Wednesday, April 1

still there


lamaaaaaaa gila
aku tak jengok blog ni
kesian diaa..

sesungguhnya..
faktor kekangan masa dan kerja
tambah lagi dengan faktor kisah kehidupan
amatlah memberatkan lagi usaha aku
untuk menulis

hmm.. idea memang selalu timbul
cuma tak tertaip je
:)

ok la.. semoga aku berjaya
menghidupkan semula blog ku nan satu ini
aminnn...

Wednesday, January 28

before and after



dalam beberapa bulan ini jugak
berkesempatan melawat beberapa buah hospital
visiting relatives and friends yang jatuh sakit

ada yang hospital kerajaan, ada yang swasta
ada yang selesa, meriah, penuh, sabar

apapun.. berada di hospital
cukup untuk membuatkan seseorang itu
pesakit or pelawat sekalipun
untuk berasa insaf dan mengingatkan
agar bersyukur dan menjaga kesihatan sendiri

kalau ziarah orang sakit kat hospital swasta ni
perhaps, tak la sama sangat perasaannya
compared to visiting someone at public hospital
among others, the different in ambience and services

tak caya? cubalah, sekali sekala
melawat seseorang kat mana-mana hospital gomen
(or even better (nauzubillah) be a patient in one)
masuk yang Kelas Tiga, time hari minggu or cuti
perghhh... serious terharu and penuh keinsafan

and on a relative instances..
selalunya, kalau kita melawat hospital awam ni
during its peak-hour
surely kita akan nampak bukti
bahawa rakyat Malaysia ni;
memang penyabar dalam keredhaan takdir
harmoni dalam berbilang bangsa
:)

of course, ajal maut di tangan Tuhan
kita hanya perlu usaha menjaga kesihatan

berat bahu memandang, berat lagi bahu yang menanggung

rasanya, sekarang ni..
kos perubatan dan orang yang berubat
makin tinggi dan makin ramai

skim perubatan / medical card
pun makin banyak dan pelbagai
tapinya, the main isu and pokoknya
ada ke duitnya?

i.e. nak treatment and services lebih baik
kene la bayar lebih, the more the better kot

apapun..
among others, mak aku sendiri
tak berapa 'suka'
kalau kene masuk wad yang Kelas Satu
i.e. yang either satu bilik sorang or berdua
mak aku 'prefer' lagi, duduk Kelas Tiga
sebab? ramai orang, boleh borak
and melihat/mendengar cerita kehidupan orang lain

entahlah...
bila time tengah sakit.. semuanya akan sesal
bila time masih sihat.. semuanya tak ingat

Tuesday, January 27

now and forever


hmm..
kalau diingatkan balik
of late, banyak kali gak
aku menziarahi orang kematian / jenazah

well.. bukanlah bermaksud
dulu-dulu, aku jarang or tak pernah
melawat or ziarah langsung

cumanya, rasanya
mungkin disebabkan
faktor usia dan peranan kerja
kebelakangan ni, agak lebih sedikit
dari sebelum-sebelum ni

i.e. sebab dah makin tua ni
makin ramai juga sahabat dan saudara
yang juga meningkat tua
yang lebih terdedah jatuh sakit

ye la kan..
dulu.. masa aku/kita muda
kebarangkalian adalah lebih rendah
berbanding kini

hmm.. reality check! reality bites!
and i am no longer as young
c'est la vie nevertheless
face it! good luck!

notwithstanding all the above
i had been to 4 funerals
demise of relatives and friends
due to vehicles crashed
and natural causes

one thing for sure
from all the visit, each and every times
no (sane and mortal) person could deny that
one would definitely feel remorse
and think of one's own death

mati itu pasti!
the question is when and how

hmm.. anyhow..
masa aku berada and helped out
during this particular funeral
allahyarham anak kepada my boss, in bandar area)
tak dapat tidak, aku masih teringat dan terkenang
kejadian dan peristiwa yang agak 'mengelirukan'

(bukan kejadian seram and hantu la.. :p)

hmm.. gini kisahnya..

masa nak kebumi anak boss aku tu
memang ramai yang datang ziarah
ramai juga antaranya, rakan allahyarham
yang muda remaja sebaya, laki dan pompuan

yang aku agak sedih, adalah cara dan perlakuan
anak-anak/adik-adik ini, semasa di majlis tersebut
yang sedikit sebanyak reflected and made me thinking
agaknya, bagaimana dan sedalam mana ilmu
yang diajarkan dan dipelajari oleh mereka

bukanlah nak kata, aku ni baik and alim sangat
but, at least, fundamental kene la betul

sebagai contoh; masa ziarah jenazah, kat rumah
ada yang lelaki tu, pakai anting-anting
(earings - kalau cakap jawanya)
kot ye pun.. bukak la dulu time tu..
ada yang pompuan lak, pakai attire
(pakaian - kata orang jerman)
tapinya, mak aiii.. dedah/sendat/singkat

then, lepas tu.. masa usung jenazah ke masjid
(tak jauh.. about 400 meter from the house)
yang muda remaja sihat walafiat cargas tadi
semuanya, agaknya, sedih sangat, sampai tak daya
nak tolong pikul, or at least take turn
hence, yang tua-tua ni jugak la yang pulun
(walaupun aku tak la tua/kuat sangat lagi)

apapun.. yang aku rasa nak pengsan
bila masa nak nunggu lepas asar
sebelum jenazah disembahyangkan

hmm.. jenazah dah kat dalam masjid
some of the non-muslim friends to allahyarham
were also there, not really inside, but just at the steps
and gradually, came few other friends, muslim-ladies
just arrived at the steps and while still crying
sempat la plak, peck-kissing and exchanged hugs
with the boys, yup, inside the mosque, be it the muslim or non
and in the type of attire that i've mentioned earlier


hmm..
siapalah agaknya, cikgu diaorang ni
siapalah agaknya, parents mereka tu

enuff said!
- the end is very near indeed

don't be afraid, but, be prepared

Saturday, January 17

changing phases


OVERVIEW

dah 4 bulan..
since i'm here, back in Malaysia
pergghhh.. time sure flies very fast indeed

aku balik hari tu
time posa, hmm..
lagi 2 minggu nak raya

to be frank
i've gained about 5 kg
since i last weight myself
kat Abu Dhabi

yupp..
i am now just slightly over 80kg
ok la.. it's 81kg.. :p

hmm.. nasib baiklah aku ni agak tinggi
kalu tak.. sure akan terserlah
ke-boy-roy-an perutku
yang once was 6-pack
now tinggal 1-whole pack
:)

well.. in short
cukup (and terlebih makan at times)
bila dah kat malaysia ni
alhamdulillah.. murah rezeki

PART 1

work wise..
as usual, same old same old
i.e. suck!

being at 'the Headquarters'
the workload is definitely extreme
the work-culture is more different
colleagues are there to help
friends come and go
and yes, i'm getting older
;)

for the last 4 months jugak
ada la jugak dapat jalan-jalan
ke sana dan sini.. sebab keje
(dalam dan luar Malaysia)
but, my weekends agak berterabur since
:(

nevertheless... life must go on
still surviving and strong
facing these new environment and challenges
wish me luck!
:)


PART 2

fully moved to my new house since Oct
somewhere not too near/far from my office
not really much traffic to dodge daily
but, of course, the toll fees
:p

did some renovation to it
just nothing-major touch-up here and there
mostly interior, no wall-breaking
and had to add few new furnitures too
but, of course, the cost is not free
:(

PART 3

me, family and friends are doing ok
hopefully it could remain that way
and wish it would be better
as the days go by

aminn...

Friday, January 16

i'm still here


ya ampunnn..!
lama gilos aku tak update blog aku ni
jenguk memang ada la gak seminggu sekali
nengok-nengok ada lagi ke yang sudi baca/follow
;)

terima kasih..
kepada semua yang masih sudi singgah
yang selalu bagi semangat dan tegur
suruh aku update dan tulis lagi
:)

yupp..
memang terlalu banyak yang ingin dan boleh
aku kongsikan and nak tulis

hence, here i am, again

insyaAllah..

Sunday, November 30

fine foe


di Malaysia
terdapat pelbagai undang-undang
akta, ordinan dan enakmen
yang merangkumi dan mencakupi
pelbagai aspek kehidupan seharian

hakikatnya, undang-undang perlu
untuk pemerintah mengawal subjeknya
namun, apalah undang-undang tanpa penguatkuasaan

ianya akan menjadi sebuah karangan
di dalam sebuah buku tebal
tanpa mempunyai kesan atau pengaruh kepada sesiapa

undang-undang, dasar dan polisi
yang sedia ada di Malaysia
sememangnya tidak banyak berlainan
daripada apa yang terdapat di negara lain

namun, penguatkuasaan di negara lain
mungkin tidak sama
seperti apa yang terdapat di Malaysia
dan sebaliknya

sebagai contoh yang berkait
adalah dasar penjagaan kebersihan
di Malaysia berbanding dengan negara lain

mari kita ambil perbandingan
dengan negara jiran yang berdekatan
iaitu Singapura

kita boleh mengambil contoh negara
seperti Amerika Syarikat, United Kingdom
Jepun, Korea, Finland dan lain-lain

namun, kita tidak perlu dan tidak ingin
meneropong jauh untuk buat perbandingan
kita tidak mahu nanti dikatakan
'kuman di seberang nampak
tapi gajah di depan mata tidak'

bandar Singapura sememangnya dikenali
sebagai The Fine City

hmm...
tiada yang asing dan pelik benar
tentang ordinan dan akta yang dipunyai Singapura
daripada apa yang terdapat di Malaysia

sebagai contoh
Malaysia juga mempunyai undang-undang
yang melarang rakyatnya membuang sampah merata-rata
dan merokok di tempat-tempat yang tidak dibenarkan

apa yang nyata berbeza
adalah penguatkuasaan undang-undang tersebut

sekiranya anda berpeluang melawat Kota Singa ini
cuba anda buang sampah merata-rata
seperti mana ‘kebiasaan’ di Kota Lumpur kita

jika tidak ada pegawai penguatkuasa
yang berpakaian reman akan menghulurkan
buku saman beliau untuk ditandatangan oleh anda
paling tidak, anda akan dipandang sinis
oleh orang ramai yang lalu lalang

cubalah anda menghisap rokok
di perhentian bas awam misalnya
jika tidak ada pegawai penguatkuasa
yang berpakaian biasa mengeluarkan kompaun
paling tidak, orang lain yang turut sama menunggu bas
akan menegur anda supaya tidak berbuat demikian

tahap penguatkuasaan kepada undang-undang tersebut
sememangnya memainkan peranan dan memberi kesan

adalah menjadi lumrah kejadian manusia
untuk takut kepada kekerasan

undang-undang tampak keras
namun, apalah undang-undang tanpa kuatkuasa

masyarakat tidak akan takut kepada undang-undang
jika tiada kuatkuasa
masyarakat tidak takut kepada kuatkuasa
jika ianya tidak keras dan tiada impak

sebagai contoh..
di Malaysia undang-undang menyatakan
bahawa anda akan didenda RM500 jika membuang sampah
tetapi di Singapura selain denda yang sebegitu
anda akan diarah untuk membuat kerja-kerja amal
seperti mengutip sampah di kawasan pantai

misalan tersebut di atas
bukanlah bertujuan untuk mengangkat-ngangkat
negara jiran kita itu

namun, apa yang baik tetap baik
dan apa yang buruk tetap buruk

pendek kata... maaf cakap..
masyarakat Malaysia sering dilabel
sebagai suka dan mudah meniru-niru orang lain
seperti budaya, pakaian, percakapan dan sebagainya

oleh itu..
bukankah lebih baik
jika apa yang kita ingin tiru itu
adalah sesuatu yang baik
atau boleh membawa kebaikan?

bukankah elok
jika apa yang kita ingin ambil dan gunapakai itu
sesuatu yang mendatangkan kesan dan faedah
kepada masyarakat umum?

kenapa perlu malu untuk meniru
dan mengambil guna apa yang baik
untuk kebaikan bersama?

segala yang berlaku hari ini
adalah ulangan sejarah terdahulu
- history repeats itself

meaning...
budaya mengambil guna
dan menyesuaikan dasar, budaya atau tabiat
yang dilakukan orang lain, di tempat lain
bukanlah sesuatu yang baru dan pelik

pokoknya,
mahu atau malu?
hendak atau helah?

Sunday, October 12

open opinion


hmmm..
couple of years ago
i had shared my view
on a lousy and basic issue, about blogging
i.e the freedom to write anything

and, few days ago
a fellow (new) blogger
who is also a friend of mine
reminded and made me to (re)send
the following;


yes, it's YOUR BLOG
- you can say/write
whatever you want and feel like

yes, it's not COMPLUSORY
for others to visit/read/reply

to any of your postings

but, a WEBLOG is a dot com
i.e. out there in the world wide web

therefore, it's also open
to any JOHN/JANE DOE
to FIND YOUR BLOG
and READ YOUR POSTINGS

further, since you have made the
'Leave Your Comment' link available,
anyone is also entitle to jot down (and share)
a few good/bad words, pros/against responses

in short,

it's not total FREEDOM
and without ANY RISK
after all

c' est la blog

if you don't like those facts
please take down your blog
and go back to writing diary
i.e. the good old days style

thank you and my apology
reality bites,
good luck


hmm.. entah la..
anyhow, that's my opinion
and i am also open to any form of refutation
:)

Wednesday, October 1

Salam Aidilfitri


dengan penuh takzim dan syukur
ingin mengucapkan kepada semua
Selamat Hari Raya Aidilfitri
dan memohon Maaf Zahir Dan Batin
atas apa jua kesalahan dan kesilapan
yang tentunya tidak pernah sengajakan
dan tidak disedari telah menyakiti atau menyinggung
mana-mana hati dan perasaan
semua yang dikasihi sekalian

terima kasih atas kemaafan dan ingatan