Tuesday, October 3

time to eat


di UAE ni.. seperti Malaysia juga
memang ada package iftar
di hotels or restaurants
buffet dengan harga antara
30 dirham hingga 350 dirham per person

(1 dirham = 1.01 ringgit)

cumanya.. yang paling amat ketara
sikap 'toleransi' antara
yang Muslim dengan yang non-Muslim
ketika yang Muslim nak berbuka puasa tu
di mana.. memang tak nampak la kelibat
orang yang bukan Islam / tak berpuasa ni
berpusu-pusu di hotel dan restaurant
untuk 'sama-sama' sibuk nak berbuka..

tak macam di Malaysia
di mana.. yang aku paling 'sakit hati'
time orang nak bukak puasa tu la
yang non-Muslim ni.. pun 'sibuk' nak berebut
dengan yang Muslim / berpuasa ni
nak 'sama-sama' berbuka puasa

yes.. betul.. buffet tu open to all
cumanya.. apa la salahnya
jika dipinjam 'budaya' di negara UAE ni
di mana.. yang aku paling 'senang hati'
iaitu.. orang yang tidak berpuasa tu
hanya akan kerumun hotels / restaurants tu
lepas orang semua dah selamat berbuka

well.. actually.. in 'reality'
bukan sebab tolerancy sebenarnya..
but.. yang tak berpuasa ni
'takut' kena marah dengan Pak Arab agaknya
kalau 'sibuk sama'.. time depa nak iftar tu

hehe...

No comments: