Friday, January 27

who got it right - siri 2







majlis pengkebumian..
president, sheikh atau orang besar-besar
di UAE ni, negara kedua terkaya di dunia
(selepas Saudi dan bersama Qatar)
hanya dalam keadaan sederhana..

kerandanya dibuat daripada papan,
kain menutup jenazah dan keranda juga,
hanyalah kain pelikat dan tikar plastik biasa..

tidak ada upacara perarakan jenazah,
jenazah hanya di bawa ke tanah perkuburan
menggunakan ambulan hospital sahaja..

perkuburan juga tidak dihiasi,
malahan tidak bertanda
dengan batu nisan marmar pun..

pendek kata nothing fancy..

ini juga boleh dilihat,
semasa pengkebumian Raja Fahd Saudi,
dan Amir Al Sabah Kuwait..

now, bandingkan dengan apa yang selalunya
dilakukan di Malaysia?

one may wonder,
dari BUDAYA manakah asalnya,
cara masyarakat yang BERAGAMA ISLAM kita
menguruskan jenazah, pengkebumian dan kubur..
terutamanya, apabila melibatkan
orang-orang kenamaan dan pembesar negeri..

No comments: