Monday, January 4

round luck


hmm...
lama dah tak layan sports
let alone Malaysian football

the last football match
that i've watched, at the stadium
was way back in 1997
Selangor lawan Johor
in Piala Malaysia

tapi, memang teruja gak la
bila follow and nengok matches
our Malaysian team.. in Laos
baru-baru ni.. masa SEA Games

the quality and appearance
was indeed surprising
membanggakan, menaikkan semangat

after 20 years
akhirnya, penantian berakhir
Malaysia juara!

semalam..
singgah kedai Nike
nampak jersey Malaysia
hajat konon nak beli
perghhh... RM 275

ambik bauuu je la
:)

anyway..
terdetik gak rasa ulu hati
apabila nengok sorotan berita
satu dua minggu ni

yang mana..
pihak yang berkenaan
telah pun juga mula
menampakkan 'minat'
untuk menjadi 'jaguh'
kepada kejayaan pasukan Malaysia tersebut

com' on KBS & FAM
we are already in 2010
i repeat.. 21st century!!

what's with the old strategy
i.e. to confine the U-23 players
from playing with their clubs

what's so bad
if these players continue
to play with the teams
that have invested on and trained them
and above all, made them who they are

ah well..
history will repeat itself...
vis-a-vis after a success
politics will take over and show its ugly head

nak tolong tak bertempat
nak julang tak bertapak

bila dah menang, diambang kejayaan
semua orang nak amik pot
semua orang claim itu ini

bila dah kalah, diceruk kegelapan
semua orang tak amik pit
semua orang deny ini itu

inilah antara masalah utama
perkembangan sukan di Malaysia

iaitu..
bila menang, ditatang bagai minyak yang penuh
bila kalah, dihumban ibarat sampah yang sarat

hmmm..
teringat dulu-dulu..
pernah pasukan Malaysia yang kalah
dalam surat khabar ditulis
dilabel sebagai 'Pengkhianat'

seriously.. pengkhianat?

ya ampunn...

Sunday, January 3

big and small


selalu juga kita dengar.. orang berkata..
'apa.. ingat jalan ni, bapak dia punya ke?'
'apa.. ingat dia sorang je ke bayar road tax?'

terkadang.. terfikir juga..
kalau kita amati betul-betul
antara sedar atau tidak
contoh.. apabila pemandu kereta tu
berada di lebuh raya yang bertol
pastinya.. ada pemandu kereta..
yang bertindak seperti tidak langsung
bertimbang rasa.. kepada pemandu motosikal

ada seorang kawan tu.. katanya..
"apa lak.. motor kenalah bagi laluan pada kereta
kalau di lebuh raya bertol ni"
sebab?.. "ye la.. kereta aku ni bayar tol..
motor dia free je lalu..
tu pasal kena lalu tepi bahu jalan je.."

hmm.. sekali dengar..
ambooii.. sombongnyaaaaa
dua kali dengar...
err.. ada gak betulnya..

apapun.. yang pasti..
jika seseorang pemandu kereta tu
pernah dulunya bawak motosikal
tentunya.. beliau akan lebih atau setidaknya
ada respect dan bagi laluan
kepada yang pandu motosikal

well.. bak kata orang tua-tua
tempat jatuh lagikan dikenang..
inikan pula.. kenangan lama
semasa pimpin motor rosak atau tayar bocor dulu
hehe..

moralnya mungkin..
yang bawak kereta tu.. jangan la sombong sangat
sampai dihimpitnya motor tu ke tepi..
yang bawak motor lak.. jangan la sombong pulak
kenalah sedar memang kita ni kecik..

sama-samalah kita bertimbang rasa..

Saturday, January 2

fast or slow


sering kali orang berkata
'biar lambat asal selamat'
'biar lambat sampai, jangan tak sampai langsung'
'kalau nak laju pun, biarlah bertempat'

laju sangat pun bahaya
perlahan sangat pun bahaya juga

sesungguhnya.. dalam memandu kenderaan
memerlukan kesabaran dan tumpuan fikiran

kengkadang tu.. terdetik juga dalam hati
'iskh.. kereta tu.. lajunya'..

ye la.. time tu.. mungkin kita tak rushing
so.. kita pandu kenderaan kita tak laju mana
but.. bila kita ada emergency atau perlu..
pastinya terlaju juga kita bawak kereta tu
and.. orang lain pulak akan berkata..
'iskh.. lajunya dia ni'

ada tu.. memang jenis tak reti slow..
ada tu.. selalu laju.. accident.. tak serik gak
ada tu.. kalau bawak slow.. sure accident
katanya, sebab kalau dia laju..
dia akan bagi tumpuan penuh..
hehe.. macam-macam..

semuanya mainan fikiran dan perasaan..
bergantung kepada masa dan keadaan..

think twice.. act wise..

Monday, December 7

dangerous drivers



one aspect of Road Bullies -
instances in Malaysia

case study:
kalau kita sedang memandu/memotong kenderaan lain
110kmh di lorong memotong/laju
kemudian datang sebuah kenderaan dari belakang
yang (boleh dijangka) memandu lebih dari 110kmh
kenapa mesti kita 'membenarkan' dia
memandu dengan lebih laju
dan/dengan bergerak ke lorong sebelah/perlahan
secara tergesa-gesa dan merbahaya kengkadang tu

seolah-olah kita yang membuat salah
dan seperti jalan tu BAPAK mamat belakang tu yang punya?

sekiranya kita berbuat demikian, bermakna
adakah salah untuk kita memandu pada kelajuan tersebut
dan apakah orang yg hendak memandu lebih laju dari had itu
mempunyai HAK utk memberi 'high-beam' pada kita
untuk ke slow-lane, supaya diaa boleh memandu lebih laju?

the ground rules are;
- jika seseorang telah memotong, patutlah ke tepi

but,
jika seseorang yang hendak memandu 'lebih laju'
sekali pun, apa HAK mereka untuk memberi high-beam
kepada pemandu lain supaya ke tepi?

ini adalah roadbully. period.

pemandu lain perlu/boleh ke tepi
jika dia tidak memotong

all i wanted to point out
is the irony.. of some driving behaviour
just to name a few, not to judge though

since, every drivers has their own stories
on the road

there is a better way to give warning
to 'cruiser' like me

(and of course
if someone not giving way to ambulance and the like
that pure stubborn and stupidity)

however, sometimes there are people
that are not as alert and articulate, as we are

and sometimes there are drivers on the slow-lane
not giving way to the 'cruiser'
that is overtaking his/her car
to move to the lane
as such vehicles are approaching

i could not agree more with the notion that
we must have a better culture in driving

the fast-lane is definitely for overtaking purposes

it does not mean that
whomever is driving at 110kmph
has the right to be at the fast-lane
at all time

the one that i was trying to dictate is those
who are HIGH BEAMing other drivers
as the latter is about to overtake
other-slower-drivers at 110
and as the culprit is coming from behind
at a pace more that 110

the culture should be:
let the 'cruiser' at 110
overtake the other car and shift to the slow-lane
by themselves

and not by mere anger and hate
(since they just had been HIGH BEAMED by those
that are so much in a hurry)

i bet, this is one of the many reasons
banyak pergaduhan, bad tampered incidents
even kemalangan di lebuhraya

if you want to overtake
and there is a car in front of you
don't use your high beam, please

that is rude... by any standard..

and by the way,
beaming others to overtake him/her
is not an international standard

in UAE, UK and and some states in the US
it is very rude and an offence
if you are tailing others too close
let alone beamed others

the right and standard manoeuvre
(if we still remember
when we attended kursus memandu before)
is by switching on or using
our right signal/indicators
and wait till the car in front of us
have moved into the slower-lane

pendek kata -
"sabar la banggg..."
"be patience, please"

a little tolerance, courtesy and understanding
goes a long way towards a stress free journey

nevertheless..
driving does need
a lot of good judgment and instinct

so is life in general...

good luck!
life's suck?
:)

Saturday, May 9

not real


kawasan rumah aku ni
(mungkin) macam kawasan lain gak
reception untuk public tv channels
agak kurang memuaskan

hence, nak tak nak
kene gak la aku subscribed to Astro

kalau ikutkan hati (dan poket)
malas aku nak membayar 39.95 monthly
just to watch tv, that i didn't get to see much

ye la kan..
pegi keje, balik keje dah pukul berapa
lewat malam and weekend je la kot
tu pun kalau tak tertido or out somewhere

free-to-air channels are not bad at all
i.e. tv1, tv2, tv3, ntv7, channel8, tv9
enuff said! these 6 networks are simple and suffice
banyak gak cerita yang bagus and menarik
plus, ada some tu yang terkini dari astro

nevertheless..
i finally got to 'follow' with my own eyes
what's the big deal about this AF
yep.. Akademi Fantasia

after much time spent (and wasted)
letih aku nengok AF ni
tak paham aku, why and what is so interesting

contoh..
setiap hari, bebudak AF ni
kena buat itu ini
tapinya, at the end (of the week)
judgment is via sms para penonton
judging from the students' singing performance

thus, the result,
is more about a popular contender
rather than an absolute talent

above all.. sorry..
what's up with that guy Adlin Aman Ramli!
he's not a singer, merely an actor, mostly theatre
but yet, mouthful and trying-too-hard to become a Simon Cowell
bluwekkk! tarus aku tukar channel

apapun.. ikutkan minda
nyampah nak follow sangat
rancangan realiti tv macam ni
among other reasons... one too many of them
Malaysian Idols, Gangstarz, AF
Mentor, One In A Million
dulu ada jugak Audition (ntv7)
Bintang RTM (rtm1/tv1) ok la gak

seriously..
macam la tak leh nak buat
pertandingan konsep lain
semuanya.. kisah orang melalakkkkkk je

makin parah.. now..
dah sampai peringkat di mana
calon yang pernah tried-out for another programme
also trying-out for another similar programme
apatah lagi yang dah pernah jadi penyanyi ada album
punnn.. masuk bertanding sama
yennaaa deiii...

well..
it's all about opportunity and money
vis-a-vis peserta cari rezeki
penonton bagi rezeki

hmmm.. satu lagi aspek..
kalau kita amati betul-betul
rancangan berbentuk kuiz kat malaysia ni
agak kurang pengisian dan motifnya
lebih berat hanya sekadar hiburan
dan mesti melibatkan artis/celebriti

contoh..
berbanding dengan rancangan sepertinya di UK
seperti Countdown dan 100%
yang betul punya payah dan menduga akal
berbanding dengan rancangan di Japan
seperti Istana Takeshi dan Ninja Warrior
yang cukup punya kreatif dan mencabar

of course..
no one should/could forget and resist
the classics like Wheel of Fortune
and Who Wants To Be A Millionaire and Survivor
pergghhhh..

game shows and reality programs
yang dari luar negara ni
more often than not
nilai hadiah untuk pemenang
ada yang amat sikit sangat dan macam terbaloi
dengan usaha dan kepayahan

macam.. Amazing Race tu
peserta nak menang kalu
kena melalui cabaran dan halangan segala
demi nak rebut/menang sejuta

tapinya.. kita punya One In A Million
peserta yang nak menang
hanya kena perlu melalak je
dah boleh dapat duit sejuta

c' est la vie
rezeki masing-masing
aminn..

Sunday, May 3

oily rice


for the last few weeks
managed to attend weddings of friends and relatives
ada yang buat di rumah, dewan, ballroom

yesterday.. went to one in Shah Alam
my abah's cousin's second daughter
nice.. really nice. the event i meant

dah lama tak ziarah rumah
my second cousin tu
ingat-ingat lupa juga location nye

but, thank God
diaorang ada letak signage
at very good/strategic spots
with a big and clear font

seriously..!
sakit betul rasanya jiwa dan raga
bila nak gi ke umah orang kenduri
kita just following the arrows/instruction
of the map sketched neatly behind the card
then, bila dah sampai kat simpang kawasan tu
and there were junctions to pick from
and the signage bearing the bride and groom's name
was printed in the font size no bigger than batang mancis
siap italic la plak tu.. like that will help

tu yang kengkadang..
ramai orang datang lambat, after dah sesat barat
bila ke rumah orang aruh (kenduri = bahsa banjar)

apsal la korang tak print
pakai font size 200 ke 300
rather than pakai arial 40 or worst 14
print nama and anak panah dah la, kertas tu kecik je
yang penting orang nampak dan boleh follow

hmmm..
me personally, would prefer to attend
majlis kenduri yang simple and sweet
or lebih tepat lagi, yang biasa-biasa
compare to receptions that were held
at ballroom or dewan, with fine-dining in format

reasons being?
- kita datang, salam-salam, makan, borak, then balik
- tak perlu kene tunggu sampai semua events selesai
- lagi ramai orang boleh dijemput, people come and go
- reception kat hotels = limited seats = limited invitees

yang wajib, were;
- accepting and attending to the invitation
- menjamu orang makan and mengucap selamat

anyhow.. more often than not
yang buat majlis kat rooms and halls ni
selalunya akan jugak kene buat 2-3 majlis
vis-a-vis satu untuk saudara mara je
satu untuk kenalan mak-ayah dan rakan sekerja
satu untuk rakan-rakan artis
hehe...

oh ya.. nasihat Mak Andam..
kalau yang bersanding and makan berhidang tu
tolong la jangan mata tu kelilau mandang hadirin
tolong la jangan nak sengih merata tak berpasal
apatah lagi angkat tangan menyapa ke kira dan kanan
buruk betul kalau orang lain perasan gelagat gitu

nama pun raja.. sehari...
orang yang datang akan paham tentunya
kalau raja tak toleh/padangan/sapa korang
;)

apapun..
orang punya majlis
sendiri rancang, sendiri tanggung
nak buat 7 hari 7 malam ke
nak buat kat Hotel ke Hostel ke
tepuk poket, tanya wallet
jangan membazir sudah le!

semoga berbahagia ke akhir hayat
aminn..

Friday, May 1

may day


dalam Buletin 1.30 by TV3 tadi
the reporter interviewed
few people, about how do they feel about Labour Day

funniest thing was, among others
most of them were interviewed
whilst doing window shopping at some malls
saying the darnest sentences
such as; "it feels good not working today"
"dapat jalan-jalan with family"
"hari ini adalah hari untuk keluar"
and at the background were 'workers' of the outlets
were actuallly indeed, 'working'
:)

it made thinking and reminiscing
the good old days, when i was working
at several places, as various titles
which Hari Pekerja would mean Hari Biasa je
i.e. working day, hard knocking life

hmmm.. agaknya la
kalau SEMUA PEKERJA
diwajibkan TIDAK BEKERJA
pada HARI PEKERJA
apa akan jadi?

selamat hari pekerja!
syukur, masih ada kerja dan sedang bekerja
:)

Tuesday, April 14

hunted past



malam tadi..
aku terlayan cerita kat tv3
film thai, Bang Rajan

ceritanya brutal gak, 18SG gitu
kisah zaman kurun ke 18
sejarah perang antara Thai and Burma
tapi, memang best, sedih and patriotik

lama dah aku tak layan cerita gini
let alone an asian one

ye la kan..
selalunya, omputeh punya cerita je
i.e. braveheart, last mochicans,
we were soldiers, private ryan, etc

apapun.. masa aku khusyuk nengok
aku terfikir.. pasal cerita thai ni
compared to our own malaysian films

for instance..
of late, the popular films/dramas genre in malaysia
is either horror or thriller
i.e. jangan pandang belakang
keliwon, anak betung, nyiur rapik,
jangan takut, jangan tegur
and segala macam tajuk lagi yang jangan

teringat gak aku..
beberapa tahun or dekad dulu
there was a directive or guideline
that (malaysian) films/dramas
could and should not (over)expose
these type of genres
i.e. horror, tahyul, ganas, seram
apatah lagi aksi lucah

i guess.. fair enough
with perkembangan zaman dan minda
atas nama being creative and berkarya
those aforesaid orders
were no longer a must
or at least a moral obligation
to our films' directors and producers

bukan la aku ni tak suka
nengok filem sebegitu
tapinya, sedih dan risau
kalau ianya terbiar dan dibiarkan
tanpa sebarang panduan atau sekatan langsung

contoh...
filem thai tu, pasal perang, yes brutal
but, ada elements semangat and martial art
jadinya, para penonton, orang thai khususnya
akan menjadi patriotik sedikit sebanyak
and rasa lagi nak belajar tomoi or whatever

tapinya..
filem malaysia, pasal hantu, yes tahyul
tambah, ada elements khurafat and make u wanna fart
jadinya, para penonton, orang melayu especially
akan lebih jadi penakut paling tidak
and rasa lagi nak percaya pada hantu or keturunannya

teringat gak aku.. beberapa bulan yang lepas
ada kontrovesi pasal isu 'Sajak Kematian'
yang ditayangkan di sekolah rendah
yang dikatakan tidak sesuai dan menakutkan

yenna dei!
kisah dalam 'dokumentari' tu
adalah kisah benar alam barzakh
nyata dan pasti akan berlaku
but, ramai yang kata begitu begini segala

tapi.. segala ceriti tahyul jembalang puaka
kat tv channels awam terbuka untuk tontonan semua
boleh la plak disiarkan tanpa segan silu
takde tapis and berlapik, boleh tegak bulu ketiak

hmmm... apapun..
since now ada menteri penerangan yang baru
yang juga berportfolio kebudayaan dan warisan
hopefully, there will be some changes to these phenomenon
for the betterment of our nation, of course

tidak kang, aku berani bet
makin ramai la yang jadi penakut
tak caya? tungguuuu... :)