Saturday, February 25

hello jumbo bonjour ahlan


back in 2002, 2003 and 2004
i had visited the African continent
and made several stop-over at some European cities..

Ethiopia; kita sangkakan amatlah daif,
namun, ianya tidak lah sungguh begitu..
bandarnya lebih kurang bandar Kota Bharu..
mostly berbahasa Arab dan Amharic..
ada musim sejuk.. tapi memang sejuk bandar Addis Ababa tu
sebab faktor ketinggian mukabuminya
aku sempat melawat sebuah masjid
yang pernah dikunjungi Rasulullah s.w.t.
semasa Baginda diancam org Quraish dahulu..
teksi di sana jenama LADA lama from Russia..

Eritrea; dulunya part of Ethiopia, merdeka pada 1993,
juga kira bersih bandarnya dan mempunyai iklim sejuk..
bandarnya seperti Kajang, cuma less the traffic jam..
tersusun dan menarik.. teksinya jenis Kia macam Sephia..
baru.. bas pun Daewoo from Korea

Chad; amatlah sukar, robust and rough sikit..
namun, apa yang menakjubkan, org Islam di sana,
apabila masuk sahaja waktu solat,
tarus berjemaah di mana jua yang sempat..
teksi, Peugeot 504 lama..

Kenya; reminded me of K. Terengganu 10 tahun lepas..
koboi sikit namun sibuk dengan perniagaan..
teksi, sama macam Chad and Ethiopia..

Paris; wanted to do shopping..
tapi matawang Euro yang kini tinggi drp USD..
membuat barangan mereka lebih mahal..
walaupun tengah sale..
personally, the city it much more historical
and sceneric from London..
teksi.. mercedes, peugueot and renault..
the people drive like in KL..
or some might say vice versa..

Frankfurt; nice calm city..
below 5 degrees masa tu..
in Paris in was 7 degrees..
nothing much that i could do,
lepak kat hotel je, so cold and it was weekend..
on sunday (Frankfurt and Paris).. semua kedai tutup...
teksi, all kind of mercedes.. even the new clk 200.. perghhh

Doha; everything is big... house, land, car
all new model of cars are there..
you just name it.. teksi, toyota camry and chevy caprice..

to compare with Dubai and Abu Dhabi;
teksi di Abu Dhabi are mostly Toyota Corolla
teksi di Dubai are mostly Toyota Camry

i like to compare
the type of taxis as an indicator

Thursday, February 23

raindrops keep falling on my head


hari ini cukup gembira
cukup terpesona juga

sebab...
hari ini, HUJAN TURUN

sepanjang aku duduk kat UAE
inilah kali pertama,
aku rasa, proper HUJAN
siap kilat and guruh lagi tuuuu..

bukan la selama ni tak de hujan langsung
ada.... tapinya... alahai
macam orang simbah je..
sikit sangat...

yang ni.. memang realllll punya..

and plus, selalunya hujan turun
kat kawasan lain je..

syukur pada Tuhan
memang aku rindu nak rasa hujan

di UAE ni,
kalau hujan je..
mula la...
accidents tak tentu pasal
macam semua jadi kalut

yang paling best..
sure banjir..
yupp... banjir kilat

bukan la sebab hujan tu lebat sangat pun
or lama sangat turunnya

semuanya sebab..
mana ada drainage system
ala... longkang la kata orang kampung

hence, the water have to drain itself
it usually will take days...
harapkan panas terik matahari..

cerita pasal air ni..
orang selalu kata
'Air Lagi Mahal Dari Minyak di negara Arab'

well.... it's a myth..

harga segelen petrol di UAE
now, since Sept 2005 (naik 30%)
adalah AED 6.25 per gallon (takde subsidi or tax)

harga air di UAE pula
adalah, AED 0.01 per gallon
(kat sini subsidinya)

harga air mineral dalam botol
adalah AED 1 per 125ml...

anda semua pandai ilmu hisab
boleh congak sendiri..

murah??? sebab? pendek cerita..

i) the process to desalinate sea water
into drinking water.. is very cheap
compare to other countries

ii) duit / revenue diaorang banyak
and depa tak kedekut untuk spent lebih
for people's welfare and social needs


Thursday, February 16

confusion and conclusion



terbaca berita di bawah di sebuah akhbar..

rasanya dan harapannya,
orang ramai dan pihak yang berwajib
jangan lupa untuk memikirkan bahawa
selain daripada sangkaan dan siasatan lain,
ada satu lagi fakta yang perlu diambil kira

iaitu,
jubin-jubin tersebut sebenarnya
untuk jubin dinding

jubin tersebut sepatutnya dipasang
untuk di dinding, bukan d ilantai

di rumah-rumah Arab
memang banyak terdapat design sepertinya
jubin ini dipasang di dinding, tiang dan pintu

oleh itu, pada pandangan saya
ianya hanyalah salah dan ketidak-perihatinan
designers / tukang jual / tukang pasang / pembeli
semasa dalam perbincangan / pembelian
jubin-jubin tersebut..



KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal...
tidak menyangka lantai jubin di dapur rumahnya
yang disiapkan lapan bulan lalu, tertera kalimah Allah.

..di sini, menyedari lebih 100 keping jubin
yang dibelinya di sebuah kedai jubin...
tertera kalimah mulia itu.

...tiga minggu lalu, ... lelaki menghantar
tabung gas memasak ke rumahnya... menegurnya
mengenai kewujudan kalimah Allah pada jubin berkenaan
selepas mengamati lantai itu.

..lelaki itu menyatakan...
sama dengan lantai jubin rumah bapanya
sambil menunjukkan empat kalimah Allah
pada setiap keping jubin berkenaan.

... selepas menyedari keadaan itu,
dia melaporkannya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
untuk tindakan selanjutnya.

...kes ini kemudiannya diambil alih
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN)
(Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran),
cawangan Terengganu,...
mengesahkan kesahihan jubin berkenaan.

.. sejak itu, kehidupannya menjadi tidak tenang
dan dia bersama beberapa anaknya terpaksa
menggunakan laluan kecil pada jubin berkenaan
bagi mengelakkan daripada memijaknya setiap kali ke dapur.

...sementara itu, Pegawai Penguatkuasa KKDN,
berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung
jubin kalimah Allah berkenaan.

..pihaknya kemudiannya menjalankan pemeriksaan
di beberapa kedai jubin di bandar ini,
semalam dan mendapati tiga kedai di sekitar bandar ini
menjual produk berkenaan.

..tindakan menghentikan jualan produk berkenaan
dilakukan serta-merta sebelum keputusan dibuat pihak atasan
dan jika ada peniaga berdegil menjualnya, tindakan tegas akan diambil.

..kami tidak menafikan ada pihak tertentu
yang sengaja mencetak kalimah itu semata-mata
untuk memesongkan pemikiran masyarakat Islam.

berdasarkan siasatan,
kami mendapati produk jubin rekaan terkini itu
di keluarkan oleh kilang di Johor

...jubin yang berpaten gabungan bunga di tengah
yang dihiasi tompokan awan di sekeliling bunga berkenaan
tidak mampu menampakkan kewujudan kalimah itu
jika tidak diperhatikan dengan teliti.

...kami percaya kehadiran produk jubin sebegini
mula berada di pasaran sejak lima dan enam bulan lalu
dan ramai pengguna terutama masyarakat Islam tidak menyedarinya

..jika sabit kesalahan, mereka yang didapati menjual
produk berkenaan akan dikenakan tindakan
mengikut Seksyen 7, Akta Mesin Cetak 1984.