Thursday, October 18

hope and help


the word Maid, Servant, Nanny,
Butler, Cook, Housekeeper, Gardener
are all not the same in definition
let alone their job description..

tapinya... yang selalu terjadi..
we will 'expect' them to do ALL..

kalau ikut 'asal'nya
contoh.. kalau kita ingat dan pernah tonton
cerita sitcom The Nanny
nanny is nanny, butler is butler

however..
kalau kita perhatikan..
dalam 'tradisi' kita di Malaysia
and lebih-lebih lagi di negara Arab ni
maid/nanny/gardener/butler/cook
adalah orang yang sama..

dia la yang kemas umah
dia la yang basuh kereta
dia la yang jaga anak
dia la yang tukang masak
dia la.. semuanya..

but.. yang sedihnya...
gaji nya.. tak pula 'inclusive' semua tu..

hmmmm....

kalau difikirkan
macam superwoman jadinya maid tu..
semuanya dia kena tolong or buat..

kalau tak salah pengamatan.. di Malaysia..
'phenomena' ini.. hanya kerap pada dekat ini
pada zaman maid dan servant ni
adalah wanita indonesia, filipina, myanmar..
dan tidak pada dekad yang sebelumnya
di mana pembantu rumah ini
adalah wanita tempatan kita, dari kampung selalunya

secara sedar atau tidak
adakah keadaan ini berlaku
kerana kita merasakan bahawa
oleh sebab kita telah memberi gaji kepada mereka
dan mereka bukan orang tempatan kita
jadinya.. kita kurang rasa 'kasihan' pada mereka
berbanding jika mereka adalah 'saudara' kita
yang datang dari kampung..

bukankah tugas hakiki mereka ini
hanya sebagai 'pembantu'
dan bukannya sebagai 'pelaku'

more often than not..
ALL sort of tasks are now
'taken over' and 'expected' from them..

apapun..
tak dinafikan juga..
memang pembantu rumah ni
pada dekad ini.. banyak timbulkan kes sosial lain
jadinya.. kita sebagai employer
perlu lebih 'berhati-hati' dengan mereka

oleh itu..
buatlah dan fikirkan yang terbaik
untuk kesejahteraan bersama..

better late... than never...

c' est la vie..

Saturday, October 13

Salam Aidilfitri


ingin diucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
dan memohon Maaf Zahir Batin
atas apa jua kesalahan dan kesilapan
dalam perbuatan atau perkataan
yang tentunya tidak pernah disengajakan
tidak disedari atau terlepas pandang
yang telah menyakiti atau menyinggung
mana-mana hati dan perasaan

terima kasih atas kemaafan



**************************************

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

Monday, October 8

recorded reminder


"musim cuti begini.. ramai yang balik kampung..
saya pun nak balik kampung juga.. "


begitu la.. bunyi suara Santokh Singh
dalam iklan keselamatan jalan raya
pada tahun-tahun 1980an..
ingat tak?.. hehe..

bila sebut dan bila tiba musim perayaan
tentunya berkait dengan
kempen keselamatan jalan raya

setiap musim perayaan..
pihak berwajib dan berkenaan
akan memaklumkan mengingatkan orang ramai
pengguna jalan raya seluruhnya
agar berhati-hati ketika di jalan raya

sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga
di Malaysia.. diperkenalkan Ops Sikap
dan dipamerkan juga jumlah kemalangan untuk hari tu
sebagai peringatan kepada agar orang ramai
tentang bahaya dan akibat
kecuaian manusia dan malang yang tidak berbau

apapun.. pernah juga ditanya
kepada seorang Pegawai Kanan Polis
adakah jumlah kemalangan pada hari-hari biasa itu
kurang dan tidak seperti musim perayaan?
menurut beliau... 'sebenarnya, sama je..
hari-hari.. jumlahnya lebih kurang gitu juga'

sememangnya.. ajal maut di tangan Tuhan
namun.. kita perlu berjaga-jaga dan berhati-hati..

usaha, yakin, tawakkal.. insyaAllah..

slow and fast


sering kali orang berkata
'biar lambat asal selamat'
'biar lambat sampai, jangan tak sampai langsung'
'kalau nak laju pun, biarlah bertempat'

laju sangat pun bahaya
perlahan sangat pun bahaya juga

sesungguhnya.. dalam memandu kenderaan
memerlukan kesabaran dan tumpuan fikiran

kengkadang tu.. terdetik juga dalam hati
'iskh.. kereta tu.. lajunya'..

ye la.. time tu.. mungkin kita tak rushing
so.. kita pandu kenderaan kita tak laju mana
but.. bila kita ada emergency atau perlu..
pastinya terlaju juga kita bawak kereta tu
and.. orang lain pulak akan berkata..
'iskh.. lajunya dia ni'

ada tu.. memang jenis tak reti slow..
ada tu.. selalu laju.. accident.. tak serik gak
ada tu.. kalau bawak slow.. sure accident
katanya, sebab kalau dia laju..
dia akan bagi tumpuan penuh..
hehe.. macam-macam..

semuanya mainan fikiran dan perasaan..
bergantung kepada masa dan keadaan..

think twice.. act wise..

Friday, October 5

one in a million


at 10am tadi..
my sweet little sis smsed me
- "Along, mak masuk wad, lepas buka semalam..
mak pengsan"

(i presumed.. as always..
my sis didnt alarm me earlier
sebab tak nak make me 'risau sangat')

terus called her for the details..
very teary indeed and i cant hold it any longer
right after ending the conversation
- i cried

even though, i could guess that
my mum's condition is in good hand
with my abah, adik-adik ensuring the best for mak..
(and of course the hospital's staff is also around)
the thought of my mum is back in the hospital, warded, again
and me being far away at times like these
and with Aidilfitri just around the corner
really got me very very sad indeed

few friends were online - yahoomessenger
hence, as a way to ease the pain
i told few of them, about my mum's ordeal
including Dr. Cool

but, to my surprise, he went the extra mile
- he immediately went to visit my mum at the hospital

i did feel extra relieve
as he explained to me about my mum's condition
in between our conversation via the telephone

but, the one that touched me the most
was when i opened my mailbox just now
and read Dr. Cool's email, as follows;


***

Salam bro!

Sungguh hati aku terusik dan terpanggil
tatkala mengetahui seorang anak menitis air mata
mengenangkan ibunya di kejauhan yang tidak berapa sihat.

Aku pun mempersiapkan diri dengan map (tak tepat)
dan mempelawa seorang rakan karib untuk menemani
perjalanan kali pertama ke HTAR tepat 4:30 petang tadi.

Berkelanakan kereta seasoned aku yang melambung-lambung
setelah salah pilih absorber baru-baru ni,
kami pun meredah petang yang hangat tadi.
Namun kerana secebis 'amanah'
semuanya ditempuhi dengan yakin dan tabah.

Dalam pukul 6 petang, sampaila kami di HTAR,
dan menemui insan yang dimaksudkan.
Pucat dan kurang bermaya, begitulah ungkapan untuk observasi
yang aku dapati pada insan yang besar jasanya dan sangat mulia
bergelar wanita, isteri dan ibu; Puan Faridah.

Bangkit di perbaringan katil 19A tatkala kami bertamu
mungkin mengganggu ketenangan dirinya.
Riak terharu tatkala menyebut nama anak yang dirindui,
jelas kelihatan, ibarat menyebut satu kalimah azimat layaknya.

Kulihat tompok-tompok darah segar yang tiris dari 'venofix'
pada tangan kanannya pada kain hospital yang dipakai.
Kami memberi laluan untuk beliau menukar kain yang baru
sambil dibantu oleh jururawat pelatih yang sabar dan dedikasi.

Aku mencuri-curi membaca keputusan observasi
dan nota jururawat pada hujung katil.
Ku dapati, masalah yang dikenalpasti
sebagai sebab kemasukan pesakit
adalah kawalan gula yang tidak betul,
lantaran kurang informasi.

Lalu aku mengambil peluang itu
menerangkan cara modifikasi dos ubat
dalam keadaan-keadaan berlainan;
dos ubat kencing manis hanya dipatuhi,
apabila pengambilan makanan tidak terjejas
akibat demam dan hilang selera.

Apa yang telah berlaku semalam adalah,
Puan Faridah mengambil dos ubat diabetes
seperti biasa tetapi kurang makan menyebabkan
penurunan luarbiasa aras gula dalam darah
langsung pengsan.

Aku juga menggalakkan pengambilan sayur bayam dan brocholli
sebagai sumber zat besi untuk pembinaan sel darah merah
kerana beliau juga mempunyai masalah rendah darah merah, anemia.

Aku dan rakan karib terpaksa meminta diri setelah berbahasa basi.
Kami amat berbesar hati telah menunaikan amanah lawatan tersebut,
demi seorang anak yang kegalauan hati di perantauan.

Semoga pertemuan tadi memberi sedikit makna kepada kami semua
dan Puan Faridah terutamanya.

Sekian untuk seorang rakan.
Our help is just an IM away..
:)

'Grass is always greener on the other side,
but just as hard to cut.'

***

to Dr. Cool and Sir Kirk Pecai
terima kasih yang tidak terhingga
di atas bantuan, prihatin dan budi mulia korang

hanya Allah yang mampu membalasnya

Monday, October 1

the end is near


alhamdulillah..
dah masuk dan lebih 14 hari
menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan

sunat taraweh ada gak la 'bocor'
but will try to 'penuhkan' for these last 10 days
insyaAllah.. bersama kita mencari Lailatul Qadr

as always jugak..
bila dah dekat nak Syawal ni
baru la 'boleh' nak dengar lagu raya
baru la terasa betul mendayu lirik lagu tu
especially bila di perantauan ni
especially bila terkenang mak-abah

dari jauh ku pohonkan
ampun dan maaf..