Sunday, August 27

dress code for men

kita cerita pasal pakaian lak..
kita start ngan pakaian 'rasmi'..
lelaki warganegara UAE..


Kandura
merupakan jubah yang dipakai seharian
selalulah dan asalnya.. jubah ni warna putih
bagaimanapun.. sejak beberapa tahun kebelakangan ini
telah diperkenalkan jubah yang pelbagai warna

ianya.. telah dipelopori dan dipopularkan oleh
Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum
(yang pada masa itu Crown Prince of Dubai)
Prime Minister and Vice President of UAE
and Ruler of Dubai and Minister of Defence UAE

jadinya.. sekarang ni.. mostly..
ada yang warna putih, biru, kuning, cokelat, hitam..

bagaimanapun...
yang selain warna putih ni
hanya dapat dilihat pada musim dingin
tidak pada musim panas..
ye la.. panassss ooiii..

mengikut satu survey..
seorang lelaki tempatan UAE..
puratanya memiliki 50 helai Kandura dalam almarinya
dan setiap Kandura adalah dalam harga AED / RM 100 - 200


Guthra
adalah kain penutup kepala (headscarf)
selalunya berwarna putih atau petak merah-putih
(corak merah-putih ni adalah corak tradisi orang Beduin)
dan cara pemakaian guthra juga boleh memberitahu
'siapa' orang itu.. i.e. orang alim, orang biasa, orang melawa, etc


Egal
adalah tali hitam yang 'ikat' guthra tu..
asalnya.. egal ini digunakan oleh orang Beduin
untuk mengikat kaki unta pada waktu malam
apabila mereka singgah bermalam di sesuatu tempat

ramai orang muda kini
samada tidak memakai egal
atau ikat guthra mereka dengan cara menyimpulkan sahaja..
macam nelayan gulung kain batik nak ke laut..
dan simpulan ini dipanggil hamdaniya


Ghafiyah / Kuffiyah
atau kopiah la cakap melayu nya
dipakai di dalam guthra tadi..


Kerkusha
satu trademark ataupun jika nak bezakan
pemakaian jubah oleh orang Saudi, UAE atau Kuwait contohnya
adalah kerkusha ni la.. bentuknya macam tali rompol gitu
letaknya macam kedudukan orang pakai tie sangkut
jubah UAE mempunyai kerkusha..
jubah Kuwait.. ada cuff-link
jubah Saudi.. ada collar
not most of the time.. but.. most likely


Bisht
adalah kain nipis macam jubah..
selalunya warna hitam atau emas
yang dipakai diluar kandura tadi
dan selalunya hanya dipakai oleh orang yang 'in power'
dan semasa majlis rasmi, wedding dan special events sahaja


Faneela
adalah baju dalam kandura.. macam singlet pagoda la..


Woozar
adalah kain kecil ikat di pinggang.. dalam kandura


Na-aal
adalah capal atau sandal..
most of the time.. bila pakai kandura
depa akan pakai na-aal je..
tetapi.. kengkadang and of late..
ada yang pakai kasut
bila di majlis rasmi or beli pegi kerja..
ada juga survey mengatakan bahawa;
orang Abu Dhabi selalunya pakai sandal..
orang Dubai selalunya pakai kasut..


gitu la.. serba sedikit..

No comments: