Monday, July 10

my kad


sekarang ni..
dalam banyak-banyak isu semasa masyarakat
satu daripadanya adalah isu My Kad..

kalau tak bawak My Kad
boleh kena denda antara RM 3,000 ke RM 20,000
dan penjara 3 tahun...

ya ampunnnn...
rasanya.. ada hukuman kes jenayah lain
yang lebih 'ringan' daripada tak bawak IC.. kan?

ok..
sememangnya akta ni dah lama
cumanya.. kuatkuasanya tak ditekankan sangat

ye la kan.. memang segala macam akta ada
cumanya enforcement nya terpilih dan bermusim..
mengikut keperluan dan kepentingan semasa..

tapinya..
perlukah 'beban' yang disebabkan illegal immigrants
atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
dan juga Pendatang Asing Dengan Izin (PADI)
dipikul oleh Rakyat dan Warganegara (RAWA ? hehe..)


dari pengalaman dan pengamatan
masyarakat memang selalunya 'menjaga' IC / My Kad mereka
terutamanya.. untuk kanak-kanak dan orang tua..
seperti dengan hanya membawa salinan photostate je

ini sebenarnya.. contoh yang baik juga..
sebab utama adalah dalam mengelakkan 'kesulitan'
kalau kena mohon IC baru..

bayangkan..
kalau budak umur 13 tahun..
ke hulu ke hilir bawak IC..
memang kebarangkalian tinggi untuk lepa dan hilang..
mana la budak tu tau pentingnya IC tu..
mana la budak tu tau erti denda, kena buat report segalanya..

ok.. apapun..
ingin share 'tips'.... heheh..
to beat 'the system'..

contoh..
kata la pihak berkuasa tahan kita
dan nak denda anda sebab tak bawak IC

daripada kena denda RM 3,000
baik kita 'declare' IC kita hilang
and katakan bahawa kita tengah 'on the way'
ke police station la ni untuk buat report..

ye la kan..
rasanya. lebih 'baik' kena denda RM 10 atau RM 100
(now, ada cadangan nak naik sampai RM 300)
sebab hilang IC dan kena buat IC baru
daripada kena denda RM3,000 sebab tak bawak IC..

betul tak ?

4 comments:

A.Z. Haida said...

aduh, aduh, kebetulan Mykad ni antara benda yang nak kene setelkan bila balik Malaysia nanti sebab IC dah hilang masa pindah ke gyotoku dulu... dahla report polis dalam Nihongo, satu kerja jugak tu nak kene pegi Japanese embassy untuk translate dulu. Walhal masa buat report, tulis English, tapi salinan yang dikeluarkan balai polis dalam Nihongo..

katakbesar said...

AZ..

better.. you buat report..
bila balik Malaysia je..
(anyway, you need not to use
your My Kad in Japan, right?)

meaning.. buat dunno je..

nanti.. bila balik Msia..
baru buat report
kat mana-mana balai..
cakap je.. your IC hilang
kat Sungai Wang Mall or somewhere..

trust me..
it would be 'easier'..

Kit Pryde said...

isk dasyatnye..

bapak rogol anak sendiri pun tak rasanya kena denda RM20k..

tak bawak je boleh kena RM3k? merepek la depa nih...

Cikgu Eaizan said...

takleh nak komen atau cakap banyak..pasal aku punya bukan mykad..hehehe