Monday, December 31

one in a trillion


begitu pantas..
in fact.. terlalu pantas rasanya
tahun 2007 berlalu... kini dah tiba 2008
memang dunia semakin tua..
semakin hampir nak kiamat kata orang

namun, pada ketika ini.. sedih bertandang lagi

sudilah kiranya.. dan izinkanlah aku
menulis dan bercerita sekadar cuma..
nak mengadu nasib dan berkongsi cerita

... mak aku masuk wad lagi.. malam tadi..

well, last 3 weeks pun dah masuk lagi
semalam ni, kes yang sama, related
diabetic related to be exact

kisahnya.. masa raya posa dulu
kaki mak aku melecet

but, cam biasa, kita ni, kalau melecet tu
buat dek and ubat-ubat gitu je

cumanya, as mak aku ni kan diabetic
patutnya mak aku terus ke klinik
she did anyway.. but probably, it was a combination
of a little/slightly too late jumpa doktor tu
or the doctor tu, tak really anticipate anything worse

anyhow.. lepas raya tu..
my mum went to hospital
doktor bagi ubat makan and sapu je

still tak baik.. after few week or so
and terasa sakit sangat
time malam especially

hence, pegi lagi hospital..
dapat ubat yang sama gak

after a month.. still sakit..
pegi lagi.. ubat sama lagi..

next, finally, sebab tak tahan sangat sakit..
my dad masukkan my mum ke specialist

while there..
specialist kata.. boleh rawat lagi..
hence, dicabut kuku ibu jari kaki yang sakit tu
sedut nanah kat dalam and bagi ubat lagi
after 5 days.. discharged.. balik umah

that was 3 weeks ago..
and, after few days..
still sakit ada lagi..

finally.. semalam..
my mum tak tahan sangat
masuk balik specialist tu..

doktor kata, nak tengok lagi 2-3 hari ni
samada boleh 'selamatkan' lagi tak
otherwise.. mungkin (nauzubillah)
kene potong ibu jari kaki yang effected tu

hmmm..

i know.. it could be worse
i know.. it's nothing..
compare to some other misery and ordeals of others

i know.. my mum is strong and redha
i know.. ini semua adalah ujian dan ketentuan Allah..

i wish.. i was there..
i wish.. i could be there, at times like these
i wish.. Allah tabahkan hati aku..

aminnn.. ya rabal'alamin
insyaAllah..

"hati ini, siapalah yang tau.."

Sunday, December 23

who's the baller


once again
musim tidur bola, makan bola
baru berakhir..i.e. sukan sea

tak pasti..
samada dah ada..
mana-mana pihak di Malaysia
telah memasang angan dan impian
sekali lagi, seperti biasa..

seperti.. slogan dan rancangan.. agar..
Malaysia juga akan menjadi pasukan hebat
Malaysia akan cuba layak
ke Piala Dunia 2010 or 2014, etc..

well.. tak salah idea dan angannya..

memanglah.. adat permainan..
ada yang kalah, ada yang menang..

tapi..
biarlah kalah setelah betul berjuang
jangan kalah sebelum masuk gelanggang..

cumanya..
jangan salah perancangan lagi..

contoh;
janganlah kita meletakkan sasaran
tanpa memikirkan strategi pasukan lain juga
janganlah kita beli atau belajar teknik dan cara
yang digunakan orang hari ni
tapi nakkan result untuk akan datang..

maksud saya..
kita sering (salah) berkata
dengan mengatakan.. bahawa
"pasukan Malaysia juga.. boleh dan akan menjadi
seperti pasukan Brazil hari ini.. dalam 10 tahun lagi.. "

errr.... laaaaaa.... yenna deiii..

dalam masa 10 tahun tu juga..
pasukan Brazil tersebut
takkan biarkan pasukan mereka
remain as the same team (in quality)
as they were 10 years ago...

contoh lain.. teringat satu kisah..
semasa musim pilihanraya..

seorang wakil rakyat
memberi syarahan politik
kepada orang ramai di sebuah kampung

antara isi syarahan nya..

"Kerajaan hari ni...
sedang merancang dan melaksanakan
ke arah mencapai Wawasan 2020..
kita akan bina.. instrastruktur
seperti pengangkutan awam..
supaya Malaysia... pada tahun 2020 nanti
akan mempunyai.. sistem keretapi laju..
seperti yang terdapat di negara Jepun.. HARI INI.."

???

well.. again..
antara hati dan minda..

:p

Sunday, December 16

easier collection


akhirnya..
pihak berkenaan di Malaysia
bersetuju untuk memperkenalkan
sistem kutipan tol yang 'lebih' canggih
memudahkan dan tak sakitkan hati pembayar tol
iaitu, sistem 'tak-perlu-berhenti' di toll gate

(my grudges on toll earlier - here)

kalau tak salahnya..
ianya telah diumumkan oleh YB Sammy Vellu
pada bulan March yang lalu..

keputusan ini diambil,
antara lainnya.. dikisahkan..
adalah selepas beliau sendiri
telah 'merasai' betapa seksanya
terpaksa beratur untuk membayar tol
di mana satu hari, beliau telah memandu kereta sendiri
dan melalui lebuhraya bertol dan membayar tol

err...
itu YB baru try dan kena seksanya, sekali je..
yang kami rasa dan kena hari-hari ni, amcam?
yang kena beratur bayar dan tahan sabar setiap hari, amcam?

hmm..
Singapura telah berdekad lamanya
menggunakan sistem scanning ni
mengapa Malaysia baru nak apply?

anyway..
better late than never..
better now than later..

sememangnya orang ramai
tak ada 'kuasa' pasal kena bayar tol
tapinya... bukan ke bagus..
kalau dipermudahkan dan diberikan keselesaan
kepada pengguna / orang ramai yang membayar tu..

ye la kan..
dah la 'terpaksa' bayar
tapi nak bayar pun seksa
i.e. kena beratur dan melambatkan perjalanan

to YB Sammy... syabas !
atas keprihatinan anda !
kini beliau dah tau..
pahit-getir bayar tol..

mudah-mudahan, cepatlah dapat kita merasai
sistem pembayaran tol yang canggih tu..

aminnnnn.....

Thursday, December 6

financial assistance


baru-baru ni..
terbaca kisah di newspaper, sekali lagi berulang,
pasal orang nak mintak bantuan kewangan
untuk rawatan kritikal / pembedahan..

ianya berkait la dengan peruntukan
RM 100 juta setiap tahun (kalau tak silap la)..
untuk membiayai dan untuk diberikan
kepada pemohon yang memerlukan
(kalau cakap rakyat kang, macam parti politik lak.. ;p)
(pemohon - sedap sikit and baru la macam deal with gomen)..

i can bet
sampai sekarang, not many people know...
what, who, where, why, when and how...
tentang bende ni

meaning..
siapa yang layak,
kat mana nak mohon,
berapa lama process,
apa yang boleh dipohon..
dan sebagainya...

antara sebabnya
i brought this matter up..
adalah kerana masih terdapat hingga kini..
hampir setiap bulan at least..
ada orang yang sakit kritikal itu ini..
dipaparkan oleh media massa..
memohon merayu dengan sedih pilu

selain.. pernah mengalami sendiri bende ni
(few years back, the new-born son to one of my relative, died...
while waiting for penyumbang organ dan menunggu bantuan dihulurkan
but, since kita ni jenis yang tawakkal dan redha
dan tak tau dan paham sangat time tu..
tentang cara dan bagaimana.. dan karenah birokrasi
jadi kita pun tak ambik pot sangat)...

antara yang peliknya..
kenapa hanya sebahagian sahaja yang 'berjaya'
atau ingin / telah dipaparkan oleh pihak media..
nasib pesakit-pesakit lain bagaimana?

sebelum ini ada diumumkan
(tak pasti sama ada masih diguna pakai atau tidak)..
bahawa mana-mana penderma
yang ingin menderma duit atau organ..
tidak boleh.. melakukannya untuk org tertentu
(seperti, pesakit/pemohon yg diperkenalkan oleh media)
melainkan, saudara-mara...

saya amat menyokong perkara ini pada dasarnya..

kerana, sebagai contoh,
kata la kes adik Ali bin Abu..
dipaparkan oleh suratkhabar Utusan
so, satu Malaysia tau..

then, ada la Ahmad bin Faizal,
berhajat ingin menderma duit atau organ kepada adik Ali..
so, syukurlah.. adik Ali pun mendapatkannya..
dan kita pun puji Ahmad bin Faizal..

tapi, bagaimana nasib adik Roslan bin Kassim,
atau Ah Chong Meng Seng atau Robert Ramasamy?..
yang tidak diwar-warkan oleh media
dan sedang menunggu 'queue' atau 'turn'
untuk mendapatkan penderma dan bantuan
secara biasa.. i.e. not via mass media

saya yakin dan percaya sekiranya,
tabung tersebut benar-benar digunakan,
diberitahu kepada umum tentang bagaimana hendak memohon
dan details lain yang sebagainya...
tentunya.. akan makin berkurangan..
kisah-kisah sedih dan menyayat hati ini
diwar-warkan di dada-dada akhbar..
dan kurang menimbulkan persoalan serta kemusyhkilan
daripada pesakit-pesakit dan keluarga sendiri..
dan masyarakat pun kurang la
menuduh dan mengata itu dan ini..