Tuesday, March 6

thoughful teachers


if the teacher (in that cartoon)
was an english teacher
then, we got a bigger problem!

but, if he was only the science teacher
well, at least he did convey
the subject matter across, right?
:)

berkenaan keperluan/kepentingan
pengajaran matapelajaran sains/matematik
dalam bahasa inggeris
yang masih/sedang hangat diperdebatkan kini
vis-a-vis most of us didn't have much problems then
during our uni's days in catching up with those subjects
even though we were taught in full Malay language previously

mainly because of our strong comprehension
in the english language

in short, we could even swap
to teach/learn all the subjects in english
but, first and foremost, is the actual english subject
that we need to master

at least for me, i did encounter that much ordeals
because i had very good english teachers
during primary and secondary schools
thank you chegu!

teachers were there to show the ways
but, at the end, it was all up to us
as students, to go and step up to the plate
if not go the extra miles

jangan Malu bertanya
jangan Malas berlatih
jangan Menyalahkan orang lain
that's the new 3M. good luck!

hmm dalam contoh lain;
adakalanya, semasa kita berumur 16/17 tahun
kita dapati, amatlah sukar untuk menghadapi
matapelajaran sains atau matematik tambahan

tetapi, akan lebih mudah memahami dan menghadapinya
hanya ketika, kita telah berada di peringkat yang lebih tinggi
seperti semasa dah di kolej/universiti
atau berusia 21/31/41/51 tahun

rasanya, itu adalah fitrah

oleh kerana, adakalanya pertumbuhan minda
dan kefahaman kita untuk memahami sesuatu perkara tersebut
hanya tersuntik apabila kita telah meningkat dewasa

sebab itu jugalah
ada yang hanya boleh menjadi pandai
atau menunjukkan kepandaian
apabila usia semakin lebih dewasa
tidak sesama zaman remajanya
and perhaps, vice versa
sebab sudah tepu lebih awal
:p

sebagai contoh, ada orang
lepas berjaya dapat ijazah
that's it, tepu, takleh gi mana
ada orang, masih boleh gi sampai phd

apapun, tujuan peperiksaan diadakan
sebagai contoh SPM, adalah untuk
"menilai kemahiran kita, pada ketika usia 17 tahun
supaya kita boleh tahu dan dipisahkan
mengikut kepandaian kita, ketika itu"

dan sekiranya kita gagal
pada usia dan masa itu
janganlah berputus asa

oleh kerana kita mungkin lebih bijak kelak
dan akan menemui sesuatu yang sesuai
dengan kemahiran yang kita temui
hanya di kemudian hari

in short, the turning points
that could change our lives
might not be at the same time or event

hence, kepada adik-adik
yang akan menghadapi spm kelak
cuba, usaha, yakin, insyaAllah

jika gagal, cuba lagi
dalam peluang yang berlainan
dalam hidup kelak

kepada guru-guru yang berusaha
untuk kejayaan pelajar pula
teruskan, usaha, terima kasih

insyaAllah
no one ever forget their teachers
especially, the good ones
wallahualam

Wednesday, January 11

common sense

ada yang mengatakan..
"kami ingin berpolitik di kampus!"
namun, undang-undang pada masa ini
berkata "tak boleh!"


maka, oleh kerana
ingin juga sibuk nak berpolitik
(rather than just concentrate
on their own studies
which is the real "kebebasan akademik)
mereka pun gasakkan juga..


well, the irony is
macam kata para ustaz
"kalau hukum kata
tak boleh makan babi
kenapa perlu nak jugak fikir pasal babi
bukankah banyak lagi
benda lain yang boleh dimakan?"


duhai adik-adik
yang sedang sibuk 'berpolitik'
esepcially di universiti tu..


kalau setakat..
duit belajar, duit makan
duit minyak kereta/motor/tambangbas
duit nak belanja awek..
and duit rokok (mungkin)..
punnnnnnn masih dalam tanggungan mak-abah..
or pinjaman/biasiswa..


tak yah la
nak kecoh berpolitik sangat...


esok-lusa
bila dah abis belajar, dah keje
dah pegang duit sendiri
dah mula bayar tax/morgage/segala sendiri
dah face 'the real-cruel world"
baru la pulun, kalau nak sangat..


thank you
for your kind cooperation
selamat maju dan berjaya!

Tuesday, January 3

we can do it


di Malaysia ni..
terdapat pelbagai undang-undang, akta, ordinan
yang merangkumi dan mencakupi
pelbagai aspek kehidupan seharian

hakikatnya..
undang-undang perlu
untuk pemerintah mengawal subjeknya

namun..
apalah undang-undang tanpa penguatkuasaan

ianya akan menjadi sebuah karangan
di dalam sebuah buku tebal
tanpa mempunyai kesan atau pengaruh kepada sesiapa

undang-undang, dasar dan polisi
yang sedia ada di Malaysia
sememangnya tidak banyak berlainan
daripada apa yang terdapat di negara membangun
dan negara-negara lain umumnya

namun..
penguatkuasaan di negara lain
mungkin tidak sama
seperti apa yang terdapat di Malaysia
dan sebaliknya

sebagai contoh
dasar dalam menjaga kebersihan
yang dipraktikkan di Malaysia
berbanding dengan negara-negara lain

kita ambil perbandingan
dengan negara jiran yang berdekatan
i.e. Singapura

(kita boleh mengambil contoh negara
seperti US, UK, Jepun, Korea, Finland dan lain-lain
namun, rasanya, kita tidak perlu dan tidak ingin
meneropong jauh untuk lihat perbandingan
kita tidak mahu nanti dikatakan
'kuman diseberang nampak tapi gajah di depan mata tidak)

bandar Singapura sememangnya dikenali
sebagai The Fine City

bukan hanya kerana ianya sebuah negara yang moden
dari segi kemudahan infrastrukturnya yang baik (fine)
tetapi penuh dengan ordinan dan denda (fine)
yang bertujuan mencegah pencemaran
dan menjaga kebersihan bandarnya
yang moden dan indah itu

tiada yang asing dan pelik benar
tentang ordinan dan akta yang dipunyai Singapura
daripada apa yang terdapat di Malaysia

sebagai contoh
Malaysia juga mempunyai undang-undang
yang melarang rakyatnya membuang sampah merata-rata
dan merokok di tempat-tempat yang tidak dibenarkan

tetapi, apa yang nyata berbeza
adalah penguatkuasaan undang-undang tersebut

sekiranya anda berpeluang melawat Kota Singa ini
cuba anda buang sampah merata-rata
seperti mana ‘kebiasaan’ di Kota Lumpur kita

jika tidak ada pegawai penguatkuasa
yang berpakaian reman akan menghulurkan
buku saman beliau untuk ditandatangan oleh anda
paling tidak, anda akan dipandang sinis
oleh orang ramai yang lalu lalang

contoh lain
cubalah anda menghisap rokok
di perhentian bas awam

jika tidak ada pegawai penguatkuasa
yang berpakaian biasa
mengeluarkan kompaun kepada anda
paling tidak, orang lain yang turut sama menunggu bas
akan menegur anda supaya tidak berbuat demikian

tahap penguatkuasaan kepada undang-undang tersebut
sememangnya memainkan peranan
dan memberi kesan terhadap kebersihan sesuatu tempat

adalah menjadi lumrah kejadian manusia
untuk takut kepada kekerasan

undang-undang tampak keras
namun apalah undang-undang tanpa kuatkuasa

masyarakat tidak akan takut kepada undang-undang
jika tiada kuatkuasa

masyarakat tidak takut kepada kuatkuasa
jika ianya tidak keras dan tiada impak

sebagai contoh,
di Malaysia undang-undang menyatakan
bahawa anda akan didenda RM500 jika membuang sampah,
tetapi di Singapura selain denda yang sebegitu,
anda akan diarah untuk membuat kerja-kerja amal
seperti mengutip sampah di kawasan pantai

misalan tersebut di atas
bukanlah bertujuan untuk mengangkat-ngangkat
negara jiran kita itu

namun, apa yang baik tetap baik
dan apa yang buruk tetap buruk

masyarakat Malaysia sering dilabel
sebagai suka dan mudah meniru-niru orang lain
seperti budaya, pakaian, percakapan dan sebagainya

jadi, bukankah lebih baik,
jika apa yang kita ingin tiru itu
adalah sesuatu yang baik
atau boleh membawa kebaikan?

bukankah elok,
jika apa yang kita ingin ambil dan gunapakai itu
sesuatu yang mendatangkan kesan dan faedah
kepada masyarakat umum?

kenapa perlu malu untuk meniru
dan mengambil guna apa yang baik
untuk kebaikan bersama?

segala yang berlaku hari ini
adalah ulangan sejarah terdahulu..
(history repeats itself)

budaya mengambil guna dan menyesuaikan dasar,
polisi atau kaedah yang dilakukan orang lain ini
bukanlah sesuatu yang baru dan pelik

pokoknya, mahu atau malu, hendak atau helah