Sunday, July 1

lost in translation


masih terkejut sebenarnya
apabila membaca / mendapat tahu
berkenaan keputusan Kerajaan Malaysia
melalui keputusan Mesyuarat Kabinet
pada bulan April 2007
untuk menukar (semula)
istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia

antara sebab-sebabnya, adalah;

KESATUAN
“The Malay language belongs to Malaysians of all races
and not just the Malays. The term Bahasa Malaysia
would instil a sense of belonging”
said Zainuddin Maidin

POLITIK
Zainuddin Maidin said the term Bahasa Malaysia
was introduced by Tunku Abdul Rahman
after the country's independence
to inculcate a Malaysian identity.
"It was generally accepted
and no one asked for a change until
Datuk Seri Anwar Ibrahim became
the education minister (in 1986).
He dropped the term Bahasa Malaysia for Bahasa Melayu
and it has remained that way.
But now, we feel we should go back to the original term”

hmmm..
Persekutuan Tanah Melayu telah merdeka pada 31 Ogos 1957
Malaysia telah dilahirkan pada 16 September 1963
Bahasa Melayu telah digunakan sejak lebih 1,000 tahun yang lalu

cuba tanyakan..
pada mana-mana orang Melayu di Malaysia
adakah mereka merasakan bahawa Bahasa Melayu itu
adalah bahasa kepunyaan mereka sahaja?

apapun..
terdapat banyak bahasa utama di dunia ini
seperti English, Spanish, French, Arabic, Mandarin, Tamil
telah wujud dan digunakan oleh pelbagai negara dan bangsa
sejak sekian lama, sejak dari dahulu kala lagi

tapinya, sebagai contoh..
tidaklah pula negara Amerika mewujudkan Bahasa Amerika
(rakyatnya bertutur bahasa Inggeris)
tidaklah pula negara Brazil menamakan Bahasa Brazil
(rakyatnya bertutur bahasa Portugis)
tidaklah pula negara Mexico memperkenalkan Bahasa Mexico
(rakyatnya bertutur bahasa Sepanyol)
tidaklah pula negara Kuwait menciptakan Bahasa Kuwait
(rakyatnya bertutur bahasa Arab)
tidaklah pula negara China mewajibkan Bahasa Cina
(rakyatnya bertutur bahasa Mandarin)
tidaklah pula negara India menghasilkan Bahasa India
(rakyatnya bertutur bahasa Hindi)

errr...
selama ni, dengan penggunaan Bahasa Melayu
rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan bahasa ini
bergaduh, berperang, kacau bilau, tidak maju ke?

masalah sebenar yang perlu dilihat
adalah tentang penggunaan Bahasa Malaysia itu sendiri
yang semakin ditinggalkan, dilupakan, dibiarkan
apatah lagi dianaktirikan dan dikelaskeduakan
di dalam negara Malaysia sendiri,
oleh rakyat Malaysia sendiri

hmmm..
berkenaan isu Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia ini
tidak mengapalah, kita boleh/terpaksa menerima keputusan itu
demi Malaysia, keranamu Malaysia
lagipun, telah termaktub
- Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan

cumanya..
selepas ini, harap-harap nanti
janganlah pula ditukar semula lagi
nanti macam kita tidak ada jati diri

contohnya..
lambang kereta proton
dulu dah elok-elok ada ciri-ciri Malaysia
ditukar kepada lambang yang macam kepala harimau
lepas ini, kalau proton jatuh sahamnya
kepada Volkswagen atau Peugeot
akan di tukar kepada lambang kepala penguin agaknya

:)

3 comments:

Kit Pryde said...

hahahah. kepala penguin.

hahahahahahahah.

nanti Manja dh besar, dia tanya, mama, kenapa kete tu ada simbol kepala penguin, i'll answer, sbb org yg tuko the simbol from kepala rimau to penguin tu bengong2.

hehehehehe.

La Douce said...

Dulu simbol proton was based on what huh? Yg I tahu, proton simbol yg mcm kepala rimau tu depa cilok dr katun Thundercats.. hehehe..

katakbesar said...

kitty -
kan?
from harimau to kambing to penguin to panda perhaps
hehe..

on a more serious note;
please have la some jati diri
Malaysia Boleh !

irma -
yg dulu tu..
was based on our flag rasanya
i.e. ada bulan sabit & bintang 14 bucu (but the export version takde crest tu)