Sunday, November 30

fine foe


di Malaysia
terdapat pelbagai undang-undang
akta, ordinan dan enakmen
yang merangkumi dan mencakupi
pelbagai aspek kehidupan seharian

hakikatnya, undang-undang perlu
untuk pemerintah mengawal subjeknya
namun, apalah undang-undang tanpa penguatkuasaan

ianya akan menjadi sebuah karangan
di dalam sebuah buku tebal
tanpa mempunyai kesan atau pengaruh kepada sesiapa

undang-undang, dasar dan polisi
yang sedia ada di Malaysia
sememangnya tidak banyak berlainan
daripada apa yang terdapat di negara lain

namun, penguatkuasaan di negara lain
mungkin tidak sama
seperti apa yang terdapat di Malaysia
dan sebaliknya

sebagai contoh yang berkait
adalah dasar penjagaan kebersihan
di Malaysia berbanding dengan negara lain

mari kita ambil perbandingan
dengan negara jiran yang berdekatan
iaitu Singapura

kita boleh mengambil contoh negara
seperti Amerika Syarikat, United Kingdom
Jepun, Korea, Finland dan lain-lain

namun, kita tidak perlu dan tidak ingin
meneropong jauh untuk buat perbandingan
kita tidak mahu nanti dikatakan
'kuman di seberang nampak
tapi gajah di depan mata tidak'

bandar Singapura sememangnya dikenali
sebagai The Fine City

hmm...
tiada yang asing dan pelik benar
tentang ordinan dan akta yang dipunyai Singapura
daripada apa yang terdapat di Malaysia

sebagai contoh
Malaysia juga mempunyai undang-undang
yang melarang rakyatnya membuang sampah merata-rata
dan merokok di tempat-tempat yang tidak dibenarkan

apa yang nyata berbeza
adalah penguatkuasaan undang-undang tersebut

sekiranya anda berpeluang melawat Kota Singa ini
cuba anda buang sampah merata-rata
seperti mana ‘kebiasaan’ di Kota Lumpur kita

jika tidak ada pegawai penguatkuasa
yang berpakaian reman akan menghulurkan
buku saman beliau untuk ditandatangan oleh anda
paling tidak, anda akan dipandang sinis
oleh orang ramai yang lalu lalang

cubalah anda menghisap rokok
di perhentian bas awam misalnya
jika tidak ada pegawai penguatkuasa
yang berpakaian biasa mengeluarkan kompaun
paling tidak, orang lain yang turut sama menunggu bas
akan menegur anda supaya tidak berbuat demikian

tahap penguatkuasaan kepada undang-undang tersebut
sememangnya memainkan peranan dan memberi kesan

adalah menjadi lumrah kejadian manusia
untuk takut kepada kekerasan

undang-undang tampak keras
namun, apalah undang-undang tanpa kuatkuasa

masyarakat tidak akan takut kepada undang-undang
jika tiada kuatkuasa
masyarakat tidak takut kepada kuatkuasa
jika ianya tidak keras dan tiada impak

sebagai contoh..
di Malaysia undang-undang menyatakan
bahawa anda akan didenda RM500 jika membuang sampah
tetapi di Singapura selain denda yang sebegitu
anda akan diarah untuk membuat kerja-kerja amal
seperti mengutip sampah di kawasan pantai

misalan tersebut di atas
bukanlah bertujuan untuk mengangkat-ngangkat
negara jiran kita itu

namun, apa yang baik tetap baik
dan apa yang buruk tetap buruk

pendek kata... maaf cakap..
masyarakat Malaysia sering dilabel
sebagai suka dan mudah meniru-niru orang lain
seperti budaya, pakaian, percakapan dan sebagainya

oleh itu..
bukankah lebih baik
jika apa yang kita ingin tiru itu
adalah sesuatu yang baik
atau boleh membawa kebaikan?

bukankah elok
jika apa yang kita ingin ambil dan gunapakai itu
sesuatu yang mendatangkan kesan dan faedah
kepada masyarakat umum?

kenapa perlu malu untuk meniru
dan mengambil guna apa yang baik
untuk kebaikan bersama?

segala yang berlaku hari ini
adalah ulangan sejarah terdahulu
- history repeats itself

meaning...
budaya mengambil guna
dan menyesuaikan dasar, budaya atau tabiat
yang dilakukan orang lain, di tempat lain
bukanlah sesuatu yang baru dan pelik

pokoknya,
mahu atau malu?
hendak atau helah?