dress code for women
seterusnya..
pakaian 'rasmi' warganegara UAE
yang wanita..
Abaya
adalah jubah / gaun hitam.. seperti long trench-coat
yang dipakai apabila mereka keluar rumah..
pakaian yang dipakai dalam abaya tu pulak
sama je macam apa orang lain pakai
probably western clothing
probably another arabian dress
asalnya.. abaya ni..
warna dan designnya adalah plain black..
tapinya.. kini.. ada pilihan dan fesyen sikit
seperti ada sedikit corak bunga
atau abstrak warna-warni sana sini
ataupun embroidery / sulaman di lengan baju
asalnya juga.. potongan nya labuh dan kembang
tetapi kini.. ada macam-macam style baru
french-cut, slim-cut.. hugging-cut.. etc..
tapi.. apapun jua.. warnanya.. tetap hitam..
belum ada ada colour lain..
harga sehelai abaya..
adalah antara AED / RM 100 hingga 2,500
Shela
adalah kain yang dipakai sebagai penutup kepala
macam tudung or selendang la..
tapinya.. tidak dipakai dengan anak tudung
hanya dengan lilitan je..
dan sesetengah wanita juga akan melilit shela
sehingga tutup bahagian muka
adapun.. shela ini dipakai atas dasar 'tradisi'
bagi tujuan modesty / sopan
not really because tutup aurat..
ini adalah kerana..
pemakaian dan lilitan abaya ni
adalah seperti selendang
dan kengkadang rambut tetap (atau dibiarkan) nampak
tersembul sejambul rambut di depannya
dan selalunya.. wanita ini 'tak kisah'
jika pun angin tiup atau shela jatuh ke bahu
hanya 'perlu' dililit / dibetulkan semula je shela tu..
Hijab
well.. yang ini..
rasanya tak perlu diterangkan lagi
semua sedia maklum..
cumanya.. for the record...
it's not usually worn by UAE Nationals
tak seperti pemakaian shela tadi..
Burqa
ada 2 jenis..
satu... macam pemakaian purdah daripada kain
satu lagi.. adalah sejenis seperti topeng
di mana kedua-dua jenis burqa ni
adalah untuk menutup sebahagian besar muka
bagaimanapun.. yang jenis kedua tadi
lebih hanya diamalkan oleh golongan veteran..
Jelabia Mukhawara
dalam keadaan biasa..
amat sukar untuk melihat wanita memakainya
iaitu sejenis gaun tradisional..
seperti baju kurung melayu kembang (but in one-piece)
yang penuh sulaman dan berwarna warni
dipakai hanya dalam untuk ke majlis kahwin / istimewa
Gafaaz
adalah sarung tangan...
gitu la.. serba ringkas..
No comments:
Post a Comment