Thursday, January 7

prime digit


hmm..
terbaca dalam suratkhabar pagi ni
ada satu ruangan dan pengumuman khas
ucap syabas dan tahniah
oleh Kerajaan Negeri Terengganu
pasal kejayaan cemerlang para pelajar
dalam PMR tahun lepas

bagus la..
kalau ada rasa nak berkongsi tu

dalam 4 helaian tu
semua nama pelajar dan sekolah
yang mendapat keputusan cemerlang
diumum dan diwar-warkan

tapinya...
yang aku terpegun tu
siap nombor MyKad pun ada

ya ampunnn..!!!

iskhh..
diaorang ni tak peka ke
kepada masalah keselamatan semasa

iaitu..
nombor MyKad tu..
bukan ke sesuatu yang sulit!

amatlah mudah dan suka la sangat
golongan manusia yang ada berniat jahat
yang nak buat kejahatan
(pendek kata.. orang jahat la)
kalau diaorang dapat
informasi sebegini

well..
even kalau bukan orang jahat pun
akan 'berguna' jugak maklumat tu

kat Malaysia ni, banyak websites
yang perlu masukkan no MyKad je
untuk dapatkan sesuatu maklumat

hence,
with these kinds of 'negligence'
senang and free je orang lain
boleh gunakan, or even worst
salah gunakan

contoh..
kalau kita nak tau
samada seseorang ni ada ke
hutang pinjaman pelajaran dengan JPA
kita hanya perlu pergi ke website JPA
and key-in no MyKad sipolan tersebut
taaddaaaaaa...!

apapun..
sedih la jugak and kesian
kat adik-adik kita tu
baru nak masuk umur 16 tahun
dan 'kene' dah

aiyooo..!

Monday, January 4

round luck


hmm...
lama dah tak layan sports
let alone Malaysian football

the last football match
that i've watched, at the stadium
was way back in 1997
Selangor lawan Johor
in Piala Malaysia

tapi, memang teruja gak la
bila follow and nengok matches
our Malaysian team.. in Laos
baru-baru ni.. masa SEA Games

the quality and appearance
was indeed surprising
membanggakan, menaikkan semangat

after 20 years
akhirnya, penantian berakhir
Malaysia juara!

semalam..
singgah kedai Nike
nampak jersey Malaysia
hajat konon nak beli
perghhh... RM 275

ambik bauuu je la
:)

anyway..
terdetik gak rasa ulu hati
apabila nengok sorotan berita
satu dua minggu ni

yang mana..
pihak yang berkenaan
telah pun juga mula
menampakkan 'minat'
untuk menjadi 'jaguh'
kepada kejayaan pasukan Malaysia tersebut

com' on KBS & FAM
we are already in 2010
i repeat.. 21st century!!

what's with the old strategy
i.e. to confine the U-23 players
from playing with their clubs

what's so bad
if these players continue
to play with the teams
that have invested on and trained them
and above all, made them who they are

ah well..
history will repeat itself...
vis-a-vis after a success
politics will take over and show its ugly head

nak tolong tak bertempat
nak julang tak bertapak

bila dah menang, diambang kejayaan
semua orang nak amik pot
semua orang claim itu ini

bila dah kalah, diceruk kegelapan
semua orang tak amik pit
semua orang deny ini itu

inilah antara masalah utama
perkembangan sukan di Malaysia

iaitu..
bila menang, ditatang bagai minyak yang penuh
bila kalah, dihumban ibarat sampah yang sarat

hmmm..
teringat dulu-dulu..
pernah pasukan Malaysia yang kalah
dalam surat khabar ditulis
dilabel sebagai 'Pengkhianat'

seriously.. pengkhianat?

ya ampunn...

Sunday, January 3

big and small


selalu juga kita dengar.. orang berkata..
'apa.. ingat jalan ni, bapak dia punya ke?'
'apa.. ingat dia sorang je ke bayar road tax?'

terkadang.. terfikir juga..
kalau kita amati betul-betul
antara sedar atau tidak
contoh.. apabila pemandu kereta tu
berada di lebuh raya yang bertol
pastinya.. ada pemandu kereta..
yang bertindak seperti tidak langsung
bertimbang rasa.. kepada pemandu motosikal

ada seorang kawan tu.. katanya..
"apa lak.. motor kenalah bagi laluan pada kereta
kalau di lebuh raya bertol ni"
sebab?.. "ye la.. kereta aku ni bayar tol..
motor dia free je lalu..
tu pasal kena lalu tepi bahu jalan je.."

hmm.. sekali dengar..
ambooii.. sombongnyaaaaa
dua kali dengar...
err.. ada gak betulnya..

apapun.. yang pasti..
jika seseorang pemandu kereta tu
pernah dulunya bawak motosikal
tentunya.. beliau akan lebih atau setidaknya
ada respect dan bagi laluan
kepada yang pandu motosikal

well.. bak kata orang tua-tua
tempat jatuh lagikan dikenang..
inikan pula.. kenangan lama
semasa pimpin motor rosak atau tayar bocor dulu
hehe..

moralnya mungkin..
yang bawak kereta tu.. jangan la sombong sangat
sampai dihimpitnya motor tu ke tepi..
yang bawak motor lak.. jangan la sombong pulak
kenalah sedar memang kita ni kecik..

sama-samalah kita bertimbang rasa..

Saturday, January 2

fast or slow


sering kali orang berkata
'biar lambat asal selamat'
'biar lambat sampai, jangan tak sampai langsung'
'kalau nak laju pun, biarlah bertempat'

laju sangat pun bahaya
perlahan sangat pun bahaya juga

sesungguhnya.. dalam memandu kenderaan
memerlukan kesabaran dan tumpuan fikiran

kengkadang tu.. terdetik juga dalam hati
'iskh.. kereta tu.. lajunya'..

ye la.. time tu.. mungkin kita tak rushing
so.. kita pandu kenderaan kita tak laju mana
but.. bila kita ada emergency atau perlu..
pastinya terlaju juga kita bawak kereta tu
and.. orang lain pulak akan berkata..
'iskh.. lajunya dia ni'

ada tu.. memang jenis tak reti slow..
ada tu.. selalu laju.. accident.. tak serik gak
ada tu.. kalau bawak slow.. sure accident
katanya, sebab kalau dia laju..
dia akan bagi tumpuan penuh..
hehe.. macam-macam..

semuanya mainan fikiran dan perasaan..
bergantung kepada masa dan keadaan..

think twice.. act wise..