Thursday, February 16

confusion and conclusion



terbaca berita di bawah di sebuah akhbar..

rasanya dan harapannya,
orang ramai dan pihak yang berwajib
jangan lupa untuk memikirkan bahawa
selain daripada sangkaan dan siasatan lain,
ada satu lagi fakta yang perlu diambil kira

iaitu,
jubin-jubin tersebut sebenarnya
untuk jubin dinding

jubin tersebut sepatutnya dipasang
untuk di dinding, bukan d ilantai

di rumah-rumah Arab
memang banyak terdapat design sepertinya
jubin ini dipasang di dinding, tiang dan pintu

oleh itu, pada pandangan saya
ianya hanyalah salah dan ketidak-perihatinan
designers / tukang jual / tukang pasang / pembeli
semasa dalam perbincangan / pembelian
jubin-jubin tersebut..



KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal...
tidak menyangka lantai jubin di dapur rumahnya
yang disiapkan lapan bulan lalu, tertera kalimah Allah.

..di sini, menyedari lebih 100 keping jubin
yang dibelinya di sebuah kedai jubin...
tertera kalimah mulia itu.

...tiga minggu lalu, ... lelaki menghantar
tabung gas memasak ke rumahnya... menegurnya
mengenai kewujudan kalimah Allah pada jubin berkenaan
selepas mengamati lantai itu.

..lelaki itu menyatakan...
sama dengan lantai jubin rumah bapanya
sambil menunjukkan empat kalimah Allah
pada setiap keping jubin berkenaan.

... selepas menyedari keadaan itu,
dia melaporkannya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
untuk tindakan selanjutnya.

...kes ini kemudiannya diambil alih
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN)
(Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran),
cawangan Terengganu,...
mengesahkan kesahihan jubin berkenaan.

.. sejak itu, kehidupannya menjadi tidak tenang
dan dia bersama beberapa anaknya terpaksa
menggunakan laluan kecil pada jubin berkenaan
bagi mengelakkan daripada memijaknya setiap kali ke dapur.

...sementara itu, Pegawai Penguatkuasa KKDN,
berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung
jubin kalimah Allah berkenaan.

..pihaknya kemudiannya menjalankan pemeriksaan
di beberapa kedai jubin di bandar ini,
semalam dan mendapati tiga kedai di sekitar bandar ini
menjual produk berkenaan.

..tindakan menghentikan jualan produk berkenaan
dilakukan serta-merta sebelum keputusan dibuat pihak atasan
dan jika ada peniaga berdegil menjualnya, tindakan tegas akan diambil.

..kami tidak menafikan ada pihak tertentu
yang sengaja mencetak kalimah itu semata-mata
untuk memesongkan pemikiran masyarakat Islam.

berdasarkan siasatan,
kami mendapati produk jubin rekaan terkini itu
di keluarkan oleh kilang di Johor

...jubin yang berpaten gabungan bunga di tengah
yang dihiasi tompokan awan di sekeliling bunga berkenaan
tidak mampu menampakkan kewujudan kalimah itu
jika tidak diperhatikan dengan teliti.

...kami percaya kehadiran produk jubin sebegini
mula berada di pasaran sejak lima dan enam bulan lalu
dan ramai pengguna terutama masyarakat Islam tidak menyedarinya

..jika sabit kesalahan, mereka yang didapati menjual
produk berkenaan akan dikenakan tindakan
mengikut Seksyen 7, Akta Mesin Cetak 1984.

No comments: