Wednesday, September 3

food or feast


berpuasa di negara Arab ni
memang berbeza dengan Malaysia tentunya
part Ramadhan Bazaar yang paling nyata..

di UAE.. memang takde la budaya pasar malam ni
apatah lagi bazaar ramadhan
yang menjual bermacam-macam juadah ni

but.. khemah-khemah dan tapak-tapak khas diluar masjid
untuk orang ramai berbuka puasa ramai-ramai bersama
memang banyak..

nasi briyani kambing/ayam dimasak banyak
untuk disedekah pada orang ramai tadi
adalah sumbangan dari orang-orang yang berhajat
hampir disemua masjid.. setiap hari..


i think.. rasanya.. (maaf cakap)
di Malaysia.. yang mula 'membudayakan'
bazaar Ramadhan ni.. adalah orang KL
kemudian di'sokong' oleh Kementerian Pelancongan
yang mempopularkan bazaar ni
as part of our tourism 'product'

jadinya..
penuh la bazaar
pelbagai la juadah

pembaziran?
rasanya.. terletak kepada individu
samada membeli untuk keperluan
atau untuk kepuasan

teringat kata-kata Ustaz Ismail Kamus
"kalau bulan puasa ni, time pukul 5 petang tu
kalau tengok kuih-muih tu.. rasa nak makan semuanya..
agaknya.. kalau ada yang jual batu-bata panggang pun laku.."


err... kak.. batu-bata panggang 2 bungkus?


hehe..

3 comments:

Mother of Two said...

salam encik kodok.

meriah blog cik kodok nie...colourfull.

spesis kodok apa encik kodok nie???

lina said...

siput sedut masak lemak,ayampercik,ayam masak merah,tepung pelita,kuih akok,pajeri nenas,otak-otak,karipap sardin....slurppppp.....

katakbesar said...

MO2
salam akak
thank you for adding to the colours
:)
kodok spesis pemalu
but, a bit oversize
hence, pecah tempurung yang ada
;)


LINA
amboi.. makan ke buffet tu?
hehe..