Monday, July 10

service or training


akhirnyaa...
pihak berwajib mula terfikir
untuk memberi pengecualian kepada peserta
yang telah berkahwin dan mempunyai anak
daripada diwajibkan untuk hadir ke
Program Latihan Negara Khidmat Negara.. (PLKN)

tapinya..
apa pasal lambat sangat?
itu pun nak fikir lama ke?

bayangkan..
dah berapa lama dah program ni?

bayangkan..
dah la tak wajib untuk semua remaja?
semuanya by random..

tak silap nya..
tujuan PLKN ni adalah untuk
selain memupuk cinta kepada negara
selain menanam rasa muhibbah pelbagai kaum
ianya juga adalah untuk mengurangkan
atau sebagai satu wadah untuk menangani
masalah gejala sosial kalangan remaja

hmmm...

bayangkan..
dah la pemilihan tidak untuk semua
jadinya.. kalau nasib baik (atau tak baik).. kena la hadir

maknanya..
kalau remaja yang 'bermasalah' tu
tapi nama tak naik.. apa jadi nya?

kenapa tidak wajibkan untuk semua?
jadi, takde la sangat isu pelepasan dan segalanya..

fitrah manusia..
pastinya akan 'bengang'..
kalau kita kena.. tapi orang lain tak kena

bayangkan..
kalau remaja tu dah berkeluarga
tentunya remaja ni memang sedia terfikir tanggungjawab
tentunya 'masalah' sosialnya pun lain..

tidak seperti remaja yang tak bekerja
tidak seperti remaja yang tak berkahwin
apatah lagi.. kalau yang dah beranak-pinak..

bayangkan..
kalau yang tak kena panggil tu
remaja yang 'bermasalah'
apakah tercapai visi dan matlamatnya?

faktor utama tak dapat panggil semua peserta
was because tak cukup tempat latihan dan trainers

ok... valid.. but.. once again..
kenapa perlu kita compromise quality with quantity?

1 comment:

Cikgu Eaizan said...

kenapa tak wajib pada semua?
sebab kita belum mampu. maksud belum mampu tu ialah kita belum mampu nak menampung untuk kemudahan untuk lebih kurang 400k+ pelatih setiap tahun. sekarang ni 80k setahun pun kita kena buat beberapa siri.

yup..sepatutnya biarlah semua kena disamping beberapa pengecualian.

tapi, mungkin pasal program ni pun baru setahun jagung...tentu banyak kelemahannya dan aku rasa akan ditambahbaikkan dari semasa ke semasa.