Friday, October 5

one in a million


at 10am tadi..
my sweet little sis smsed me
- "Along, mak masuk wad, lepas buka semalam..
mak pengsan"

(i presumed.. as always..
my sis didnt alarm me earlier
sebab tak nak make me 'risau sangat')

terus called her for the details..
very teary indeed and i cant hold it any longer
right after ending the conversation
- i cried

even though, i could guess that
my mum's condition is in good hand
with my abah, adik-adik ensuring the best for mak..
(and of course the hospital's staff is also around)
the thought of my mum is back in the hospital, warded, again
and me being far away at times like these
and with Aidilfitri just around the corner
really got me very very sad indeed

few friends were online - yahoomessenger
hence, as a way to ease the pain
i told few of them, about my mum's ordeal
including Dr. Cool

but, to my surprise, he went the extra mile
- he immediately went to visit my mum at the hospital

i did feel extra relieve
as he explained to me about my mum's condition
in between our conversation via the telephone

but, the one that touched me the most
was when i opened my mailbox just now
and read Dr. Cool's email, as follows;


***

Salam bro!

Sungguh hati aku terusik dan terpanggil
tatkala mengetahui seorang anak menitis air mata
mengenangkan ibunya di kejauhan yang tidak berapa sihat.

Aku pun mempersiapkan diri dengan map (tak tepat)
dan mempelawa seorang rakan karib untuk menemani
perjalanan kali pertama ke HTAR tepat 4:30 petang tadi.

Berkelanakan kereta seasoned aku yang melambung-lambung
setelah salah pilih absorber baru-baru ni,
kami pun meredah petang yang hangat tadi.
Namun kerana secebis 'amanah'
semuanya ditempuhi dengan yakin dan tabah.

Dalam pukul 6 petang, sampaila kami di HTAR,
dan menemui insan yang dimaksudkan.
Pucat dan kurang bermaya, begitulah ungkapan untuk observasi
yang aku dapati pada insan yang besar jasanya dan sangat mulia
bergelar wanita, isteri dan ibu; Puan Faridah.

Bangkit di perbaringan katil 19A tatkala kami bertamu
mungkin mengganggu ketenangan dirinya.
Riak terharu tatkala menyebut nama anak yang dirindui,
jelas kelihatan, ibarat menyebut satu kalimah azimat layaknya.

Kulihat tompok-tompok darah segar yang tiris dari 'venofix'
pada tangan kanannya pada kain hospital yang dipakai.
Kami memberi laluan untuk beliau menukar kain yang baru
sambil dibantu oleh jururawat pelatih yang sabar dan dedikasi.

Aku mencuri-curi membaca keputusan observasi
dan nota jururawat pada hujung katil.
Ku dapati, masalah yang dikenalpasti
sebagai sebab kemasukan pesakit
adalah kawalan gula yang tidak betul,
lantaran kurang informasi.

Lalu aku mengambil peluang itu
menerangkan cara modifikasi dos ubat
dalam keadaan-keadaan berlainan;
dos ubat kencing manis hanya dipatuhi,
apabila pengambilan makanan tidak terjejas
akibat demam dan hilang selera.

Apa yang telah berlaku semalam adalah,
Puan Faridah mengambil dos ubat diabetes
seperti biasa tetapi kurang makan menyebabkan
penurunan luarbiasa aras gula dalam darah
langsung pengsan.

Aku juga menggalakkan pengambilan sayur bayam dan brocholli
sebagai sumber zat besi untuk pembinaan sel darah merah
kerana beliau juga mempunyai masalah rendah darah merah, anemia.

Aku dan rakan karib terpaksa meminta diri setelah berbahasa basi.
Kami amat berbesar hati telah menunaikan amanah lawatan tersebut,
demi seorang anak yang kegalauan hati di perantauan.

Semoga pertemuan tadi memberi sedikit makna kepada kami semua
dan Puan Faridah terutamanya.

Sekian untuk seorang rakan.
Our help is just an IM away..
:)

'Grass is always greener on the other side,
but just as hard to cut.'

***

to Dr. Cool and Sir Kirk Pecai
terima kasih yang tidak terhingga
di atas bantuan, prihatin dan budi mulia korang

hanya Allah yang mampu membalasnya

6 comments:

Ceera said...

harap ur mom akan cepat sembuh, jangan sedih2 tau.. insyAllah mak awak ok... =P

J u l i a 。.゜✿ said...

hmmm terharu baca dr cool tu punya email. u bertuah ada kawan macam dia.

insyaAllah. semoga ur mum kembali sihat. =)

Red Raven said...

Saya doakan ur mom cepat sembuh..Amin. I feel u bro...

trueblue said...

Thats so nice of Dr Cool and Sir Kirk Pecai :). Good friends are hard to find.

Hope your mum gets well soon.

Yours Truly ... XOXO said...

sabar banyak2 yea.... at least u know u have good friends there... ;P

katakbesar said...

ceera -
thank you for the well wishes
insyaAllah.. aminn..

julia -
terima kasih atas ingatan.. aminn..
yupp.. memang terharu and bertuah
dapat kawan sejati

red raven -
thank you bro.. for the doa... aminn..

trueblue -
yupp.. good friends are really hard to come by nowadays..
i am lucky indeed

yourse truly -
insyaAllah.. sabar dan doa.. aminn..
yupp.. true and good friends indeed..