Monday, April 5

safe speed


undang-undang jalan raya
adalah untuk keselamatan semua

memandu secara lebih dari had laju yang ditetapkan
adalah merbahaya
jika tidak pada diri sendiri
mungkin kepada orang lain
boleh di denda dan salah di sisi undang-undang

senang cerita..
janganlah sampai orang lain punya pasal
orang lain pulak yang dapat bencana..

okay, now..

jika sebuah kereta Polis atau kereta VVIP dipandu
lebih dari had laju yang ditetapkan,
apa kurang nya?

ianya tetap bahaya
kerana lebih dari had
sama seperti mana-mana pemandu lain
yang memandu lebih dari had

rasanya, kecualilah
ketika mengejar pencuri contohnya,
ianya boleh dijustifikasikan sebagai harus, kot?
but still merbahaya..

di UAE... contohnya
jika kenderaan yang dikejar terlalu laju
dan boleh mendatangkan bahaya pada orang awam
the manual says -
polis tersebut tidak perlu kejar lagi
dan akan cari kenderaan tu later
and after taking down that car's plate-number

okay now..
jika Polis dan VVIP tersebut tadi
membunyikan siren sebagai mengarahkan
kenderaan lain ke tepi dan memberi laluan
atas dasar supaya jalan/laluan tersebut
tidak sesak dan selamat
maka, kenderaan lain juga bolehlah memandu
pada kadar lebih dari had laju yang sepatutnya
sekiranya jalan/laluan tidak sesak dan selamat?

bukannya kita tak boleh bawak laju
tetapi.. keadaan jalan di Malaysia
yang rata-ratanya tidak begitu condusive
dan tidak mengizinkan untuk kita bawak laju
dari yang disarankan dan dibenarkan
tak kira tempat dan masa..

tengok sahaja statistik yang ada..

oleh itu..
bersabarlah di jalan raya..
jalan raya tu bukan kita je
yang bayar road tax..
bukan kita je yang nak cepat
and bukan kita je ada kereta

:)

No comments: