Thursday, August 9

the flower


bunga rasmi atau bunga kebangsaan
untuk negaraku Malaysia
adalah Bunga Raya
atau nama latin/sains nya 'hibiscus'
atau nama penuhnya Hibiscus Rosa-Sinensis

Nota:
jangan nak saja-saja tersalah sebut/eja plak
jadi 'hi biskut', 'high on biscuits' atau 'habis discuss'
ataupun dengan memperolok-olokkan
perkataan bunga raya jadi 'bung, raya bung!'
:( marah karanggg!!!!

antara sebab musabab dan sejarah
bagaimana bunga raya dipilih dan diishtiyarkan
sebagai bunga rasmi pada tahun 1960 oleh Tunku Abdul Rahman
adalah kerana ianya tumbuh melata di Tanah Melayu ketika itu
dan bunga raya yang mempunyai 5 kelopak ini
juga melambangkan 5 rukun dalan rukun negara kita

apapun..
apa yang agak menyedihkan pada zaman ini
kalau kita perhatikan betul-betul
amatlah susah nak nampak bunga raya

boleh kita amati juga
bahawa di kawasan seperti
bangunan pejabat kerajaan, sekolah, taman bunga
pun susah kita nak nampak kelibat bunga raya ini

tak caya?
cuba jengah dan lawati dan perhatikan
samada bunga raya ini tumbuh melata ataupun tidak
di tempat-tempat yang dinyatakan tadi
di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Subang Jaya dan Petrajaya

yang selalu dan senang dan banyak kita nampak
adalah bunga loceng kuning (alamanda) dan bunga kertas
selain bunga ros dan bunga kemboja

mungkin juga, keadaan ini adalah disebabkan
masalah cuaca dan suhu dunia sejak beberapa dekad ini
yang tidak menentu dan kacau bilau

contohnya..
dulu mak aku pernah tanam bunga raya
tumbuh elok untuk seketika sebelum layu dan mati akhirnya
walaupun dijaga, dibelai (cewahhh) dan dibaja

contoh lain..
aku pernah tanam hibiscus kat UAE ini
dalam pasu, tanah baja mahal punya
tumbuh dan sempat berbunga la jugak
dan itu je sekali.. tamat riwayat..

hmmm..
adalah menjadi harapan
agar lebih banyak pohon bunga raya
ditanam, diletakkan dan dipromosi di sekitar Malaysia
(dan tidak hanya tunggu musin merdeka sahaja)
khususnya di bangunan pejabat kerajaan dan sekolah
sepadan dan sesuai dengan tarafnya sebagai bunga rasmi

dengan ini
saya dengan sukacitanya
ingin melancarkan, Kempen Mari Tanam Hibiscus !
bismillah... (sambil potong ribben dan cedok tanah)

;)

3 comments:

Yours Truly ... XOXO said...

dedulu mase kecik2 selalu petik bunge raye nih pastu pengek pengek sebab nnt kaler dier kaan bertukar... erk? eheheh ;P

Cik Puan Sri Quzz said...

u tau tak bila u cabut yg tengah nye tu alaahh yang terjulur tu..bila u sedut air nya adalah manis..?

katakbesar said...

yours truly -
oooo.. suka penyek bunga yek
or, was it you buat main masak-masak
;)

missy -
yang (kita masa) bebudak dulu
selalu cabut and sedut tu, was bunga jejarum, kan?
(yang nama latin/sains nya Javanica)
manis kan? masih tumbuh melata le ni?
:)