Saturday, October 9

festive videos

i am not really keeping track
of the more recent videos for Aidilfitri
that are being aired as tv adverts in Malaysia
but, the following videos
are among my all time favourites;

lucu


sedih


touchy


catchy


teary



ada 3 lagi video
which i am still trying
to find via youtube
but to no avail

- advert by TNB
yang mamat tu pakai helmet motor
sambil kene tempias hujan
kita ingat ke, memang tengah lenjan motor
rupanya.. tengah memarut kelapa
hehe..

- advert by Perodua
kereta kancil ngan kereta toyota
berselisih di satu jalan yang sempit
and last sekali, mamat bawak kancil tu
pull in his side mirror
hehe..

- advert Petronas (kot)
yang Adibah jadi drebar taxi
and this penumpang melayu
from airport balik kampung
cakap slang omputeh masa borak ngan Adibah
and last sekali, Adibah slang balik kat dia
hehe..

anyhow..
while browsing youtube for those videos
terjumpa pulak few videos baru, for raya tahun ni
ada few yang best gak

remember cerita lawak awek-terambik-biskut tak lama dulu?


air dicincang takkan putus


Selamat Menyambut Aidilfitri !
Maaf Zahir Batin

Monday, June 7

call and write


normally..
in dealing and communicating
with other people in formal situation
i will always try my best
to call that person first
before i write him/her a letter

i think..
it's better to have heard the person's voice
so that you could also 'know' his/her characters
so that you would not miscontrued them
as you are reading his/her formal longer letter later

it could help us to avoid
from interpreting its content wrongly
through the way we're reading the sentences

for instance..
you receive a letter from a male client
(doesn't matter whether via email, facsimile or post)
and you had never heard his voice before
hence, you never know how's his verbal intonation
nor how flair he is with spoken communication skills
thus, let say, if the contents and sentences in that letter
were very.. well.. let say.. abusive and not friendly
according to your normal standard or expectation
i bet, you would tend to 'misjudge' what he wrote

perhaps..
even if that person would speak to you later
(be it via telephone or in person)
and he 'turns out' to be very friendly and not as abusive
i bet, you would probably still 'hate' him
due to his 'first impression' earlier

why is this possible?

well.. let see..
you never hear my voice
you never meet me in person
but you do read my blog (thank you.. hehe)
so, in your head right now
how did my sentences/writings sound like
in your head, to you, as you're reading them?

is it not, that you tend to read it
as if and how, you are reading your own letter/writing?

but..
if you had have meet me or hear my voice before
then, you probably know and understand
and read my words and writtings
as if i am right in-front of you
and am speaking to you directly

hence..
wouldn't it be better, for our own understanding
if that someone (a client/counterpart/colleague)
had called or spoke with us earlier
before he/she sending us that letter?

try it
and good luck !

thank you

Sunday, June 6

patience and passion


sekarang ni rasanya
masih lagi hangat isu pasal
undang-undang seperti
tak boleh pegang tangan,
berpelukan, bercium di khalayak ramai

'show of affection in public'
kata orang Jawa...

harapnya..
pihak yang berwajib
yang dipikulkan tanggungjawab
pihak yang terbabit dan berkenaan
dapat berdebat dengan hati dan minda
yang lapang dan bijak
bukan ikut perasaan, apatah lagi nafsu..

cumanya..
satu perkara yang saya ingin ketengahkan
adalah berkenaan budaya pegang tangan ni..

selalunya
kalau pasangan kekasih tu
tentunya.. kalau boleh..
nak ke toilet pun
nak pegang tangan..

and kalau batu tu kita terlanggar
surely.. batu tu yang akan disalahkan
bukannya mata sendiri yang tak nampak..
hehehe.. manissss masa bercinta..

yang hairan nya..
orang kita ni
bila dah kawin.. dah beranak pinak
mula la lepa dan tak lagi
ingin nak berpegang tangan..

pendek kata..
masa tak boleh (belum nikah) dulu
bukan main nak berpegang tangan
masa dah halal (dah sah suami-isteri) ni
jalan pun jauh jauh..

tolong betulkan kalau saya salah..
but.. bukankah.. dalam agama Islam
akan terhapus dosa-dosa kecil
apabila suami isteri itu bersentuh-sentuhan.. ?

okay.. mari kita lihat
BUDAYA bangsa lain..

kita lihat orang UK contohnya..

kalau awal pagi atau awal petang
di taman-taman awam..
pastinya anda akan dapat lihat
pasangan tua.. berjalan bersama
masih berpimpinan tangan...

kalau berjalan di tepi jalan
yang dah tua bongkok tiga
yang jenis jalan selangkah seminit ni pun
masih berjalan bersama-sama..
berpimpinan lagi...

apakah pula BUDAYA kita.. ?
apakah yang disarankan oleh AGAMA kita..?

belajar biar berguru
beramal biar berilmu
malu biar bertempat
sopan biar tepat

Monday, April 5

safe speed


undang-undang jalan raya
adalah untuk keselamatan semua

memandu secara lebih dari had laju yang ditetapkan
adalah merbahaya
jika tidak pada diri sendiri
mungkin kepada orang lain
boleh di denda dan salah di sisi undang-undang

senang cerita..
janganlah sampai orang lain punya pasal
orang lain pulak yang dapat bencana..

okay, now..

jika sebuah kereta Polis atau kereta VVIP dipandu
lebih dari had laju yang ditetapkan,
apa kurang nya?

ianya tetap bahaya
kerana lebih dari had
sama seperti mana-mana pemandu lain
yang memandu lebih dari had

rasanya, kecualilah
ketika mengejar pencuri contohnya,
ianya boleh dijustifikasikan sebagai harus, kot?
but still merbahaya..

di UAE... contohnya
jika kenderaan yang dikejar terlalu laju
dan boleh mendatangkan bahaya pada orang awam
the manual says -
polis tersebut tidak perlu kejar lagi
dan akan cari kenderaan tu later
and after taking down that car's plate-number

okay now..
jika Polis dan VVIP tersebut tadi
membunyikan siren sebagai mengarahkan
kenderaan lain ke tepi dan memberi laluan
atas dasar supaya jalan/laluan tersebut
tidak sesak dan selamat
maka, kenderaan lain juga bolehlah memandu
pada kadar lebih dari had laju yang sepatutnya
sekiranya jalan/laluan tidak sesak dan selamat?

bukannya kita tak boleh bawak laju
tetapi.. keadaan jalan di Malaysia
yang rata-ratanya tidak begitu condusive
dan tidak mengizinkan untuk kita bawak laju
dari yang disarankan dan dibenarkan
tak kira tempat dan masa..

tengok sahaja statistik yang ada..

oleh itu..
bersabarlah di jalan raya..
jalan raya tu bukan kita je
yang bayar road tax..
bukan kita je yang nak cepat
and bukan kita je ada kereta

:)

Tuesday, March 16

true love


love is blind.
and at times..
blinds the people
who are in love.

one thing for sure -
i really 'hate' it
when people put down such list

vis-a-vis
bila baca dalam majalah
orang (selalunya artis) sebut..
10 ciri-ciri lelaki idaman..

among others..
definitely..
Yang Penyayang
Yang Tidak Bengis..

well.. AREN'T WE ALL?
wishing for the best..

as if..
Makcik Kiah kat Sentul tu
(yang baru lepas kena tampar
ngan laki dia)
wished for Yang Tak Penyayang..

as if..
Makcik Senah kat Alor Setar tu
(yang baru kena maki
ngan beloved hubby dia)
wished for Yang Bengis..

hehe....

tough luck..
hope for the best nevertheless
life must go on..

JODOH DI TANGAN TUHAN JUA ADANYA

Wednesday, March 3

rough routine



in another yahoogroups of mine
ada isu yang berkisar berkenaan
laman web yang tak updated..
panggilan telefon tak berjawab..
dalam beberapa insiden dan pengalaman
when dealing with kementerian/jabatan kerajaan

ada antaranya yang membandingkan
dengan khidmat dan laman web
beberapa syarikat swasta
seperti di TMnet, Celcom, Astro, etc..
yang (of course) dikatakan jauh lebih baik..

my comment was this;

pernah kita tanya berapa gaji Pegawai IT
(yang more often than not are 'jack-of-all-trades' )
kat any gomen opis?

then kita compare dengan gaji
webmaster kat TMNet and Astro tadi..

as for me.. bukan nak kata
takde langsung pegawai/kakitangan gomen
yang memang macam takde motivation nak keje

or simply nampak pemalas and macam makan gaji buta..

but..
isu gaji dan duit
bukan perkara remeh..

contoh...
seorang PEGAWAI Sistem Maklumat di gomen opis
yang mesti punya degree..
regardless of past working experience..
gajinya start hanya around RM 1,700..
seorang EKSEKUTIF Sistem Maklumat di syarikat swasta
yang juga punya degree..
past working experience will be taken into account..
gajinya starting berapa?

"my hands are tied,
your pocket is tight"

rumusannya..
tak adil la rasanya.. kalau kita nak expect
pegawai IT yang gajinya RM 1,700 je
keje macam executive IT yang gajinya RM 2,500

tapi..
kalau orang yang keje gajinya RM 2,000
buat keje hanya macam orang yang gaji RM 1,000
memang patut la kita marah..

ye dak?

anyway..
memang kena ada improvement
in work - ethics and salary

kalau pun tak boleh nak setimpal
janganlah sampai boleh demotivate the workers

No Body's Perfect
But There Could Always Be A Continuous Improvement

Wednesday, February 10

point that finger


memang dah selalu..
times and again..
ada kes buli dan ragging di sekolah..
antara bebudak sekolah mostly..
selalunya, sungguh menyayat hati..
at least for me..

i bet.. setiap dari kita pernah melaluinya..
dan kita sendiri tau
the disadvantages and advantages bab ni...

kalau kita sebagai parents...
apa perasaan anda?

bukan nak buka kisah lama..
just commenting on the situation...
perspectives.. masaalah masyarakat..
yang turun temurun agaknya...

nak salahkan teachers... hmmm?
teachers nowadays hands tied..
pukul students.. parents marah..
tak pukul.. tak de disiplin.. jadi macam ni.. mua

nak salahkan students... hmmm?
revenge.. trend.. tradition..
part of the sick system..
and akal budak/anak dengan org dewasa tak sama...
sekarang mungkin kita fikir tak patut..
tapi masa kita sendiri budak/anak dulu???

nak salahkan mak-bapak... hmm?
parents pandai-cerdik dan kaya-raya..
main saman or nampak salah org lain je..
but, come to think of it..
nowadays parents jadi pandai pun
because of system tu jugak..
sistem guru yang garang or firm..
or system senior-junior tu...
then, bila parents tu dah pandai..
belajar pasal accounting, managemnet,
human rights la apa la..
then, they do not wish their children
to undergo the same system..
but then, anak-anak?.. apa jadi?
kena pukul orang or dia yang pukul orang..

dilemma kan?..

anyway..
sememang ini adalah lumrah hidup dan takdir...

nevertheless..
i always believe in the advantagess
of boarding school..
but of late.. i had heard parents/friends
that have doubts to send
their children/siblings to such institutions..

Thursday, January 7

prime digit


hmm..
terbaca dalam suratkhabar pagi ni
ada satu ruangan dan pengumuman khas
ucap syabas dan tahniah
oleh Kerajaan Negeri Terengganu
pasal kejayaan cemerlang para pelajar
dalam PMR tahun lepas

bagus la..
kalau ada rasa nak berkongsi tu

dalam 4 helaian tu
semua nama pelajar dan sekolah
yang mendapat keputusan cemerlang
diumum dan diwar-warkan

tapinya...
yang aku terpegun tu
siap nombor MyKad pun ada

ya ampunnn..!!!

iskhh..
diaorang ni tak peka ke
kepada masalah keselamatan semasa

iaitu..
nombor MyKad tu..
bukan ke sesuatu yang sulit!

amatlah mudah dan suka la sangat
golongan manusia yang ada berniat jahat
yang nak buat kejahatan
(pendek kata.. orang jahat la)
kalau diaorang dapat
informasi sebegini

well..
even kalau bukan orang jahat pun
akan 'berguna' jugak maklumat tu

kat Malaysia ni, banyak websites
yang perlu masukkan no MyKad je
untuk dapatkan sesuatu maklumat

hence,
with these kinds of 'negligence'
senang and free je orang lain
boleh gunakan, or even worst
salah gunakan

contoh..
kalau kita nak tau
samada seseorang ni ada ke
hutang pinjaman pelajaran dengan JPA
kita hanya perlu pergi ke website JPA
and key-in no MyKad sipolan tersebut
taaddaaaaaa...!

apapun..
sedih la jugak and kesian
kat adik-adik kita tu
baru nak masuk umur 16 tahun
dan 'kene' dah

aiyooo..!

Monday, January 4

round luck


hmm...
lama dah tak layan sports
let alone Malaysian football

the last football match
that i've watched, at the stadium
was way back in 1997
Selangor lawan Johor
in Piala Malaysia

tapi, memang teruja gak la
bila follow and nengok matches
our Malaysian team.. in Laos
baru-baru ni.. masa SEA Games

the quality and appearance
was indeed surprising
membanggakan, menaikkan semangat

after 20 years
akhirnya, penantian berakhir
Malaysia juara!

semalam..
singgah kedai Nike
nampak jersey Malaysia
hajat konon nak beli
perghhh... RM 275

ambik bauuu je la
:)

anyway..
terdetik gak rasa ulu hati
apabila nengok sorotan berita
satu dua minggu ni

yang mana..
pihak yang berkenaan
telah pun juga mula
menampakkan 'minat'
untuk menjadi 'jaguh'
kepada kejayaan pasukan Malaysia tersebut

com' on KBS & FAM
we are already in 2010
i repeat.. 21st century!!

what's with the old strategy
i.e. to confine the U-23 players
from playing with their clubs

what's so bad
if these players continue
to play with the teams
that have invested on and trained them
and above all, made them who they are

ah well..
history will repeat itself...
vis-a-vis after a success
politics will take over and show its ugly head

nak tolong tak bertempat
nak julang tak bertapak

bila dah menang, diambang kejayaan
semua orang nak amik pot
semua orang claim itu ini

bila dah kalah, diceruk kegelapan
semua orang tak amik pit
semua orang deny ini itu

inilah antara masalah utama
perkembangan sukan di Malaysia

iaitu..
bila menang, ditatang bagai minyak yang penuh
bila kalah, dihumban ibarat sampah yang sarat

hmmm..
teringat dulu-dulu..
pernah pasukan Malaysia yang kalah
dalam surat khabar ditulis
dilabel sebagai 'Pengkhianat'

seriously.. pengkhianat?

ya ampunn...

Sunday, January 3

big and small


selalu juga kita dengar.. orang berkata..
'apa.. ingat jalan ni, bapak dia punya ke?'
'apa.. ingat dia sorang je ke bayar road tax?'

terkadang.. terfikir juga..
kalau kita amati betul-betul
antara sedar atau tidak
contoh.. apabila pemandu kereta tu
berada di lebuh raya yang bertol
pastinya.. ada pemandu kereta..
yang bertindak seperti tidak langsung
bertimbang rasa.. kepada pemandu motosikal

ada seorang kawan tu.. katanya..
"apa lak.. motor kenalah bagi laluan pada kereta
kalau di lebuh raya bertol ni"
sebab?.. "ye la.. kereta aku ni bayar tol..
motor dia free je lalu..
tu pasal kena lalu tepi bahu jalan je.."

hmm.. sekali dengar..
ambooii.. sombongnyaaaaa
dua kali dengar...
err.. ada gak betulnya..

apapun.. yang pasti..
jika seseorang pemandu kereta tu
pernah dulunya bawak motosikal
tentunya.. beliau akan lebih atau setidaknya
ada respect dan bagi laluan
kepada yang pandu motosikal

well.. bak kata orang tua-tua
tempat jatuh lagikan dikenang..
inikan pula.. kenangan lama
semasa pimpin motor rosak atau tayar bocor dulu
hehe..

moralnya mungkin..
yang bawak kereta tu.. jangan la sombong sangat
sampai dihimpitnya motor tu ke tepi..
yang bawak motor lak.. jangan la sombong pulak
kenalah sedar memang kita ni kecik..

sama-samalah kita bertimbang rasa..

Saturday, January 2

fast or slow


sering kali orang berkata
'biar lambat asal selamat'
'biar lambat sampai, jangan tak sampai langsung'
'kalau nak laju pun, biarlah bertempat'

laju sangat pun bahaya
perlahan sangat pun bahaya juga

sesungguhnya.. dalam memandu kenderaan
memerlukan kesabaran dan tumpuan fikiran

kengkadang tu.. terdetik juga dalam hati
'iskh.. kereta tu.. lajunya'..

ye la.. time tu.. mungkin kita tak rushing
so.. kita pandu kenderaan kita tak laju mana
but.. bila kita ada emergency atau perlu..
pastinya terlaju juga kita bawak kereta tu
and.. orang lain pulak akan berkata..
'iskh.. lajunya dia ni'

ada tu.. memang jenis tak reti slow..
ada tu.. selalu laju.. accident.. tak serik gak
ada tu.. kalau bawak slow.. sure accident
katanya, sebab kalau dia laju..
dia akan bagi tumpuan penuh..
hehe.. macam-macam..

semuanya mainan fikiran dan perasaan..
bergantung kepada masa dan keadaan..

think twice.. act wise..