we can do it
di Malaysia ni..
terdapat pelbagai undang-undang, akta, ordinan
yang merangkumi dan mencakupi
pelbagai aspek kehidupan seharian
hakikatnya..
undang-undang perlu
untuk pemerintah mengawal subjeknya
namun..
apalah undang-undang tanpa penguatkuasaan
ianya akan menjadi sebuah karangan
di dalam sebuah buku tebal
tanpa mempunyai kesan atau pengaruh kepada sesiapa
undang-undang, dasar dan polisi
yang sedia ada di Malaysia
sememangnya tidak banyak berlainan
daripada apa yang terdapat di negara membangun
dan negara-negara lain umumnya
namun..
penguatkuasaan di negara lain
mungkin tidak sama
seperti apa yang terdapat di Malaysia
dan sebaliknya
sebagai contoh
dasar dalam menjaga kebersihan
yang dipraktikkan di Malaysia
berbanding dengan negara-negara lain
kita ambil perbandingan
dengan negara jiran yang berdekatan
i.e. Singapura
(kita boleh mengambil contoh negara
seperti US, UK, Jepun, Korea, Finland dan lain-lain
namun, rasanya, kita tidak perlu dan tidak ingin
meneropong jauh untuk lihat perbandingan
kita tidak mahu nanti dikatakan
'kuman diseberang nampak tapi gajah di depan mata tidak)
bandar Singapura sememangnya dikenali
sebagai The Fine City
bukan hanya kerana ianya sebuah negara yang moden
dari segi kemudahan infrastrukturnya yang baik (fine)
tetapi penuh dengan ordinan dan denda (fine)
yang bertujuan mencegah pencemaran
dan menjaga kebersihan bandarnya
yang moden dan indah itu
tiada yang asing dan pelik benar
tentang ordinan dan akta yang dipunyai Singapura
daripada apa yang terdapat di Malaysia
sebagai contoh
Malaysia juga mempunyai undang-undang
yang melarang rakyatnya membuang sampah merata-rata
dan merokok di tempat-tempat yang tidak dibenarkan
tetapi, apa yang nyata berbeza
adalah penguatkuasaan undang-undang tersebut
sekiranya anda berpeluang melawat Kota Singa ini
cuba anda buang sampah merata-rata
seperti mana ‘kebiasaan’ di Kota Lumpur kita
jika tidak ada pegawai penguatkuasa
yang berpakaian reman akan menghulurkan
buku saman beliau untuk ditandatangan oleh anda
paling tidak, anda akan dipandang sinis
oleh orang ramai yang lalu lalang
contoh lain
cubalah anda menghisap rokok
di perhentian bas awam
jika tidak ada pegawai penguatkuasa
yang berpakaian biasa
mengeluarkan kompaun kepada anda
paling tidak, orang lain yang turut sama menunggu bas
akan menegur anda supaya tidak berbuat demikian
tahap penguatkuasaan kepada undang-undang tersebut
sememangnya memainkan peranan
dan memberi kesan terhadap kebersihan sesuatu tempat
adalah menjadi lumrah kejadian manusia
untuk takut kepada kekerasan
undang-undang tampak keras
namun apalah undang-undang tanpa kuatkuasa
masyarakat tidak akan takut kepada undang-undang
jika tiada kuatkuasa
masyarakat tidak takut kepada kuatkuasa
jika ianya tidak keras dan tiada impak
sebagai contoh,
di Malaysia undang-undang menyatakan
bahawa anda akan didenda RM500 jika membuang sampah,
tetapi di Singapura selain denda yang sebegitu,
anda akan diarah untuk membuat kerja-kerja amal
seperti mengutip sampah di kawasan pantai
misalan tersebut di atas
bukanlah bertujuan untuk mengangkat-ngangkat
negara jiran kita itu
namun, apa yang baik tetap baik
dan apa yang buruk tetap buruk
masyarakat Malaysia sering dilabel
sebagai suka dan mudah meniru-niru orang lain
seperti budaya, pakaian, percakapan dan sebagainya
jadi, bukankah lebih baik,
jika apa yang kita ingin tiru itu
adalah sesuatu yang baik
atau boleh membawa kebaikan?
bukankah elok,
jika apa yang kita ingin ambil dan gunapakai itu
sesuatu yang mendatangkan kesan dan faedah
kepada masyarakat umum?
kenapa perlu malu untuk meniru
dan mengambil guna apa yang baik
untuk kebaikan bersama?
segala yang berlaku hari ini
adalah ulangan sejarah terdahulu..
(history repeats itself)
budaya mengambil guna dan menyesuaikan dasar,
polisi atau kaedah yang dilakukan orang lain ini
bukanlah sesuatu yang baru dan pelik
pokoknya, mahu atau malu, hendak atau helah
1 comment:
usually malu la kan. bukan MAHU.
anyways, welcome back Big Bro!!!
Post a Comment