Thursday, July 27

single eyelid


akhirrrrnyaa.. i did it..
watched SEPET by Yasmin Ahmad..

well.. ok la..
what do you expect,
it's Yasmin's !

the movie - SEPET
or perhaps, all her movies
(yet to watch GUBRA)
were definitely not a typical malay movies
but definitely typical of hers..

which were;
out of the 'normal' norms and values
very detailed and slow nevertheless
and you really have to be patience
if you decided to watch any of her production..

(but i did like
most of her advert for festivities)

notwithstanding the above..
it did prove that i am indeed
a patient man..

hehehe...

Friday, July 21

who's the bitch


few postings back..
ada disebut berkenaan kisah orang buat list
ciri-ciri lelaki / pasangan idaman dan harapan

well.. i don't usually write
about celebrities and their superfriends

but, sempena sedang hangat
ngan kisah (Datin) CT dan Datuk KJ..
(KJ - Khalid Jawa, not Khairy Jamaluddin.. hehe..)
yang dijadualkan akan bernikah,
sebulan lagi dari hari ni..

terbaca excerpt..
from their recent media interview
among others;


"tak apa lah... CT rasa setiap org ada pandangan..
CT harap orang doakan saja apa yg terbaik.
CT akan cuba sehabis baik
menjadi ibu kepada anak-anak Dato' Khalid
,
kerana CT melihat perkahwinan
bukan hanya diri Dato' Khalid seorang,
tapi juga keluarga dato' Khalid..
CT akan memberi kasih sayang yg terbaik..."


errr.. what ???
how old is CT again?
how old is the DKJ's eldest son again?
how old is DKJ again?..
hehe..

anyway..
wish not to add anything further..

JODOH DI TANGAN TUHAN JUA ADANYA

cumanya..
tertanya-tanya gak
samada.. sudah ada atau tidak
mana-mana writer atau columnist hiburan
di ruangan suratkhabar / majalah / media yang lain
menyebut atau me'label'kan CT..
sebagai 'Perampas Suami Orang'...

ye la kan..
since CT ni.. disayangi ramai.. anak emas malaysia..
tentunya.. 'cara' media melaporkan dan memaparkan
kisah cinta dan perkahwinan mereka juga
pastinya penuh rasa sayang dan indah belaka..

tentunya..
kalau artis wanita lain yang 'buat' begitu..
contoh.. Mas Idayu ke, Dayang Nurfaizah ke, Safura ke..
pasti akan dilabel sebaliknya dan sedemikian rupa
oleh pihak tertentu..

hmmm..
ingatkan.. isu politik dunia dan barat je
ada 'double-standard'...

apapun..
before tertanya-tanya further..
why dan kenapa..

tanyakan dulu
- berapa bulan bonus these reporters got last year?

hehehe...

Thursday, July 20

who's the boss


di United Arab Emirates..
undang-undang adalah berdasarkan sharia
setiap emirates / wilayah
berhak ke atas undang-undang emirates sendiri

maknanya..
kalau kes tu di Abu Dhabi - court Abu Dhabi
kalau kes tu di Dubai - court Dubai
kalau kes tu di Ajman, Ras Khaimah.. bla bla bla..
ada 7 wilayah kesemuanya..

dan.. setiap hukuman juga berbeza..
ikut wilayah.. ikut court..

yang pastinya.. more often than not..
undang-undang jenayah di sini..
memang akan lebih memihak
kepada locals / nationals

contoh..
kes rogol ke atas seorang stewardess british
oleh 4 orang budak locals..
penjenayah tu.. hanya kena 2 tahun penjara sorang..
(defence punya arguments were..
the stewardess was drunk,
and willingly got into the car.. bla bla)

contoh..
kes kemalangan maut
driver local yang mabuk..
langgar pekerja India tepi jalan
only kena jail.. 2 years..
and kena bayar blood money..

contoh..
kes rogol ke atas seorang rakyat Malaysia..
oleh seorang jantan local..
penjenayah tu hanya kena penjara 3 tahun..

manakala..
kalau jenayah tu..
dilakukan oleh rakyat warga asing
hukuman dia.. ya ampunn..

contoh..
seorang rakyat Tunisia..
rogol seorang pompuan
dia kena 15 tahun penjara..
(berita yang ini..
keluar pada hari yang sama
dan muka surat yang sama..
dengan berita rogol rakyat Malaysia tadi)

contoh..
seorang rakyat India..
terbunuh rakan pekerja dia
selepas satu pergaduhan
kena perjara 20 tahun..

ketika ini..
rasanya.. ada 4 orang rakyat Malaysia
sedang meringkuk dalam penjara..
tak lain tak bukan.. kes clonning credit cards..

bagaimanapun..
menurut seorang kawan
keadaan penjara di sini..
memang lebih baik.. dari Malaysia..
(dari segi keadaan, penjagaan)
memang jauh lebih baik.. dari negara Arab lain..

apapun..
be careful, be alert..

Thursday, July 13

true oath


terbaca satu newsprint..

"The school authorities cannot force students
to collect donations from the public
to fund their extra-curricular activities,
Education Ministry Parliamentary Secretary P. Komala said."


bukan apa..
teringat time dulu-dulu..
masa zaman sekolah rendah

masa join Pengakap..
kena lead kawan-kawan lain
jalan berkumpulan ramai-ramai
dalam 4 - 5 orang gitu..
pusing kawasan perumahan
untuk buat kerja-kerja amal..

seperti...
potong rumput
bersihkan kawasan rumah
cuci longkang
cat rumah..

then.. selesai tugas / kerja..
tuan rumah tu.. kena tulis / declare dalam buku catitan tu
apa tugas yang kita dah buat..
berapa sumbangan yang dia nak bagi..

kalau rumah 'orang kaya'.. dapat la dalam RM 5 - RM 10
kalau rumah 'orang miskin'.. dalam RM 1 - RM 5
kalau rumah 'orang pemurah'... siap dapat makan-makan lagi..
pergghhh.. air sirap ngan goreng pisang... amiinnnn..

lepas tu..
ada pulak timbul musim / zaman..
walkathon / jogkathon...
cikgu bagi sorang satu kad / buku collection

setiap pelajar.. kena la cari / kutip sumbangan..

tentunya.. bermula ngan ahli keluarga
then.. jiran sebelah-menyebelah
then.. kawan pejabat parents..
then.. kawan-kawan sendiri..
heheh...

kalau famili 'berada'
besar la sumbangan tu..
banyak la duit note warna merah..

kalau famili 'gitu-gitu' je
kecil la sikit kutipan tu..
banyak la duit syiling warna timah tu..

sumbangan / kutipan tu
selalunya untuk tambah tabung PIBG
dan mungkin untuk biayai Sukan Tahunan..

seronot gak masa tu..
hehhe.. ye la kan..
boleh banding ngan kengkawan
berapa kutipan dapat..
ianya melambangkan 'kejayaan'...

well.. agaknya.. sekarang ni..
banyak isu lain yang terbabit..
tu yang nak 'enforce' larangan tu..

contoh..
banyak budak mintak sedekah
banyak budak jual barang
macam-macam la..

jadinya..
dah tak tau.... mana satu yang asli..
dah tak pasti.. mana satu yang betul..

apapun..
Tangan Yang Memberi Itu
Tetap Lebih Baik Dari Tangan Yang Menerima

sumbanglah dengan penuh ikhlas
sedekahlah dengan rasa rendah diri..

Tuhan jua yang Maha Mengetahui..

Monday, July 10

my kad


sekarang ni..
dalam banyak-banyak isu semasa masyarakat
satu daripadanya adalah isu My Kad..

kalau tak bawak My Kad
boleh kena denda antara RM 3,000 ke RM 20,000
dan penjara 3 tahun...

ya ampunnnn...
rasanya.. ada hukuman kes jenayah lain
yang lebih 'ringan' daripada tak bawak IC.. kan?

ok..
sememangnya akta ni dah lama
cumanya.. kuatkuasanya tak ditekankan sangat

ye la kan.. memang segala macam akta ada
cumanya enforcement nya terpilih dan bermusim..
mengikut keperluan dan kepentingan semasa..

tapinya..
perlukah 'beban' yang disebabkan illegal immigrants
atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
dan juga Pendatang Asing Dengan Izin (PADI)
dipikul oleh Rakyat dan Warganegara (RAWA ? hehe..)


dari pengalaman dan pengamatan
masyarakat memang selalunya 'menjaga' IC / My Kad mereka
terutamanya.. untuk kanak-kanak dan orang tua..
seperti dengan hanya membawa salinan photostate je

ini sebenarnya.. contoh yang baik juga..
sebab utama adalah dalam mengelakkan 'kesulitan'
kalau kena mohon IC baru..

bayangkan..
kalau budak umur 13 tahun..
ke hulu ke hilir bawak IC..
memang kebarangkalian tinggi untuk lepa dan hilang..
mana la budak tu tau pentingnya IC tu..
mana la budak tu tau erti denda, kena buat report segalanya..

ok.. apapun..
ingin share 'tips'.... heheh..
to beat 'the system'..

contoh..
kata la pihak berkuasa tahan kita
dan nak denda anda sebab tak bawak IC

daripada kena denda RM 3,000
baik kita 'declare' IC kita hilang
and katakan bahawa kita tengah 'on the way'
ke police station la ni untuk buat report..

ye la kan..
rasanya. lebih 'baik' kena denda RM 10 atau RM 100
(now, ada cadangan nak naik sampai RM 300)
sebab hilang IC dan kena buat IC baru
daripada kena denda RM3,000 sebab tak bawak IC..

betul tak ?

service or training


akhirnyaa...
pihak berwajib mula terfikir
untuk memberi pengecualian kepada peserta
yang telah berkahwin dan mempunyai anak
daripada diwajibkan untuk hadir ke
Program Latihan Negara Khidmat Negara.. (PLKN)

tapinya..
apa pasal lambat sangat?
itu pun nak fikir lama ke?

bayangkan..
dah berapa lama dah program ni?

bayangkan..
dah la tak wajib untuk semua remaja?
semuanya by random..

tak silap nya..
tujuan PLKN ni adalah untuk
selain memupuk cinta kepada negara
selain menanam rasa muhibbah pelbagai kaum
ianya juga adalah untuk mengurangkan
atau sebagai satu wadah untuk menangani
masalah gejala sosial kalangan remaja

hmmm...

bayangkan..
dah la pemilihan tidak untuk semua
jadinya.. kalau nasib baik (atau tak baik).. kena la hadir

maknanya..
kalau remaja yang 'bermasalah' tu
tapi nama tak naik.. apa jadi nya?

kenapa tidak wajibkan untuk semua?
jadi, takde la sangat isu pelepasan dan segalanya..

fitrah manusia..
pastinya akan 'bengang'..
kalau kita kena.. tapi orang lain tak kena

bayangkan..
kalau remaja tu dah berkeluarga
tentunya remaja ni memang sedia terfikir tanggungjawab
tentunya 'masalah' sosialnya pun lain..

tidak seperti remaja yang tak bekerja
tidak seperti remaja yang tak berkahwin
apatah lagi.. kalau yang dah beranak-pinak..

bayangkan..
kalau yang tak kena panggil tu
remaja yang 'bermasalah'
apakah tercapai visi dan matlamatnya?

faktor utama tak dapat panggil semua peserta
was because tak cukup tempat latihan dan trainers

ok... valid.. but.. once again..
kenapa perlu kita compromise quality with quantity?

Friday, July 7

price war


harga barang kat UAE ni..
bulan demi bulan, tahun demi tahun
semakin naik..

jangan sebut la pasal harga sewa rumah
sewa untuk sebuah decent studio apartment
average AED 3,500 sebulan
kalau flat 2 bilik.. AED 3,000 sebulan

jangan sebut pasal bilik hotel..
untuk hotel 4 bintang
standard room.. AED 800..

jangan sebut la harga minyak..
petrol.. segelen.. AED 6.25 (since Sept 2005)
diesel.. segelen.. AED 9.00 (since April 2006)

(AED 1 = RM 1)

(diesel ni.. dalam masa 6 bulan.. since Sept 2005)
dah naik 4 kali.. and 3 times in the month of April alone)

(last salary inceareses for government servants..
was in 2005.. for 25%... )

now.. the heat is on.. and hotter..
from the increasing prices for daily products

so.. baru-baru ni..
government buat satu policy..
to publish daily price indexes.. in newspapers
for various consumer products..
so that people could check for themselves
which stores / shops offer the best values..

yang 'lucu' nya.. to read that..
even shaving cream is one of the top 20 items
in the price list....

well... 3/4 of the population
memang jenis yang berbulu ni..

hehehe..

Thursday, July 6

pleasure leisure


officially.. musim panas telah bermula
dengan tibanya July.. kemudian Ogos..
tahap kepanasan tidak turun dari 40 celsius..
bahang panas di luar amat kering

waktu subuh.. 4.00 am.. shuruk.. 5.30 am
waktu zuhur.. 12.25 pm.. asar.. 4.00 pm
waktu maghrib.. 7.15 pm.. isyak.. 8.45 pm..

bila tiba July hingga September
penuh orang dari rantau Arab
kat rantau Asia Tenggara tu..

after 9/11 and 7/7..
mereka masih bercuti di US and UK
tapi.. memang jumlah nya kurang sikit..

but, kurang tak kurang gak..
average 330,000 arabs..
visited UK every year..

last year alone..
there were over 120,000 orang arab
bercuti di Malaysia..
and about 30,000 from UAE alone..
compare to Singapore - 28,000 from UAE
compare to Thailand - 60,000 from UAE

kalau diaorang ni bercuti..
memang takjub kita tengok..
dengan bilangan luggage
dengan bilangan entourage
dengan bilangan hari depa stay..

surely tak kurang 3 beg sorang
kalau famili tu, seluruh keluarga, dan maid sekali
kalau yang sheikh tu.. anak-beranak 5 orang
maid 10 orang - siap berpakaian seragam lagi..
selalunya seminggu or ada tu sebulan stay..

tentunya juga..
bulan-bulan ni.. akan bertambah bilangan cerita
di dada-dada akhbar.. pasal kecurian dan penipuan
ke atas orang arab ni..

bukan apa..
bukan la.. kalau kat negara lain tu depa tak kena tipu..
kalau kat negara mereka pun.. ada yang curi dan menipu
(but of course sangat kurang bilangannya)

cumanya.. tetap tak sedap dengar..

apapun..
precaution kena la ada..
kena la understands keadaan
negara/rakyat yang ingin dilawati tu

EVERY TIMES YOU ARE IN A FOREIGN LAND
YOU ARE A FOREIGNER