Tuesday, January 31

hoot over booth


bila sebut pasal cuti,
orang sebut balik kampung
bila sebut balik kampung,
orang sebut pasal kena lalu Tol

mengenai TOL...
selalu kita dapati
kesibukan dan traffic jam kat tol ni
sebab proses pembayaran dan pengambilan tiket...

antara inisiatif yg diambil
oleh syarikat pengendali tol
adalah memperkenalkan konsep prepaid card
utk membayar tol,

malangnya, dulu..
setiap satu tol yang dikendalikan
oleh berlainan pemaju...
mempunyai prepaid card nye sendiri,
ada yg touch n go, ada fast trak,
apa macam-macam lagi nama...

ianya tidak memudahkan pengguna,
malahan akan menyebabkan dalam sebuah kereta tu,
ada empat lima macam kad nak bayar tol..

now, okay la sikit..
semua orang cuma perlu pakai Touch N' Go

kemudian, booth yg disediakan
untuk pengguna prepaid card ni
hanya dua atau tiga sahaja
daripada jumlah keseluruhan booth
yg sedia ada di disitu...

suka diingatkan bahawa konsep touch n go tu
untuk memudahkan pengguna,
dan seterusnya menghapuskan terus
sistem di mana
"mesti ada orang yang perlu duduk kat booth
hanya utk bagi tiket dan ambik duit"..

kenapa tidak, terus dan sekaligus,
jumlah booth tu diterbalikkan?

maksud saya, jumlah booth utk touch n go = 8,
manakala booth biasa 2, ataupun,
semua booth terus... touch n go..

pada pandangan saya,
(please correct me if i am wrong),
masyarakat di Malaysia ni,
selagi di bagi booth yang boleh pakai siling,
dia tidak akan nak pakai touch n go...

tapi jika, semua dah touch n go
or smart tag,
kita akan terpaksa pakai touch n go
or smart tag..

in average,
di Malaysia ni semua nak kena paksa, baru jalan..

sebab tu jugak,
banyak law kat Malaysia ni org tak ikut
dan pandang remeh,
sbb enforcement tak kuat,
tak de org atau tak cukup org
nak 'paksa' kita ikut law tu...

sebut je, law berkenaan apa
yg tak de kat Malaysia ni..

kita cuba ambil contoh Singapore,
sistem tol mereka memang dah lama
tak menggunakan cara booth ni...
semua nya scanning system
(lagi advance dari system smart tag PLUS),
so tak de masalah nak beratur nak ambik tiket,
dan kemudian nak kena queue up untuk bayar pulak
bila dah sampai tol destinasi..

memang betul,
nanti org akan kata, buat apa nak tiru org..
especially Singapore
yg asyik tipu kita pasal harga air..

namun, perlu diingat,
yang baik tetap baik, yg jahat tetap jahat..
apa salah nya kita tiru benda yg baik..??

lagipun, macam-macam bende kita boleh tiru
untuk kebaikan kita..

beli vcd 'tiru' tak pe lak..
hehehe...

and pretty sure, ada yang akan kata
alangkah bagusnya kalau sistem tol
dibuang ke longkang terus..
well, that's another topic altogether


No comments: