Wednesday, May 24

brain drain


pagi ni..
terbaca satu newsprint lawak...

bukan la isu tu lawak..
but, kata-kata Ahli Dewan Negara tu..

kata 'not clever' kang marah pulak
but.. baca la sendiri..
ulasan dan kenyataan beliau


Gadis lulusan IPT jadi GRO

"Ketika ini, saya nampak pegawai penguat kuasa
bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang
mengikut waktu pejabat
dan mereka jarang sekali memantau
dan melakukan pemeriksaan di pusat hiburan.

“Saya rasa waktu bekerja saya
lebih berbanding pegawai berkenaan
sedangkan menjadi tanggungjawab mereka
menguatkuasakan undang-undang," katanya.



sampai hati dia buat perbandingan sebegitu..
elaun / gaji Senator sebagai Ahli Dewan berapa..
patut la Senator keje lebih..

kalau nak banding..
banding la dengan orang
yang sama gaji / pendapatan / tugas

kakitangan tu..
berapa gaji hakikinya..
paling banyak pun baru RM 1,200 sebulan

kakitangan kerajaan tu..
nak keje lebih masa karang..
kene claim overtime..
Senator nak tolong bayarkan ke?

takkan la orang gaji RM 1000
nak kena buat macam orang gaji RM 2000

kalau orang gaji RM 2000
tapi buat keje macam orang gaji RM 1000
memang patut la kita marah...

patutnya.. Senator tu cakap la...
mintak adjust / sesuaikan
time bekerja mereka..
instead of 8 - 5.. mungkin jadi 5 - 8 ke?

antara hati dan minda....

Tuesday, May 23

media medium moderate


muncul semula.. lately
media coverage on ministers' 'bashing'
and 'alerting' pegawai dan kakitangan kerajaan
supaya jangan lupa tanggungjawab..
especially.. since RMK 9 has been unleashed..

keluarlah semula.. phrases like..
'jangan lembab'..
'jangan melambatkan proses'
'jalankan tugas'..
'terimalah teguran'

catchphrase terbaru
dan paling popular now.. is..
'don't be little napoleon'

kesian civil SERVANTS..
yess... i said again.. SERVANTS..

as i wrote before..
org gomen kini.. dari dulu..
sering dilabel itu ini oleh media
yang buruk sahaja dipaparkan oleh media
yang kes nila dua tiga titik sahaja..
yang kes susu belanja lagi, tak pulak diceritakan?

pendek kata.. malas nak ulas panjang..
cuba tanya... wartawan-wartawan ni..
bonus tahun lepas berapa bulan?

all because, surat khabar laku..

sapa nak baca kisah polis tangkap pencuri?
sebab itu memang keje polis dari azali

sapa nak baca kisah kakitangan kerajaan amanah?
sebab itu memang tanggungjawab yang ditanggung

now tanyakan..
berapa bonus kakitangan kerajaan setiap tahun?

then, ada orang kata..
kakitangan gomen dapat free and perks macam-macam?

name and list me down..
apa perks and privilleges nya?

medical free..?
silakan.. if you 'prefer'
to go to govt hospital than gleneagles..

scholarship senang ?
salah tu.. rasanya tu anak POLITICIAN..
bukan anak SERVANTS..

gaji besar and keje senang ?
hmmm.... interesting myths..
pernah media tu tanya berapa gaji diaorang?

yang pastinya..
yang baik tetap baik
yang buruk tetap buruk
oleh itu.. berubah la untuk kebaikan..
buatlah mana yang perlu..

jangan putus asa..

malas nak ulas banyak lagi
sebab terlalu banyak nak disebut..

cukuplah.. dengan komen seperti
'are you kidding me?..'
'cermin diri sendiri dulu..'
'apa, all this while diaorang ni tak menurut perintah ke?'
kepada semua kenyataan ahli politik
yang mendesak dan mengarah itu ini
kepada golongan SERVANTS ni

bagai timun dengan durian..
digolek dan tergolek..
but, SOMEONE HAS TO DO IT

Friday, May 19

silky business


kebanyakkan pelancong dari malaysia
terutamanya kalau transit or on short visit
tentunya akan diperkenalkan
(by word-of-mouth 'advertising')
agar ke kedai Phulwani..
kedai textile yang terletak
around Naif Souq, Dubai

Phulwani ni..
tak silap ada branch kat Malaysia
kat Ampang Point..
(dengarnya dah tutup.. tak pasti..)

choices and prices?
ok la.. if you're considering
the limited time you're having in Dubai..

ye la.. kalau tourists
mana la ada masa sangat
nak jengok semua kedai kain..

kedai ni..
staffs dia boleh cakap melayu
tu yang org selalu and senang berurusan..
and plus.. dia terima duit ringgit gak

even ada banner kat dalam kedai tu
saying "LET US MANJA YOU"..

kat Dubai.. selalunya kedai kain
jual kain pakai ela, bukan meter

kat kedai ni
boleh lihat la..
atas meja cashier dan atas ceiling dia
penuh dengan business / calling cards
segala jenis rakyat malaysia
dari VVIPs, MPs, MDs, GMs, execs, peons..
ada gambar Agong pun kat situ..
tv3 and utusan pun pernah buat coverage dulu..
pasal kedai ni..

owner dia bukan melayu
dan bukan malaysian...
dan bukan muslim...

tapi.. yang pasti
kalau orang Malaysia yang duduk kat UAE
tak sangat la pegi lagi kedai ni

banyak choices lain
yang lebih bagus and murah...

terbaru...
ada sorang rakyat Malaysia
wanita Melayu..
yang bukak kedai textile di Dubai...

healthy competition ???

well..
competition is always good
for the customers
but never to the owners ..
prices and choices wise...

Thursday, May 18

genuine taste


to date..
ada about 2,200 malaysians
yang menetap kat UAE ni
yang mempunyai 'residence visa'
untuk tinggal di UAE

bukan tourists..
bukan sementara..
bukan permanent resident..
apatah lagi warganegara UAE..

di UAE..
or in any gulf countries for that matter
belum ada lagi dibenarkan PR status..
cuma residency je..

rakyat malaysia kat sini.. in general
semuanya professional.. takde buruh kasar
pilots, engineers, consultants, businessmen
air-crews, hoteliers, traders, nurses
technicians, managers, execs and et cetera..
but paling ramai in construction companies related..
jangan lupa their spouses and children..

there is no malaysian students here..

setakat ni.. per se
lum ada lagi Restoran Malaysia..
restoran thai, indon, filipina ada...
restoran singapore pun ada...

but.. ada satu Restoran.. namanya
First Malaysian Restaurant

serves authentic malaysian dishes
fine-dining gak la..

owner.. not Malaysian
but, malaysia-borne melayu singapura
married to malaysian..

has been in business since 2002 rasanya
ok.. good food.. good service..
good location..

price?
well.. kalau nak merasa makan
nasi lemak, nasi ayam
masak asam or lemak cili padi
for RM 25 ringgit sepinggan..
sila la..

sekali sekala
memang berbaloi..

Wednesday, May 17

kind in memory


















Note: UAE National Anthem

kat UAE ada satu programme
kepada banduan yang dalam penjara..

program ni..
kepada yang selected
perlu menghafal Quran
dan akan mendapat pengampunan khas
dipendekkan tempoh penjara tersebut..

contoh..
if you memorize the Quran
you can get your jail sentence reduced
up to 20 years!

Sections memorised - Term deducted:
Entire Quran 20 years
20 sections 15 years
15 sections 10 years
10 sections 5 years
5 sections 1 year
3 sections 6 months

kalau semasa bulan Ramadhan pulak
memang banyak pengampunan diberikan
oleh pemerintah-pembesar (sheikhs)

contoh.. kalau yg ada petty crimes
or berhutang blood-money ke
sheikhs akan derma 1 juta
kepada penjara tu
untuk membebaskan golongan ni
dalam 100 or 200 orang..

sebut pasal baik hati
dan hati yang masih jujur ni
kat UAE.. memang selalu dengar
kes orang jumpa duit
tapi tak ambik pun or pulang pada polis

ada baru ni.. mamat India ni
jumpa 10,000 kat tepi bank..
(dia cleaner bank tu)
dia tunggu bank tu bukak
dan bagi kat manager bank tu..

ada baru ni lak..
ada orang tertinggal duit dalam teksi
baru di cashkan.. dalam suitcase
40,000 ribu dirham
mamat tu tunggu empunya /customer tu
call and announce kat any taxi companies
and then serahkan duit tu..

kalau kat Malaysia?
hmmm.. ada jugak kot harapnya..

:)

Tuesday, May 16

getting wilder


berbalik pada isu panas ni..
now kat UAE.. sudah ada diletakkan
satu prototype..
BUS STOP.. fully air-conditioned..
and yes.. IT IS THE WORLD FIRST..
amazed?

cadangan ni.. was brought up
last summer...

now.. this summer.. dah ada satu prototype
and UAE nak letak 500 bus stops macam ni
before end of the year...

speaking of amazing..

and pasal Hotel Burj Al Arab
and bangunan Burj Dubai
(yang dah 40 tingkat siap)
is nothing by 2008..

last month.. depa umum
Burj Dubai tu akan jadi 850 meter...
(sebelum ni was 700 meter je)
160 floors...


but, later.. depa akan buat lak
Burj Al Alam.. Al Burj..
dan segala macam Burj lagi kot...
(burj means tower)

perghhh...
ada duit semua jadi...

getting spicier


Haifa Wahbi - Lebanese Singer

minah-minah arab ni..
yang tak pakai tudung tu
yang bukan islam especially
i.e. lebanese, egyptian, syrian
memang bergaya, stylish
dan sexy betul kengkadang tu

make-up and dressing diaorang
pergghh.. kalah la russian
or other mat salleh..


so.. kengkadang tu
susah jugak nak kenal
sama ada minah ni
arab ke mat salleh..

kengkadangnya
yang pakai jubah pun..
boleh tahan make up nya

ye la.. as i said dulu
jubah tu just sarung luar je
mostly.. pakaian dalam ranggi gak
high-heel gak..

kalau yang pakai 'sheyla'
and tutup sampai mata tu..
tang mata tu pun.. make up memang heavy..

antara tips nak bezakan..
selalunya.. kalau yang arab ni..
make up tang mata tu..
ada lebih sikit...
mascara and eye-shadow dia
tebal atas bawah mata..
unlike most mat salleh..


another tips.. is of course
tunggu/dengar suara dia ..
hehehe..

getting shorter


kat UAE ni
only 20 peratus je penduduk watan
yang lelain tu.. banyak orang luar

termasuk la arab dari negara lain..

yang lebanese tu.. jangan cakap la
memang 'canggih'..

yang jordanian and mesir ni
banyak yang pakai tudung..
yang style bertudung
dan berpakaian casual nya..
sama macam org malaysia kita..

tapinya..
satu je yang nyata berbeza..

tak pernah lagi aku tengok
minah arab ni
kalau yang pakai tudung
and tak kira se-rugged mana pun
pakaian casual dia..
TAKDE YANG PAKAI SHORT-SLEEVE

maksud aku..
pakaian golongan ni
macam awexs kan malaysia gak
pakai tudung.. but baju ketat or hugging

(maaf cakap)
kengkadang tu lagi ketat dan seksi..
dari pompuan yang tak pakai tudung..

berbalik pada cerita kita...
MEMANG TAKDE
orang pakai tudung ngan lengan pendek..

buktinya..
pernah aku dengar sendiri
from nurses kita kat sini..

masa diaorang ni baru datang sini
gi keje first day tu
diaorang buat cam kat malaysia
pakai baju keje
yang mana pakai tudung tu
pakai tudung macam kat malaysia
and pakai lak short sleeveeeee...

both..
colleague dan pesakit
yang bangsa arab muslim ni
tegur diaorang..

"sister.. are you muslim?
why you wearing this?"

kata arabs tu
sambil tunjuk pada lengan dia...

dengan itu..
sampai sekarang
memang takde malaysia
kalau pakai tudung
pakai lengan pendek..

kalau ada tu..
maknanya.. dia baru datang
or belum kena tegur lagi...

Monday, May 15

getting warmer


bila datang musim panas
kengkadang terfikir gak..
pompuan kat sini yang jenis pakai
jubah (abaya) hitam..
perghh.. sure berpeluh gila

anyway.. baru aku paham
kenapa mereka ni
memang kuat pakai parfume gak
sebab, peluh tadi la kot..

memang kalau korang lalu
sebelah mek-mek arab
memang wangiiii.. perghhh..

kat rumah or kedai or mall
memang selalu diaorang bakar 'oud' ni
especially yang jenis from
kayu gaharu or cendana..

kindly bear in mind
mek-mek arab ni
pakai jubah (abaya)
and tutup muka or rambut tu (sheyla)
lebih kepada adat diaorg
dan sebab modesty..

bukan sebab alim atau religious sangat
more because culture..

in that sense
mek-mek arab ni
rambut terjulur gak
even pakai 'sheyla' tu
and diaorang selamba je
bukak tudung tu and betulkan balik tudung
sambil tunjuk rambut

yg jubah tu jugak
hanya sarung je
ada tu.. dada nampak gak..

but..tetap dan memang ada
dan ramai yg pakai proper..
tutup betul betul..

but, essentially..
bukan la sebab agama..
more sebab adat dan modesty tadi..

Sunday, May 14

getting hotter


now masuk musim panas
memang panas..
tak kuasa nak saja-saja tak pasal
nak berjalan kaki ke mana-mana
so far.. 41 celsius
nanti karang, comes June and Julai
boleh cecah 52 celsius..

patutnya.. kalau lebih 50 celsius
kena la umum darurat
sekolah and opis cuti..
mauuu nya depa nak umum.. hmmm..

sebut pasal panas ni..
aku ada satu hypothesis..
kenapa orang Arab ni
nampak malas, lembab and rileks lebih
but, still robust, rough and kelam kabut..

keadaan panas memang membuatkan
manusia pun panassss..
nak cepat je.. tak bolehnya nak tunggu sikit..

so...

kalau kat padang pasir ni
orang jadi panassss baran
sebab panas sokmo

kalau kat hutan tropikal
orang nya sederhana
sebab panas, tetapi hujan di waktu petang

kalau kat negara yg 4 musim lak
orang nya nampak cool je
sebab kepelbagaian cuaca..

anyway.. rasanya
the correlation tu tak direct sangat..
saja je aku mengarutt...
ye la kan.. tengah panas ni..
fikiran boleh kalut....

Monday, May 1

may day


selamat hari pekerja
selamat bekerja
syukur ada kerja
aku memang tengah kerja..

sambung keje..