Friday, October 20

give and take


dijalan raya.. ada banyak jenis kenderaan
ada kereta besar, kereta kecik..
ada moto besar, ada moto kecik
ada lori, ada bas, ada hari boleh ku balas..
hehe..

dalam memandu kenderaan ni..
untuk menjadi pemandu yang cekap dan baik
selain tumpuan.. dan pengalaman
we need to have guts and good judgement..

ye la kan.. contoh

bila nak keluar simpang tu..
jangan la bila dah keluar tu.. terus slow pulak..
sampai kenderaan lain
yang bagi laluan tadi kena tekan brek lak

bila nak memotong tu..
jangan la bila tengah memotong tu..
speed kita tu sama laju
ngan kenderaan yang kita nak potong
dan yang kena potong pun.. jangan la main 'jahat'
bagi la dia potong..
then.. kita potong la balik karang kalau nak

contoh lagi..

bagi yang kenderaan cc kecil tu..
kalau nak memotong..
jangan lak lupa yg diajar
semasa kelas memandu dulu
pastikan kita ada 12 saat..
untuk potong kereta depan tu

bagi yang kenderaan cc besar lak..
kalau kenderaan cc kecik tu
tengah memotong kereta orang lain
bagi la dia potong dulu..
nanti kita potong la dua-dua sekali..
jangan la dibeam or dihon kereta kecik tu..
kesiaannn.. maki dalam hati dia karang..

kata orang tua..
kalau cukup 40 orang meyumpah
i.e. 'celaka kau'.... (maaf cakap)
boleh celaka jugak kita karang..

contoh lain..
guna dan bagi la lampu isyarat tu..
jika perlu.. jangan la malu-malu..
senang je.. banyak faedahnya pun..

tapi.. jangan lupa.. itu lampu isyarat
bukan lampu bagi arahan..
i.e. bila dah bagi je isyarat nak ke kanan
jangan lak terus masuk kanan.. tengok dulu..
hehe...

cerita dan panduan serta peringatan bersama ni
bukan hanya untuk perempuan atau lelaki
sama je.. semuanya pemandu kenderaan..

tu je setakat ni.. untuk siri kali ni
sempena hari raya aidilfitri..

pecah kaca, pecah gelas
kad raya korang.. nanti aku balas..
pecah kaca, pecah tong
lepas baca harap gantung

hehe..

1 comment:

Kit Pryde said...

selamat hari raya big bro, maaf zahir batin!!