

Mak tak pandai cakap Arab
Bapak tak pandai cakap Melayu
(yupp, despite being married for over 16 years)
hence, between husband and wife cakap English..
and anak-anak diaorang lak
kalau cakap ngan Mak.. melayu
kalau cakap ngan Bapak.. arab
and diaorang jadi perantara.. heheh

Mak diaorang ni yg kuat
to push and instill the Bahasa Melayu in them
respect and salute!

sebenarnya..
memang banyak perkataan Melayu ni
berasal dari Bahasa Arab...

cumanya.. kengkadang tu..
kat Malaysia.. kita 'salah' guna or pakai

contoh...
dulu kita guna perkataan "musabaqah"
yang bermaksud pertandingan
now kita dah tukar and guna "tilawah"
yang bermaksud pembacaan

contoh lain...
orang kampung kita
bila Maulidur Rasul je
selalunya akan sebut...
'cuti Maulud Nabi'
sepatutnya.. Maulid..

sebab..
Maulud maksudnya 'baru lahir' / new born
Maulid maksudnya 'kelahiran' / birthday

another thing..
kita selalu sebut MashaAllah
bila ada sesuatu yang buruk/keji terjadi
walhal, seeloknya, ianya digunakan
kalau kita kagum dan takjub
dengan sesuatu yang cantik/baik

now, kat Malaysia pun
ramai yang dah makin paham
untuk gunakan Innalillah
i.e. bukan hanya untuk berita kematian
tetapi jika ada ditimpa malang

satu lagi perkara penting
(maaf) pada sesiapa
yang mempunyai atau bernama NIK

kalau nak gi negara Arab
mohon dan diingatkan
supaya elakkan kenal diri anda
sebagai Nik Amir ke.. Nik Aziz ke..
atau sewaktu dengannya..

cukup dengan or cuba hanya
kenalkan diri sebagai Amir or Aziz sahaja

sebab???

perkataan bunyi Nik
dalam bahasa Arab
adalah bermaksud F**K

dengan itu,
kalau nak ke middle-east
and bila nak exchange business card tu
kena la padam or hitamkan
perkataan Nik tu...

"bahasa melambangkan bangsa"

Wednesday, June 11

people power


for me, personally..
i hope not.. for Malaysia
to become like Filipina, Indonesia, India
or even worse, Pakistan, Afghan and the lots..

meaning..
jangan sampai suara dan kuasa rakyat
yang melontarkan ketidakperihatinan ini
tidak dilayan langsung oleh Kerajaan
yang berkuasa dan mempunyai kuasa

dan jangan sampai..
hanya bila revolusi rakyat
yang telah menunggu dan mengharap sekian lama
kepada evolusi kerajaan yang prihatin
untuk membetulkan keadaan..

i wish not rakyat Malaysia
to taste the REAL power of their own medicine
i.e. revolusi menggulingkan kerajaan

apa yang dimaksudkan, adalah..
kita ambil contoh Indonesia
yang serumpun dan terdekat dekat kita

mereka Merdeka secara revolusi ke atas Belanda
mereka jatuhkan Sukarno dengan revolusi
kerna tak sukakan lagi pemerintahan tentera,
mereka jatuhkan Suharto dengan revolusi
kerna tak tahan lagi dengan karenah korupsi

rakyatnya.. telah rasa..
apa itu dan betapa hebat dan kuatnya
kuasa rakyat..

and they will never stop..
sebab, they had feel it, they had taste it
and they will do and use it..
again and again... whenever they feel like it

tanah Melayu,
kita merdeka melalui evolusi, negotiation

kita pilih pemerintah juga begitu
kita pilih secara damai, secara pilihanraya

once kita mula pilih jalan lain
once kita ingin ubah cara
dari evolusi kepada revolusi
we will never can stop
kerana kita juga nanti akan dapat rasa
the power!

to rebind something that's broken
is not as easy as to break it

pasal barang naik, air banjir naik,
tarif air and letrik naik,
minyak naik, naik minyak,
segala bende lagi naik ni..
agama dan budaya kita sering sebut
bersabar la.. biar la.. takdir...
Tuhan Maha Mengetahui dan Lebih Berkuasa
setiap kejadian ada hikmahnya

kita selalu terbayangkan dan ingin mengambil
cara dan budaya orang ramai negara lain
dalam menangani dan menyuarakannya..

yupp.. aku setuju..
kalau yang baik, kalau yang sesuai
dengan agama kita

yang baik tetap baik
yang buruk tetap buruk
tak ada salah nya berubah untuk kebaikan

hopefully, the use of force and to revolt
will only be the very last resort

aminn ya ra'bal alamin

Sunday, June 8

good ride


dulu, back in Mac 2006
masa harga petrol prices increased by 30 sen
the Malaysian govt had been recorded saying
that the RM 4.4 billion 'surplus' from the subsidy
will be used to lift up the standard and the state
of the current Public Transportation system

hmmmm...
apa dah jadi?
and what's the update?

anyway, pasal our public transportation
was it 'about time' or has been long overdue?

either this or that
just implement it and materialise it!

it has been my long life dream
to see a good public transport system
in my beloved tanahairku

i had faced it
i had my share on these ordeals
Bus Ride, Commuter, Taxis, Train



i am very sure, that millions of Malaysians
had treasured their own experiences
past and present, thus, i hope not for future too

the thing that always amuzes and tickles me is;
they are so many Ministers, Senior Govt Officials
Decision-Makers, Think-tankers and the like
been visiting countries like Singapore, US, UK, Korea, Japan

every now and then..
i am sure these people have seen and realised
(and at times even complimented)
on how good these countries' public transportation were
and what good it could bring to its citizens

it makes me wondering even more...
to imagine; when was the last time
the aforesaid distinguished individuals
took a bus ride, paid the taxi fares,
hassled with other commuters, in Malaysia

'kerajaan menyeru rakyat menukar cara hidup'
is it not that kerajaan too is the rakyat?

rakyat yang membantah tak semestinya pembangkang
rakyat bersuara kerana sayangkan negaranya

so.. now..
only time and tide will tell..
whether they meant what they've said
or it is just another rhetoric and sweet-talk

'you can fool some people some times
but, you can't fool the people all the time'

Thursday, June 5

hike spike


harga minyak naik lagi
it's now RM 2.70 per litre (petrol)
about USD 0.84, a 40% up
and RM 2.58 per litre (diesel)
about USD 0.67, a 67% increase

hmmmm..

for me frankly
dalam kes harga minyak naik ni
takde nak 'kisah' sangat

sebab...
tak boleh nak buat apa sangat

sebab...
sejarah membuktikan
kebanyakan benda/harga yang dah naik
mana mungkin akan turun balik...

sebab..
memang kadar minyak dunia
telah naik dan akan terus naik kot..

so.. redha je la
and make the most out of it..

but, yes... i will second
any notion that..
life in general could be better..

tapinya, yang palinggg fed-up..
bila harga barang tu nak naik
akan dengar la justification
kata "harga di negara lain lagi mahal"

contoh...
depa convert nilai dan harga duit
di sesebuah negara.. macam..
harga minyak Singapore is RM 5.20
harga minyak UK is RM 7.80
harga minyak US is RM 3.60
dan sebagainya.. ....

di Malaysia.. baru RM 2.70

oooooooooooo.... ooit!
harga minyak pegi convert...

apsal gaji, standard of living,
harga barang-barang lain..
tidak juga diambil sebagai perbandingan?

contoh,
untuk seorang akauntan bergaji RM 2,500
kalau harga minyak di Malaysia.. is RM 2.70
takkanlah sama 'puchasing power' dengan...
untuk seorang akauntan bergaji RM 16,200 (2,500 pound)
kalau harga minyak di UK.. is RM 7.80 (1.25 pound)

sama ke?....

hmmmm..

seterusnya.. lepas ni..
masalah berkait disebabkan
kenaikan harga minyak
akan menghantui semua pihak..
selain macam-macam jenis rhetorik politik

yang paling tak masuk akal
adalah bila, ada orang mengatakan;
'bila harga minyak naik..
tiada sebab harga barangan lain juga naik.'

yenna deiii..
ni mana punya sekolah punya produk ni?

anyway, tak perlu jadi ahli ilmu hisab
atau ahli sains atau ahli sejarah
atau ilmu alam, apatah lagi ahli nujum
untuk kira dan congak pasal harga barang

common sense laaa..

sebagai contoh,...
sayuran from Cameron
ikan from Kemamang
takkan la ikan ngan sayur tu
jalan kaki sampai KL kot..

bila harga minyak naik
naik la kos penghantarannya
so, naik la harga barang tersebut...

contoh lain..
(aku pun dulu pernah tolong mak jual kuih)
ada orang tu kata.. tak boleh naikkan harga
kuih, nasi lemak or teh tarik
laaaaaa... bukan susah pun
orang nak justify kenaikan

kalau sebelum ni jual teh tarik RM1.20
nak naikkan harga jadi RM1.30
mamak tu pakai la gelas lain or besar sikit ke
so, jadi la berbeza.. and, justified le..

kalau sebelum ni jual karipap 50 sen
nak naikkan harga jadi 60 sen
makcik tu buat la karipap tu besar sikit
or letakkan inti nya lebih sikit
kan jadi lain kuih tu...
dengan itu.. harga pun lain laa..

entahlah..
antara perasaan dan akal
antara hati dan minda

well..
hidup di dunia hanya sementara
hidup ini penuh cabaran
nak tak nak.. kena hadapi jugak...

c' est la vie..
life must go on..


*****************

accept certain inalienable truths;

prices will rise,
politicians will philander,
you will get old,

and when you do
you’ll fantasize that
when you were young
prices were reasonable,
politicians were noble
and children respected their elders