Sunday, January 3

big and small


selalu juga kita dengar.. orang berkata..
'apa.. ingat jalan ni, bapak dia punya ke?'
'apa.. ingat dia sorang je ke bayar road tax?'

terkadang.. terfikir juga..
kalau kita amati betul-betul
antara sedar atau tidak
contoh.. apabila pemandu kereta tu
berada di lebuh raya yang bertol
pastinya.. ada pemandu kereta..
yang bertindak seperti tidak langsung
bertimbang rasa.. kepada pemandu motosikal

ada seorang kawan tu.. katanya..
"apa lak.. motor kenalah bagi laluan pada kereta
kalau di lebuh raya bertol ni"
sebab?.. "ye la.. kereta aku ni bayar tol..
motor dia free je lalu..
tu pasal kena lalu tepi bahu jalan je.."

hmm.. sekali dengar..
ambooii.. sombongnyaaaaa
dua kali dengar...
err.. ada gak betulnya..

apapun.. yang pasti..
jika seseorang pemandu kereta tu
pernah dulunya bawak motosikal
tentunya.. beliau akan lebih atau setidaknya
ada respect dan bagi laluan
kepada yang pandu motosikal

well.. bak kata orang tua-tua
tempat jatuh lagikan dikenang..
inikan pula.. kenangan lama
semasa pimpin motor rosak atau tayar bocor dulu
hehe..

moralnya mungkin..
yang bawak kereta tu.. jangan la sombong sangat
sampai dihimpitnya motor tu ke tepi..
yang bawak motor lak.. jangan la sombong pulak
kenalah sedar memang kita ni kecik..

sama-samalah kita bertimbang rasa..

No comments: