Sunday, August 31

National Day


Selamat Hari Ulang Tahun Kemerdekaan ke 51
kepada Malaysiaku yang tercinta

rasanya..
kini amat kurang
kita menyanyikan Lagu Negaraku..

rasanya..
sejak kita meninggalkan bangku sekolah
aku berani kata.. dalam setahun...
boleh dibilang dengan jari yang ada
berapa kali je jumlahnya..

namun.. hari ini..
dan pada setiap kali tanggal 31 Ogos..
pastinya.. kita akan menyanyikan Lagu Negaraku..

kalau dihayati liriknya
memang syahdu sekali..
kalau dibayangkan realitinya
memang lagi sedih..

apapun..
as for me, myself and i alone..
aku masih suka dan akan
menyanyikan Lagu Negaraku
dengan irama seperti mana
yang aku nyanyikan dulu
semasa dibangku sekolah

iaitu.. irama, nadanya, tempo dan rentak musiknya
perlahan.. bukan seperti sejak sedekad ini
yang mana dilajukan... kemudian perlahan sikit
dan akhirnya perlahan-laju..

pada aku la..
Lagu Negaraku versi lama
yang rentak tempo perlahan tu
memang mudah dan lagi touchy.. dan syahdu
bila dinyanyikan dan dihayati..


cuma yang aku ada rasa kurenggg sikit
(and perhaps part tu yang patut kene ubah)
is the part, yang kene ulang balik rangkap tu
:)

apapun.. syukur..
Malaysia telah Merdeka
masih Merdeka.. teruskan Merdeka..
ketahuilah dan hayatilah sejarah Kemerdekaan

Keranamu Malaysia !!!

Monday, August 25

proud Malaysians


atas semangat dan keyakinan
bahawa rakyat Malaysia Boleh
di UAE kini.. dikhabarkan telah ada seramai hampir 5,800
warganegara Malaysia yang bermastautin di UAE
(jumlah ini tak termasuk pelancong)

syukur.. alhamdulillah..
rakyat Malaysia di sini
semuanya kerja bagus dan income baik
mostly; pilots & air-crew for Emirates and Etihad Airlines
engineers, architects and construction related professionals
managers and executives in Malaysian or international companies
nurses, businessmen, consultants, traders, et cetera..
and of course their family members

tiada yang buruh kasar
tiada yang jadi orang gaji-bergaji
apatah lagi yang hidup melarat.. jauh sekali..

orang tempatan dan asing di UAE juga
masih memandang tinggi pada nama Malaysia

bila sebut je Malaysia..
bila kata je kita 'from Malaysia'
pastinya senyuman manis dan ulasan baik
yang akan kita dengar dan terima..

ada 3 perkara.. yang secara puratanya
akan disebut oleh orang lain
jika kita kata.. "I'm Malaysian"..

i) Malaysia is very wonderful and nice country
ii) Good Muslims
iii) I like Dr. Mahathir

:)

well..
ramai juga yang masih ingat
Dr. Mahatir adalah PM kita
dan masih ingin dengar kata-kata pedasnya
jika beliau sebut pasal US, UN and Israel..

well..
ramai yang belum kenal..
siapakah Abdullah Badawi
but.. surely... gradually..

;)

apapun..
sebagai rakyat Malaysia
yang berada di luar negara..
hendaklah dan sepatutnya kita
berbangga dengan status dan imej baik ini
dan cuba mempertingkatkannya
atau paling kurang mempertahankannya..

Keranamu Malaysia
Malaysiaku Gemilang
Perpaduan Teras Kejayaan

Tuesday, August 12

named names


mari kita belajar tentang bahasa arab sikit
pasal apa?.. pasal nama...

begini...

first.. pasal nama ABDUL..

Abdul bermaksud... HAMBA KEPADA
dan selalunya digunakan dalam konteks atau bersama
dengan 99 nama Allah..
seperti Rahman, Razak, Malik, Fatah,
Latif, Karim, dan seterusnya
http://id.wikipedia.org/wiki/99_Asma_Allah
jadi maksudnya.. HAMBA KEPADA ALLAH..

di negara Arab. (or dalam bahasa Arab)
adalah tidak betul/elok..
sekiranya memanggil seseorang yang bernama Abdul Malik
dengan hanya panggilan ABDUL sahaja..
which simply means SLAVE OF
and to their ears, it just does not make sense
or worst, an insult

second.. pasal nama ABU..

seperti mana orang lain juga, ada nama timangan
kadang kala.. nama yang dikaitkan dengan anak sulung mereka

contoh..
sekiranya Yusuf mempunyai anak bernama Saeed
orang mungkin akan memanggil Yusuf
dengan nama Abu Saeed
yang bermaksud.. AYAH KEPADA SAEED

sama juga kepada ibunya..
contoh.. jika ibu kepada Saeed adalah Fatimah
orang boleh memanggil Fatimah dengan nama Umm Saeed
yang bermaksud IBU KEPADA SAEED

kaedah ini.. dipanggil.. KUNYA dalam bahasa arab..
contoh yang paling dikenali di peringkat antarabangsa
adalah for example, Mahmoud Abbas,
the Palestinian President,
is often referred to as "Abu Mazen".

third... panggilan ABU juga
boleh diguna atau bermaksud DATANG DARI

contoh.. sejarah nama tempat ABU DHABI
di mana pada satu hari
orang Bedouin telah mengekori anak rusa (Gazelle)
yang berasal dari satu kawasan pergunungan Al Dhabi
semasa mencari-cari kawasan berair,
rusa itu merayau sehingga ke sebuah kawasan
yang hari ini dipanggil Abu Dhabi (ibu negara UAE)
(iaitu kawasan di mana rusa yang DATANG DARI Al Dhabi
menjumpai lopak air tersebut)

akhir sekali..
nama ABU juga boleh juga digunakan
to refer to something associated with someone

contoh... kalau seseorang itu..
sering membawa laptop atau sering memakai baju biru...
kita boleh la panggil si polan tu
Abu Laptop atau Abu Baju Biru

hehehe..

Thursday, August 7

nail the wall


ada seorang pemuda yang sangat pemarah
dia tidak dapat mengawal kemarahannya
walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja

pada suatu hari
bapanya telah menghadiahkannya
dengan seguni paku

"untuk apakah paku-paku ini ayah?"
tanya pemuda tersebut.

"setiap kali kamu marah
kamu pakulah tembok batu
di hadapan rumah kita ini
bagi melepaskan kemarahan mu"
jawab ayahnya.

pada hari yang pertama sahaja
pemuda itu telah memaku
sebanyak 37 batang paku
pada tembok batu tersebut

selepas beberapa minggu
setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan

dia mendapati
adalah lebih mudah mengawal kemarahannya
dari memukul paku ke tembok batu tersebut

akhirnya..
pada suatu hari
di mana pemuda tersebut tidak marah
walau sekali pun, dalam hari itu

dia pun memberitahu ayahnya
mengenai perkara tersebut dengan gembira

bapanya mengucapkan tahniah
dan menyuruh dia mencabut kembali
paku itu, satu persatu
pada setiap hari yang ia lalui
tanpa rasa kemarahan

hari berganti hari
dan akhirnya dia berjaya mencabut
kesemua paku-paku tersebut

pemuda tersebut memberitahu
kepada bapanya dengan bangganya

bapanya memimpin tangannya
ke tembok tersebut dan berkata,
"kau telah melakukannya dengan baik
tetapi lihatlah kesan lubang di tembok batu itu
tembok itu tidak akan kelihatan seperti sebelumnya
bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah
ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti ini
kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya

tetapi ingatlah
tak kira berapa kali kau memohon maaf
dan menyesal atas perbuatanmu itu
namun lukanya masih tetap ada

luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal

sahabat adalah permata yang sukar dicari
mereka membuatkan kamu ketawa
dan menggalakanmu ke arah kejayaan

sahabat juga adalah seorang pendengar
berkongsi suka dan duka
dan sentiasa membuka hatinya kepada kita

maafkan saya
sekiranya saya pernah meninggalkan
kesan berlubang di dinding hati anda


akar kecil si ribu-ribu,
akar besar gantung bergantung
masa kecil ditimang ibu,
bila besar ditimang gelombang